Thursday, December 16, 2010

buang segala benci

tidak kira betapa kita tak suka akan sesuatu, betapa benci nya kita pada insan lain, simpanlah benci dendam itu dalam hati. sebab, diri sendiri tak mampu mencari satu sebab, dimanakah hak kita sebagai manusia untuk membenci insan lain. saya belajar, belajar dari pengalaman lalu. cuba kita buang segala benci, iri hati, hasad dan dengki dalam hati dan isilah dengan kata-kata baik, kasih dan sayang, senyuman, dan doa. bayangkan dunia tanpa ada benci, bahagia bukan. kita simpan dunia hari ini, untuk generasi akan datang. sisi kehidupan ini, banyak baik dan buruk yang boleh kita kutip. baik itu tauladan. buruk itu sempadan. have a great night.

ps: strategic management has never been my favorite subject since undergrad and up till now. haishh. but now here i am, whilst im writing this, sedang menelaah buku strategic management which belongs to my dad. tebal dan bosan. its all in your mind makcik.

Wednesday, December 15, 2010

you have to do what you have to do

kadang kita perlu korbankan rasa dan suka kita akan sesuatu, sebab kehidupan tak bergerak di sekitar kita sahaja. ia bergerak, menyelusuri tiap insan yang ada di tepi, depan dan belakang kita. kadang, kita bertanya, perlukah kita korbankan rasa diri akan sesuatu yang kita tak pasti. tp kadang, hakikat kehidupan itu sendiri sukar sekali untuk difahami akal dan hati kita. kita melihat sesuatu pada pendeknya masa dan waktu. tapi cuba lihat sesuatu dari sudut yang berbeza. mungkin sekarang kita benci tak suka. tapi masa yang berlalu, mematangkan kita. masa yang berlalu, ia hadirkan satu rasa, yang suatu tika dulu kita tak pernah pinta tp kini ia datang bagai indahnya mimpi di siang hari.

Friday, December 10, 2010

berlari gapai awan di langit

bukan ukuran darjat latar hidup yang harus jadi kayu pengukur dalam kita cuba capai seribu impian dan cita. tp semangat juang yang tiada sudah itu yang kita perlu. kita takkan tahu betapa bertuah dan beruntung nya kita, punya kesempatan untuk belajar, cari ilmu,  dan capai cita yang disimpan erat kemas dalam hati. tapi di luar sana, mereka yang punya keinginan dan cinta yang sama, tapi bukan semua punya kesempatan yang sama.

Monday, December 6, 2010

biar kecewa tapi manis

seringkali kita kecundang dalam perang yang tak punya nama, dalam perang yang musuhnya adalah bayang diri sendiri. jatuh dalam samar cahaya, tapi ingat satu, kecundang itu atas keyakinan suatu saat nanti ada kebaikan untuk diri kita yang Allah telah janjikan. mungkin bukan sekarang. mungkin nanti. kita lupa, segigih mana usaha kita, di akhirnya kita perlu letakkan usaha itu di atas doa dan tawakal pada NYA, kerana itu, biarpun kecewa, redha itu lebih manis.

Sunday, December 5, 2010

muhasabah itu cermin diri

semakin kita dewasa, pengalaman bahagia atau duka ajar kita menjadi lebih matang dan kuat. ajar kita, bagaimana harus kita harungi hidup ini. ajar kita agar jangan mudah simpan rasa putus asa !!! ajar kita supaya kenal akan rasa penat dan payah. ajar kita agar lebih bersyukur.

manusia itu beza kan. tiap kita ada baik buruk sendiri. dan baik buruk itu itulah kita, insan yang sentiasa lupa. dan lemah itu buat kita ingat betapa kita ini kecil sahaja sebenarnya. jadi mengapa harus kita jadi bongkak dan sombong pada manusia lain. mengapa harus kita rasa lengkap dengan rumah, kereta mewah. mengapa masih kita berjalan 'mendabik dada' sedangkan ada insan lain yang lebih baik dari kita. sedangkan sedekah 'rm5' sudah mahu berkira. cermin terbaik untuk diri..muhasabah.

the capacity to choose

Tuhan beri setiap dari kita kekuatan, kelebihan yang berbeza. kekuatan yang patut kita gunakan untuk kebaikan bukan mengambil kesempatan atas orang lain. unfair. even if you have disability, thats not an excuse untuk dapatkan duit dengan cara mudah dan cepat: minta sedekah. sedangkan you have the ability untuk kerja.