Sunday, January 15, 2012

baitul muslim bukan 'noktah' cinta dua insan

salam. usai pulang dari usrah hari ni, saya kembali bersemangat. kadang2 tak dinafikan iman ini naik turun. mujahadah itu perlu. tadi masa di uia, terjumpa dua budak comel. serius comel, kembar pulak tu. terus terfikir nak kahwin. well, kahwin bukanlah piece of cake, macam touch and go. tp itu fitrah. semua makhluk yang bergelar manusia itu, kalau ditanya pasti mahu berkahwin. mahu ada insan disisinya yang bisa menemani hingga akhir waktu.

tapi insan yang bagaimana yang kita mahu, berada di sisi kita. insan yang bisa memimpin kita masuk ke syurga firdausi atau yang mengheret kita ke neraka jahanam. jika sebuah perkahwinan itu hanya dilihat sebagai satu matlamat cinta antara dua insan, sungguh sayang sekali. kerana sebuah perkahawinan lebih dr sebuah ijab dan qabul dua insan. kerana perkahwinan lebih dari sebuah dimensi untuk melestarikan yang halal. kerana sebuah perkahwinan itu seharusnya diletakkan sebagai sebuah jambatan penghubung kepada Tuhan yang satu.

sebuah perkahwinan itu matlamatnya bukan berkahir antara dua insan, tapi sebagai sebuah 'alat' untuk kita menjadi hamba yang lebih cemerlang. sayang andai kita hanya mampu melihat perkahwinan itu sebagai noktah  cinta dua insan. sebab perkahwinan itu seharusnya menjadi sebuah masyarakat kecil untuk kita mengembangkan dakwah dan tarbiyyah. subhanaallah.

buat yang mahu melangkah ke alam baitul muslim, check niat, ke mana selepas itu. adakah kita akan di situ sahaja. punya anak, tapi anak itu seharusnya menjadi pewaris kepada generasi kini. mereka yang akan meneruskan hembusan2 dakwah dan tarbiyyah.

ya Allah moga kau kuatkan hati hamba Mu ini. sebab ku tahu jalan di hadapan masih panjang dan penuh ujian. penuh cubaan. moga ujian ini buat hamba Mu ini makin tahu dan faham dan yakin dengan segala ketentuan Mu.

Monday, January 2, 2012

satu titik perubahan

bagaimana mahu cinta dan sayang pd Allah, kalau kita tak letak usaha untuk mengenal Allah. Bagaimana mahu cinta dan sayang pd Rasulullah kalau sejarah hidup baginda pun kita tak kisah mahu ambil tahu. Bagaimana mahu jadi sehebat para sahabat, jika akhlak dan kisah mereka jauh sekali dari pengetahuan kita.

dulu, saya seoranag peminat susah mati sophie kinsella dan jk rowling. tapi itu dulu. saya rasa rugi bila memikirkana kenapa sanaggup berhabis beratus ringgit untuk membeli buku mereka. sekarang saya lebih senang membeli buku tentang sahabat-sahabat Rasulullah. Kisah mereka bukan lagenda. kisah mereka kisah benar. kisah yang bisa menyentuh hati siapa yang membaca. Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka.

Kalau kita nak berubah, kena mencari di tempat yang betul. Mencari hidayah itu perlu ditempat yang betul. Andai tempatnya salah, bagaimana mahu hadir apa yang dicari. Bila saya fikirkan kisaha hidup saya yang sudah mencapai suku abad ini. Aduhai jauhnya dengan apa yang disumbangkan para sahabat. Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja Sultan Muhamad Al-Fateh, Umar Abd Aziz. Hebat. Mereka bukan Nabi bukan juga dari kalangan para sahabat. Tapi mereka insan insan hebat. Insan insan terpilih.

