Sunday, May 27, 2012

Hari ini dalam sejarah

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka. Dari urusan perkenalan hinggalah ke pernikahan. Syukur. Penat memang sangat penat. Tapi kalau tak penat, manakan dapat hasilnya. Saat disatukan dua hati ini, disitulah mulanya perjalanan mereka. Hari 'raja sehari' itu sekejap cuma, hari2 yang bakal dilalui kelak itu lebih mustahak. Kadang2 kita terlupa, hari yang sehari itu, yang terlalu dititik beratkan. Bukan tak boleh, tapi kenalah ingat, hidup bersama bukan sehari dua.

Buat Aliah dan Fattah, barakallahu feekum. Selamat menempuh alam baru, alam yang penuh dengan tanggungjawab, moga baitul muslim kalian sentiasa dalam mardhatillahNya, diberi kekuatan untuk terus tabah dan kuat dalam tarbiyah dan dakwah, sebab alasan kahwin itu sudah tak relevan. :)

We  are so gonna miss you. Imran dah tanya bila kak yah nak balik. Maaf saya bukanlah 'hantu' photo. Tak banyak gambar. Tunggu dari orang lain.

Sunday, May 6, 2012

marilah jadi hamba yang super-cool

salam.

sedang makan dengan riang gembira dengan famili tercinta. dalam riang bermakan-makan, ibu bersuara. 'nanti bila Allah nak jemput kita kembali, agak2 apalah amal yang kita nak bawa ya'. huhu. dgr ibu cakap macam tu, sadisnye lah hati. nak tak nak, hati kecil mmg mengakui kata2 ibu. yes nak bawak bekal apa ya. lately, ada beberapa kenalan rapat keluarga yang telah kembali menyahut panggilan ilahi. kita, anytime pun boleh pergi.

bila fikirkan destinasi kita kelak, pincanagnya urusan akhirat saya. serius mmg rasa sangat teruk. dalam hati berkobar-kobar mahu buat itu ini. tapi in the end, kadang2 tinggal impian yang tak terleliasi. sedih dengan diri sendiri, malu pun ada. sebab kalah sebelum sempat berjuang lagi. tak perlulah rasa cemburu yang melampau melihat kejayaan yg orang lain ada, andai urusan akhirat mereka pincang. orang yang cemerlang, bila urusan dunia dan akhiratnya cemerlang. kan kan.

im calling it a night. pftttt. tomorrow kerja. insyaallah diberi kekuatan. moga setiap yang kita kerjakan kerana reda Allah. hatta nak ambil seminit dr masa yang telah diamanahkan, mungkin kita kan fikir 10 kali.

ps; dulu masa kecil2, fikir orang kerja itu super awesome. now dah rasa sendiri, sebenarnya belajar itu super awesome juga.

ukhwah itu indah bila redha Allah itu priority

satu perkara saya belajar dalam bersahabat. jika kita bersahabat untuk mencari redha Allah, pasti Allah permudahkan pertemuan kita. andai kita berurusan dengan manusia, hanya semata-mata kerana dunia dan seisinya, kadang2 satu pertemuan pun dirasakan payah untuk diusahakan. cek surah al hujarat ayat 10. :)

saya ambil satu kisah. kisah benar. seorang di malaysia, seorang lagi di tanah bersatu atau UK. mereka berdua mmg sangat aktif menjalankan urusan2 dakwah dan tarbiyah di negara masing2. masing2 punya komitmen tersendiri. tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan pertemuan mereka. tanah bersatu jadi saksi, pertemuan dua hati yang mencari redha Allah dan berpisahnya mereka mencari redha Allah.

perkara2 lain; saya teringat pesanan seorang pakcik. ketika berjumpa lama dulu. masih kuat dan utuh pesanannya disimpan. urusan dakwah dan tarbiyah itu bukanlah aktiviti2 masa lapang, yg dibuat bila perlu dan ditinggalkan andai sibuk. sibuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyah harus jalan. kalau hassan al banna, syed qutb mampu memastikan urusan dakwah dan tarbiyah mereka tiptop, apalah alasan kita ya untuk tak mencontohi mereka.