Saturday, June 30, 2012

Simply awesome

This entry is meant for sharing purpose. 

I believe, dalam kehidupan kita to some extent kita mencari kesempurnaan. Kesempurnaan dalam apa sahaja yang kita kerjakan. Andai kita sentiasa mencari kesempurnaan dlm sembahyang, yup sangat baik. Dari sembahyang yang wajib kepada sembahyang2 yang lain. Here's a suggestion. 

If you wanna ensure your tahajud, dhuha, witr and solat2 yang lain are done 'accordingly'. Just make a simple time table, in excel sheet will do. Provide columns for month/date/day, what type of solat (dhuha or tahajud). Done. As simple as 1,2,3. And you can actually 'tampal' the time table pd dinding and after solat please tick the particular day. 

I guess, when you see all the colorful boxes penuh dengan tick, in a way encourage kita untuk pertambahkan kuantiti solat kita kan. Yang penting kualiti solat juga. Tapi kalau kuantiti dan kualiti seiring, lagi bagus. Selamat mencuba. Paling penting, niat kita. 

Have a super blessed weekend :)

Sunday, June 24, 2012

Rindu

satu perkara yang saya sangat perasan tentang diri sendiri, saya suka berpura pura 'semuanya ok'. semuanya baik baik. semuanya tak ada masalah. seperti nya saya cuba lari dari realiti yang sebenarnya masalah di hadapan, tapi tak mahu menerima yang masalah itu sedang memakan diri saya. sampai satu saat, air mata saya jatuh juga. dan itulah saya.

saya rasa, topik yang saya acap kali tuliskan dr minggu lepas ya tentang bahagia. bahagia itu bermula dari diri sendiri. kalau kita perlukan orang lain 'dulu' dari diri sendiri untuk merasa bahagia, something is wrong somewhere. bagaimana nak bahagia, mudah tapi perlukan istiqamah. ingatlah Allah selalu, pasti hati kan menjadi tenang. Logiknya mudah, Dia yang menciptakan kita, sudah pastilah Dia sahaja yang mampu memberi rasa bahagia yang hakiki bukan. Harta, duit, isteri dan anak2 juga rumah besar bukanlah jaminan hidup kita akan bahagia.

lately banyak perkara yang berlaku. dan betapa saya sedar, tak ada apa2 nya saya tanpa Allah. betapa saya ini bukan sesiapa pun tanpa Allah. saya banyak berfikir dan bermonolog dengan diri sendiri. cuba mencari justifikasi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. kadang2 saya bertindak mengikut hati dari mengikut akal. lepas tu, menyesal tak sudah. yeah itulah saya.

itulah kehidupan saya. saya juga tak suka dengan routine. dan kerja saya juga lebih kepada routine. well got to find ways untuk cinta dengan kerja saya. kalau ke tempat kerja, saya akan cuba gunakan jalan yg berbeza. melihat dan menikmati keindahan pagi dengan jalan yang super jam. seronok sebenarnya. the little things dalam kehidupan yang saya terlepas pandang. itulah bahagia juga.

dalam lingkungan kerja, macam2 orang yang saya jumpa. yang baik, yang pentingkan diri, yang tak kisah apa2, yang tak tahu apa2, yang tahu kerja dia siap walaupun terpaksa menyusahkan orang lain. tapi saya belajar banyak perkara dlm kerja seharian saya. jgn sempitkan ruang untuk kita belajar dan memperbaiki diri.

saya rindukan ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik. saya rindukan masjid uia dan rindukan solat tarawih. rindukan semuanya tentang ramadhan.

Aku kasihkan kamu kerana Allah

Terima kasih telah Kau izinkan diri untuk mengenali mereka, Ya Allah. Saudara yg selalu menegur dan menasihati kala diri khilaf dan salah. Senantiasa mendukung dan mengingatkan diri untuk menjadi peribadi yg jauh lebih baik. Syukran. 
-oki setiana dewi-

Hari ini, ke daurah. Tapi semangatnya tak seperti biasa. Kadang2 kita terlalu melihat siapa yang menyampaikannya sehingga terlupa yang lebih mustahak itu, adalah isinya bukan. Yang lebih mustahak apa yang perlu dipraktikkan kelak bukan.