Sepatutnya ini yang diajarkan dan dididik di dalam minda anak anak remaja. Bukan selena gomez atau justin bieber atau lady gaga. Tidak. Mereka itu bukan sesiapa. Islam itu indah, Islam itu cantik dan menyeronokkan. Setiap ruang lingkup kita tak dipisahkan dari Islam, tak terpisah dari Allah. Setiap perilaku kita, jika diniatkan kerana Allah, itu ibadah. Kita tak merasa terpaksa tapi gembira. Kita merasa itu kewajipan bukan keterpaksaan. :)

Saya masih bermujahadah melawan nafsu yang banyak sangat ini. Hilangkan lah cinta pada dunia yang berlebih-lebihan. Hingga terasa bakhil. Na'uzubillah.

Sunday, December 18, 2011

jauhnya terasa

bila tahu diri ini kerdil sangat. bila tahu diri ini tak punya apa pun selain dari apa yang diberiNya. bila tahu diri ini memang bergantung sepenuhnya padaNYA, tapi kenapa hati masih suka buat 'maksiat'. tapi kenapa hati masih lagi lalai dan suka mengeluh bila ujian yg 'sedikit' amat dtg menyinggah kamar kehidupan. kenapa mudah sungguh berprasangka pada perkara yang kita tak tahu. mengapa suka berandai-andai bila andaian kita jauh sungguh dari kebenaran.

sumbangan untuk islam, aduh sikitnya. sumbangan untuk dakwah dan tarbiyah, aduh boleh kira dengan jari kot. nanti Allah tanya dekat masyar, masa yang Allah beri guna untuk apa ya. 24 jam yang Allah beri tak lebih tak kurang guna untuk apa. saya tak pandai nak meluah dekat FB. not my forte pun. saya lebih suka kongsi apa yang saya rasa perlu. at least dengan perkongsian yg sedikit itu bisa gerakkan hati orang lain untuk membaca, mencari dan berfikir. banyak kisah2 hebat para sahabat yang boleh kita ambil untuk dijadikan kekuatan dlm kehidupan kita.

bila dah kerja, seperti hilang 'arah' sekejap. terlalu banyak saya mahu buat dlm kehidupan ini. saya nak jadi pendidik suatu hari nanti. tp tak cukup kuat lagi, bila diri sendiri masih tak terdidik. bila lihat 'anak2' zaman sekarang, jangan lah salahkan mereka jika akhlak mereka rosak. lihat juga yang mendidik mereka siapa, jika yg memberi ilmu pun pincang, janganlah harapkan 'anak2' didikmu sehebat Ali mahupun Usamah :)

kita hidup dlm komuniti yg sedang rosak, walaupun lahiriahnya pakaian kita cuku mahal, cukup indah dan cantik. tp hati kita dahagakan cahaya. cahaya Ilahi. kita mencari, tapi pastikan kita mencari pada yang betul. hakikatnya dunia ini sementara, persinggahan yang 'panjang'. pastikan kita bersedia untuk menjawab dihadapanNya kelak. pastikan jawapan kita cukup untuk kita layak mendapat rahmatNya kelak.

happy sunday.

Monday, December 12, 2011

pada sujud Mu ku temui kekuatan

mungkin kita tak lagi sedar. yang kita hidup dalam zaman 'jahilyah moden'. couple itu biasa. pegang tangan itu normal. makan2 peluk2 sebelum kahwin ala itu trend zaman sekarang. pergi kerja balik kerja. perlu kah nak peduli dengan orang lain. perlu ke nak sibuk dengan dakwah dan tarbiyah. diri sendiri pun tak lepas nak jaga. ^_"

kenapa nak sibuk ke masjid. solat dekat rumah pun dah boleh kan. kenapa nak solat jemaah bila solat sendiri lagi jimat masa !! one thing aku bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat lama. sahabat-sahabat yang se fikrah. one thing im looking forward every weekends, is usrah. 

semua orang tahu solat, tapi tak semua faham apa itu solat. tahu dan faham itu beza. sebab andai solat itu benar solat yang faham, biiznillah pasti solat itu mampu mencegah kita dari melakukan sesuatu yang Allah tak suka dan benci. 

hari - hari bermujahadah. bermujahadah melawan nafsu memang sangat payah :) tp hidup itu sentiasa dan akan selalau diulit ujian. ujian itu permbersih hati pada yang faham. selamat bekerja !!!

