Sunday, January 15, 2012

baitul muslim bukan 'noktah' cinta dua insan

salam. usai pulang dari usrah hari ni, saya kembali bersemangat. kadang2 tak dinafikan iman ini naik turun. mujahadah itu perlu. tadi masa di uia, terjumpa dua budak comel. serius comel, kembar pulak tu. terus terfikir nak kahwin. well, kahwin bukanlah piece of cake, macam touch and go. tp itu fitrah. semua makhluk yang bergelar manusia itu, kalau ditanya pasti mahu berkahwin. mahu ada insan disisinya yang bisa menemani hingga akhir waktu.

tapi insan yang bagaimana yang kita mahu, berada di sisi kita. insan yang bisa memimpin kita masuk ke syurga firdausi atau yang mengheret kita ke neraka jahanam. jika sebuah perkahwinan itu hanya dilihat sebagai satu matlamat cinta antara dua insan, sungguh sayang sekali. kerana sebuah perkahawinan lebih dr sebuah ijab dan qabul dua insan. kerana perkahwinan lebih dari sebuah dimensi untuk melestarikan yang halal. kerana sebuah perkahwinan itu seharusnya diletakkan sebagai sebuah jambatan penghubung kepada Tuhan yang satu.

sebuah perkahwinan itu matlamatnya bukan berkahir antara dua insan, tapi sebagai sebuah 'alat' untuk kita menjadi hamba yang lebih cemerlang. sayang andai kita hanya mampu melihat perkahwinan itu sebagai noktah  cinta dua insan. sebab perkahwinan itu seharusnya menjadi sebuah masyarakat kecil untuk kita mengembangkan dakwah dan tarbiyyah. subhanaallah.

buat yang mahu melangkah ke alam baitul muslim, check niat, ke mana selepas itu. adakah kita akan di situ sahaja. punya anak, tapi anak itu seharusnya menjadi pewaris kepada generasi kini. mereka yang akan meneruskan hembusan2 dakwah dan tarbiyyah.

ya Allah moga kau kuatkan hati hamba Mu ini. sebab ku tahu jalan di hadapan masih panjang dan penuh ujian. penuh cubaan. moga ujian ini buat hamba Mu ini makin tahu dan faham dan yakin dengan segala ketentuan Mu.

Monday, January 2, 2012

satu titik perubahan

bagaimana mahu cinta dan sayang pd Allah, kalau kita tak letak usaha untuk mengenal Allah. Bagaimana mahu cinta dan sayang pd Rasulullah kalau sejarah hidup baginda pun kita tak kisah mahu ambil tahu. Bagaimana mahu jadi sehebat para sahabat, jika akhlak dan kisah mereka jauh sekali dari pengetahuan kita.

dulu, saya seoranag peminat susah mati sophie kinsella dan jk rowling. tapi itu dulu. saya rasa rugi bila memikirkana kenapa sanaggup berhabis beratus ringgit untuk membeli buku mereka. sekarang saya lebih senang membeli buku tentang sahabat-sahabat Rasulullah. Kisah mereka bukan lagenda. kisah mereka kisah benar. kisah yang bisa menyentuh hati siapa yang membaca. Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka.

Kalau kita nak berubah, kena mencari di tempat yang betul. Mencari hidayah itu perlu ditempat yang betul. Andai tempatnya salah, bagaimana mahu hadir apa yang dicari. Bila saya fikirkan kisaha hidup saya yang sudah mencapai suku abad ini. Aduhai jauhnya dengan apa yang disumbangkan para sahabat. Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja Sultan Muhamad Al-Fateh, Umar Abd Aziz. Hebat. Mereka bukan Nabi bukan juga dari kalangan para sahabat. Tapi mereka insan insan hebat. Insan insan terpilih.

Sepatutnya ini yang diajarkan dan dididik di dalam minda anak anak remaja. Bukan selena gomez atau justin bieber atau lady gaga. Tidak. Mereka itu bukan sesiapa. Islam itu indah, Islam itu cantik dan menyeronokkan. Setiap ruang lingkup kita tak dipisahkan dari Islam, tak terpisah dari Allah. Setiap perilaku kita, jika diniatkan kerana Allah, itu ibadah. Kita tak merasa terpaksa tapi gembira. Kita merasa itu kewajipan bukan keterpaksaan. :)

Saya masih bermujahadah melawan nafsu yang banyak sangat ini. Hilangkan lah cinta pada dunia yang berlebih-lebihan. Hingga terasa bakhil. Na'uzubillah.