Hari ini juga, menyelami dan cuba memahami perasaan seorang sahabat. Paling mungkin, cuba meletakkan diri di dalam posisinya. Mungkin nak memahami agak payah, tetapi paling mampu saya usahakan tika ini, hanya doa. Doa dan doa. Moga dipermudahkan segala urusannya. Kadang2 saya sendiri hilang kefahaman dengan apa yang dirunsingkan oleh sahabat saya ini. Tapi hati manusia berbeza bukan. Kita takkan mungkin faham dengan apa yang pernah dilalui dan sedang dilalui.

Ringkasnya, seseorang datang untuk mengenali sahabat saya dengan lebih rapat. Si lelaki seperti cukup yakin yang sahabat saya inilah orang yg dicari cari selama ini. Tetapi sahabat saya, lain pula halnya. Prioritinya tika ini, untuk melanjutkan pelajaran. Berkahwin itu ya, tetapi bukan sekarang. Nasihat saya mudah, jika mahu kata ya, tak mahu cakap tidak andai di tengah2, istikharah. Yang pasti, sahabat saya ini dipersimpangan. Sampai ke satu tahap, dia rasakan, apa nak jadi jadilah.

Yaa itulah. Kadang2 perkara yang mungkin nampak mudah dan senang, tak semudah itu untuk sampai ke penghujungnya. Diuji dahulu. Diberi kan kesusahan dan rasa berbagai. Tapi belajarlah menerima, hidup ini sentiasa dan takkan pernah sunyi dari mujahadah. Sampai ke satu tahap kita penat. Tapi bayangkan baginda, andai baginda rasa putus asa. Apalah kita hari ini kan.

Bersangka baik pada Allah. Solat dan cuba lah solat malam. Kalau tak mampu pun, yang pentingkan mulakan dengan niat. Dari sekali sekala buat, cubalah jadikan amalan. Kita nak Allah dengar luahan kita, kita sebagai hamba harus pergi extra miles untuk dapatkan perhatian Allah bukan.

Marilah jadi hambaNya yang super cool lagi hebat :)

Thursday, June 21, 2012

Happens for a reason, happens for the best

tak best bila terpaksa buat perkara yang kita memang tak suka. tapi andai tak diberi pilihan apa lagi yang tinggal. kadang2 dalam kehidupan kita terpaksa memilih. terpaksa membuat sesuatu yang kita tak suka pun nak buat. hingga hilang rasa ikhlas dalam diri. sayang.

dan saat ini, saya rasa sangat teruk. teruk yang amat. entahlah. saya tahu diri saya masih pincang. banyak compang campingnya. tak perlu nak tengok orang lain. cukup tengok diri sendiri. cukup nilai buruk diri sendiri. pagi2 bila dengar ikim, dengar tazkirah, aduhai jauh sungguh diri ni. jauh dari benchmark seorang muslim.

tahukah, solat siapakah yang paling sempurna selepas solat nabi? solat abu bakar r.a. itupun abu bakar akan berdoa lagi selepas solat. bimbang dia melakukan kezaliman atas diri sendiri. kita? lepas solat, atau masa solat masih fikir deadlines kerja kan. hehe. mengaku cepat.

saya nak jadi orang yang lebih baik. hamba Allah yang lebih cemerlang. tapi kadang2 jatuh gagal di pertengahan jalan mujahadah. mujahadah dgn hati, dengan lidah, dengan perbuatan. semuanya. few days back, antara hari2 yang saya rasa cukup menguji. menguji saya.

kadang2 buat saya terfikir. kita nak sangat sesuatu perkara, tp Allah tahu bila masa yang sesuai bukan. kadang2 kita tak rasa kita perlukan pun certain2 things, tp Allah beri pada kita. Dia ciptakan kita, tentulah Dia lebih memahami kita kan ;)