Sunday, November 27, 2011

live life the way you love

oh my. it's been a long time. been neglecting this blog of mine. pity you. well been busy with the so-called life (working life). cepatnya masa berlalu. almost 3 months since i started working. seronok kerja? alhamdulillah things are getting better and in place. but one thing you should never forget, bila bekerja never forget that Allah is always with you. He knows how hard you have tried but sometimes things just don't go your way.

im not perfect nor a super woman. i make mistakes. and sometimes when the mistake you make is 'too' big to handle, remember you have Allah. He knows you better, better than yourself. i make a promise to myself, no matter how bad the circumstances are in your workplace dont vent on facebook. facebook never been the right place to spill the beans.

im thankful for what i have. you learn everything from kindergarten to school to university. but when you enter the 'real' world, that's totally different. wisdom cannot be taught but learn through experiences and it takes time.

esok kerja. happy saja !!!!

Sunday, October 23, 2011

oh life

pernah terfikir tak, bila bangun pagi, bersiap pergi kerja dan bila sampai kerja mesti kita akan tulis list of tasks that need to be done so that kita tak akan lupa which task is important and urgent and need extra attention and which task is less important. hence, kita dapat organized kerja kita. 

same goes in our life. bila kita mampu letak mana prioriti kita, dakwah, kerja, belajar. semua itu seiring. hidup bukan berpusing di sekeliling kita dan dunia tak berhenti berputar hanya kerana kita. i cukup tak faham, kadang2 kita stress tak tentu pasal, nak marah staff tak tentu hala, macam lah kita manusia paling sibuk dalam dunia. aduhai. kita kalau nak hidup atas dasar 'self-fish' boleh duduk dalam hutan sorang2 ye. i can't afford nak tgk muka orang stress pagi2. kalau stress kerja, kerja come and go. tp kalau orang muka stress depan kita, takkan nak 'hempuk' dia pulak kan. 

so kalau rasa kerja kita terlalu membebankan, ataupun kerja kita macam tak best atau gaji 'ciput' berusaha untuk perbaiki diri. rezeki Allah tu luas. dan jangnlah berserah pada manusia, manusia tu pun hidupnya bergantung pada Allah. Allah yang memiliki alam ini. not us. sebaba dekat luar sana, ada orang yg beribu kali lebih susah dari kita. so stop being selfish.

Sunday, October 9, 2011

it's me

satu perkara yang sangat ketara tentang diri saya, saya bukanlah seorang yang 'avid' bergambar. saya hanya gemar bergambar bila saya rasakan gambar itu berbaloi untuk ditangkap disimpan dalam kotak digital. even my graduation pictures memang bukan bombastik macam orang lain. semalam my 2nd graduation. serius macam biasa2 saja. tak tahu kenapa. orang lain semangat tangkap gambar lepas graduasi, me on the other hand semangat nak balik. at night, ada graduation dinner. errr lucky me, tak pergi instead i went to habiburrahman's talk (ayat2 cinta) at CUCMS. sayang sambutan tak hangat. i bet kalau semua orang tahu dia dtg, mesti penuh dewan tu.

dia muda, simple, cakapnya cukup teratur dan padat. suaranya indah. dan dia memilih untuk berdakwah melalui media massa. i just kagum. and i remember one thing, dia cakap; kita muslim ada fikrah kita, tapi kita tak menggerakkan fikrah kita sehingga kita terpaksa menggunakan fikrah orang bukan islam. so mari seberkan fikrah islam kita. islam itu sangat indah.

and one thing yang paling saya enjoy when it comes to weekend, i can get together dengan kawan2 and have usrah. atau attend program2 ilmu di malam minggu. itu paling best !!!!

ps: jangan stress kerana orang tak stress tentang anda.