Thursday, November 25, 2010

berasa cukup itu

Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. dalam diri perlu selalu semaikan dan tanam kan rasa bersyukur, Allah telah sediakan untuk hamba NYA bahagian masing-masing. bila kita lihat kawan kita bahagia, ada decent job, bijak, keluarga bahagia dan etc, mungkin tidak dalam hati kita ada sedikit perasaan 'cemburu'. kita mungkin tidak tahu, dia pernah bersedih, pernah melalui ujian dan sebagainya. kita hanya melihat pada luaran seseorang, kita meletakkan yang dia itu bahagia.

Wednesday, November 24, 2010

dalam hati ada cinta

dalam hati ada cinta. cinta pada Allah, kalau tak kerana Allah, mana mungkin dalam hati kita ada rasa kasih dan sayang sesama manusia. jadi secara logik dan selayaknya kita letakkan cinta kita pada Allah dahulu kan.

Sunday, November 21, 2010

ada apa dengan dunia

ada apa dengan beg LV, Gucci, Prada, Hermes, kalau setakat show-off siapa lagi hebat
ada apa dengan Rolex, Omega, Tag Heuer, kalau solat lima waktu pun boleh terlupa
ada apa dengan BMW, Merc, Lambo kalau nak tumpangkan pakcik tua tepi jalan berkira tiga empat kali
ada apa dengan Nike, Topshop, Zara, G2000 kalau kain telekung, sejadah, kopiah tak pernah bersentuh
ada apa dengan banglo besar, kalau sunyi dari pahala dan barakah tapi hiruk dengan dosa maksiat
ada apa dengan isteri/suami menarik tertarik, kalau disuruh tutup aurat beribu alasan keluar
ada apa dengan Blackberry, Iphone, HTC, Nokia, kalau ibu ayah di kg. pun boleh lupa bertanya khabar

ini adalah metafora sebuah kisah kehidupan hari ini.

Friday, November 19, 2010

manusia yang terlalu biasa

kadang-kadang sebanyak mana kita cuba mengelak rasa putus asa dalam diri, rasa itu tetap hadir. tetap ada. ye saya juga pernah rasa kan nya. rasa seperti dunia tiada lagi. seperti diri ditinggalkan di lautan kosong tak berpenghuni. sunyi sepi. tapi itu lah yang membuatkan diri bangun kembali. sebab putus asa itu adalah ubat untuk secebis kekuatan yang masih tersisa.

Wednesday, November 17, 2010

you dont have to earn my respect

hormat satu nilai, yang sudah hampir menemui kepupusan dikalangan diri kita hari ini. hilang hormat pada guru. tiada hormat pada orang tua. tiada rasa respect pada orang di sekeliling kita. tengoklah you tube, dalam FB. terlalu banyak vidoe-vidoe yang di upload, yang mencerminkan betapa rasa hormat kita telah lama hilang. tiada rasa malukah? i cukup tak suka, bila budak-budak remaja tiada hormat dekat orang tua. kurang ajar nama nya tu. even orang tua tu pengemis sekalipun die layak dihormati.

Friday, November 12, 2010

kecewa itu indah

bila kita terlalu mengharapkan akan sesuatu menjadi seperti yang diharap, bimbang nanti diri kecewa sendiri. bila yang diharapkan tak mencapai seperti yang target, kenapa perlu bersedih. diri sendiri tahu, kita sudah berusaha, kita sudah berdoa dan tawakal pada-NYA. kita berusaha, and leave the rest to Him.

Saturday, November 6, 2010

wanita oh wanita

hiasan...
wahai perempuan-perempuan muslimah dalam facebook. sila jangan letak picture-picture anda yang tak menutup aurat. kemudian letak pula picture anda yang bertudung. nampak sangat anda seperti lalang. someone may say, busy body nye cik nazi ni. biarlah profile orang kenape nak sibuk-sibuk ye. yes i tahu. itu profile dia. tapi kalau dah letak picture-picture tu dalam mode public, macam nak tayang satu dunia kan? macam nak tunjuk satu dunia, body nye yang solid, senyumannye yang ayu, pegang sana-sini, duduk rapat-rapat dengan pakwa. perkare yg haram dan menjadi terlalu biasa pada pandangan mata kite. kita jadi terlalu accustomed 'pada' dosa. jangan sampai satu tahap, Allah tutup pintu hati kita.

sayang diri anda. kalau anda tak sayang diri anda, macam mana orang lain nak sayang diri anda. hormat diri anda, orang lain akan hormat anda. jangan lah terlalu taksub dengan perkara-perkara yang indahnya terlalu sementara, yang manisnya hanya seketika. fikirkan ye ^_"