Thursday, January 27, 2011

nilai sebuah justifikasi

di dasar sebuah kehidupan, mudah sekali kita menjatuhkan rasa hukum dan tidak adil pada seorang insan, hanya kerana satu salah yang kita lihat pada diri nya. tapi dalam hati, pernah tidak kita tanya, betulkah dia pernah lakukan kesalahan itu, atau kerana sifat tamak insan lain, seorang insan baik terpaksa memikul beban sakit pedih insan 'kurang peri manusia' itu.

dan dalam sebuah kehidupan, pernah tidak kita faham situasi insan lain. pernah tidak kita rasa berterima kasih, pada manusia-manusia yang kita anggap 'jijik' kerja mereka. pernah tidak kita terfikir apa jadi pada dunia, jika tiada orang yang sanggup mahu lakukan kerja-kerja yang kita sendiri tak sanggup mahu buat. kerja sapu sampah, kerja angkat sampah, kerja cleaner, atau pun potong rumput. kalau kita rasa martabat kita lebih tinggi dan hebat dari mereka, kita silap. martabat, harta, baju yang kita pakai, bukanlah sebuah justifikasi yang boleh kita banggakan.

kehidupan adalah kehidupan. tapi bagaimana kita menilai dan hargai setiap saat dalam kehidupan kita, itu lebih bermakna. bila kita terlalu sibuk, kita rasakan dunia ini terlalu cepat berputar. bila kita rasa terlalu senggang, kita rasakan dunia ini terlalu lambat sekali bergerak.

Tuesday, January 18, 2011

resam sebuah kehidupan

pernah tak kita rasa, bila kita alami sesuatu kejadian, the effect of that kejadian sangat terkesan dalam hati. macam makan cookies, even if the cookies dah dimakan, you masih rasa the aftertaste. tadi i went to HQ bank rakyat with kawan-kawan, to settle few things regarding OPS assignment. alhamdulillah all went well. so biasalah, dalam perjalanan pulang mengharung peak hour di tengah bandar kuala lumpur, can u just imagine, everyone just wanna go home sampai rumah safely. waktu peak hour, kadang-kadang dekat situ kita boleh nampak true colors people. sebab manusia, time tak stress, mereka boleh jadi sangat colorful sampai tak nampak warna sebenar. tp bila under pressure, simply kita terlihatkan warna sebenar diri kita.

Monday, January 10, 2011

si kaya hati

when everything seems uncertain, and you feel like a lost-child trap in this adulthood, and you cant even find a single word to comfort your heart and you are at wits end. have you ever felt this way? i do. tapi kehidupan bukanlah tentang kegembiraan dan kesenangan kan. kehidupan tentang memberi bahagia, belajar untuk menerima hakikat, belajar untuk bertolak ansur dan menerima teguran. kehidupan tak ajar kita untuk pentingkan diri sehingga ada hati yang terluka. kehidupan ajar kita agar sentiasa bersyukur kerana ada orang lain yang lebih masalah dari kita.