Sunday, December 18, 2011

jauhnya terasa

bila tahu diri ini kerdil sangat. bila tahu diri ini tak punya apa pun selain dari apa yang diberiNya. bila tahu diri ini memang bergantung sepenuhnya padaNYA, tapi kenapa hati masih suka buat 'maksiat'. tapi kenapa hati masih lagi lalai dan suka mengeluh bila ujian yg 'sedikit' amat dtg menyinggah kamar kehidupan. kenapa mudah sungguh berprasangka pada perkara yang kita tak tahu. mengapa suka berandai-andai bila andaian kita jauh sungguh dari kebenaran.

sumbangan untuk islam, aduh sikitnya. sumbangan untuk dakwah dan tarbiyah, aduh boleh kira dengan jari kot. nanti Allah tanya dekat masyar, masa yang Allah beri guna untuk apa ya. 24 jam yang Allah beri tak lebih tak kurang guna untuk apa. saya tak pandai nak meluah dekat FB. not my forte pun. saya lebih suka kongsi apa yang saya rasa perlu. at least dengan perkongsian yg sedikit itu bisa gerakkan hati orang lain untuk membaca, mencari dan berfikir. banyak kisah2 hebat para sahabat yang boleh kita ambil untuk dijadikan kekuatan dlm kehidupan kita.

bila dah kerja, seperti hilang 'arah' sekejap. terlalu banyak saya mahu buat dlm kehidupan ini. saya nak jadi pendidik suatu hari nanti. tp tak cukup kuat lagi, bila diri sendiri masih tak terdidik. bila lihat 'anak2' zaman sekarang, jangan lah salahkan mereka jika akhlak mereka rosak. lihat juga yang mendidik mereka siapa, jika yg memberi ilmu pun pincang, janganlah harapkan 'anak2' didikmu sehebat Ali mahupun Usamah :)

kita hidup dlm komuniti yg sedang rosak, walaupun lahiriahnya pakaian kita cuku mahal, cukup indah dan cantik. tp hati kita dahagakan cahaya. cahaya Ilahi. kita mencari, tapi pastikan kita mencari pada yang betul. hakikatnya dunia ini sementara, persinggahan yang 'panjang'. pastikan kita bersedia untuk menjawab dihadapanNya kelak. pastikan jawapan kita cukup untuk kita layak mendapat rahmatNya kelak.

happy sunday.

Monday, December 12, 2011

pada sujud Mu ku temui kekuatan

mungkin kita tak lagi sedar. yang kita hidup dalam zaman 'jahilyah moden'. couple itu biasa. pegang tangan itu normal. makan2 peluk2 sebelum kahwin ala itu trend zaman sekarang. pergi kerja balik kerja. perlu kah nak peduli dengan orang lain. perlu ke nak sibuk dengan dakwah dan tarbiyah. diri sendiri pun tak lepas nak jaga. ^_"

kenapa nak sibuk ke masjid. solat dekat rumah pun dah boleh kan. kenapa nak solat jemaah bila solat sendiri lagi jimat masa !! one thing aku bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat lama. sahabat-sahabat yang se fikrah. one thing im looking forward every weekends, is usrah. 

semua orang tahu solat, tapi tak semua faham apa itu solat. tahu dan faham itu beza. sebab andai solat itu benar solat yang faham, biiznillah pasti solat itu mampu mencegah kita dari melakukan sesuatu yang Allah tak suka dan benci. 

hari - hari bermujahadah. bermujahadah melawan nafsu memang sangat payah :) tp hidup itu sentiasa dan akan selalau diulit ujian. ujian itu permbersih hati pada yang faham. selamat bekerja !!!