Tuesday, June 19, 2012

bahagia tak perlukan sebab

saya gembira dan bahagia. saya bersyukur dan berasa cukup. setiap hari diberi peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri. mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk ke destinasi akhir. belajar perkara baru (little2 things), belajar memahami masalah orang lain, belajar erti memberi dan menerima. belajar erti berterima kasih. kadang2 tak perlu pergi jauh, banyak yang bisa kita pelajari dari keadaan sekeliling. ibrah yang Alllah nak tunjuk pada kita.

mencari sebab untuk merasa bahagia, mungkin kadang2 kita tak perlukan sebab untuk merasa bahagia bukan. kehidupan ini, yang Allah beri, itu cukup sudah memberi kita satu sebab untuk bersyukur. setiap pagi, ke tempat kerja sepanjang jalan saya berjumpa bermacam2 orang. ada yang berjalan kaki sahaja, ada yang bermotor dan kereta. masing2 punya tempat yang hendak dituju. jelas matlamat mereka. alangkah indah, andai dalam kehidupan sebagai muslim, jelas matlamat kita, tahu kenapa kita di sini, untuk apa kita hidup. indah bukan.

hari ini saya memilih untuk bahagia. untuk tak sedih dan memikirkan perkara2 yang mmg bukan di dalam kawalan saya. untuk tak memikirkan perkara2 yang mmg bukan milik saya. dan hari ini, saya memilih untuk tak menyerah kalah pada apa yang saya dah usahakan separuh jalan. ;)

Monday, June 11, 2012

Hebat


Sangat tersentuh melihat video ini. Fahamkan dengan hati. Bacalah dengan akal. Dan amalkan dalam kehidupan.

Luar biasa indahnya


Memikirkan masa yang pantas berlalu, bagai angin yang berlalu pergi. Indah tapi pantas sekali, bisa membuat yang mengejar kepenatan lelah dan kadang kala kalah dalam pelarian yang akan ada penghujungnya nanti. Matlamat hidup mukmin itu jelas, tahu destinasi akhirnya kelak di sana. Mengharapkan pertemuan dengan yang menciptakanNya.

Kadang2 diri terfikir. Amal apalah yang akan dipersembahkan dihadapan Allah nanti. Apalah usaha untuk agama yang disayangi ini. Cukupkah atau dibanding dengan selautan yang ada, setitik pun masih tak sampai. Memikirkan masa, kesenangan, pekerjaan yang Allah beri pinjam, semuanya sementara, untuk digunakan sebaik mungkin dalam mencari redhaNya.

Kadang2 juga saya terfikir. Ada manusia yang sangat baik, tapi baiknya untuk manfaat diri sendiri. Tak menjadi 'nafiun li ghairihi'. Sila check 10 muwasafat hassan al banna ^_". Tapi kita mahu jadi orang yang baik, untuk diri, untuk masyarakat dan seterusnya ke medan yang lebih luas. Ada orang yang hidup dalam dunianya sendiri dan keluarganya sahaja. Tak keluar ke ruang lingkup yang lebih besar. Sayang.

Saya mohon pada Allah, diberikan kekuatan untuk sentiasa tabah dan kuat dan istiqamah dalam menyebarkan keindahan-keindahan Islam. Hidup ini tak panjang sekejap sahaja. Dan saya mohon pada Allah walaupun usaha kami tidaklah sehebat para sahabat, taklah sehebat Syed Qutb atau Hassan Al Banna. Jauh sekali dari bayangan Tariq Bin Ziyad atau Zainab Al Ghazali, tp mohon diberi hati yang ikhlas. Diberi ruang dan waktu untuk menyumbang apa sahaja walau hambatan masa seringkali mencemburui.

Untuk kesian kali, saya bukanlah orang yang terbaik untuk menulis begini begitu. Tapi saya juga rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan betapa indahnya hidup dalam nikmat Islam. Betapa indah hidup dalam kebaikan (fitrah setiap insan) dan betapa indah mati dalam husnul khatimah.

Dari diri yang penuh khilaf.