Sunday, August 26, 2012

Mengurus perasaan dan hati

Salam. its been a while. Ramadhan has gone. But we are still here. Dan bulan Syawal kali ini, macam biasa digunakan sehabis baik melawat atok2 sedara yang jauh. I dont know, but spending times with them mmg best. They have lot to share; sometimes kita yang baru nak mengenal hidup ni, rasa dah cukup bagus rasa dah banyak ilmu. Tapi bila dengar kisah hidup mereka; wow banyak nye yang kita terlepas pandang. Banyaknya yang perlu kita pelajar.

Apart from that, melawat kawan2. We went to this wedding and our old school mate came to say hi. Tanya we all; empat orang je. Saya cakap; yup 4 orang. Dia tanye mana yang lain; Yang lain dah kahwin. Kami je yang single ladies. ;) Senyum je lah kan. Bahagia apa jadi single ladies.

Tapi tadi went to djah's house. Our dear school mate. Met his father. Ayah dia mmg lah best. Tanya we all; dah kahwin. Tentulah belum. Ayah dia terus offer: nak pakcik carikan. Huhuhu. Andai kahwin semudah touch n go. Pakcik ni. Semue orang pun nak kahwin. Nak ada family. Nak settle down. But sometimes, its just not the right time, not the right moment yet. So as for now: I'll be doing just fine insyaallah. I have great parents, cool siblings, super awesome big family and wonderful friends. Bersyukur bersyukur.

My initial plan writing this post nak cakap pasal hati dan perasaan. Perkara fitrah yang Allah beri pada setiap hambaNya kan. Tapi bagaimana kita mengurus rasa dan perasaan itu yang mustahak. Andai rasa cinta kita diletak pada tempat yang salah, maka tujuannya pun pastilah salah. Sebab itu, doa itu sangat mustahak. Pinta pada Allah, agar hati kita sentiasa mencintainya dan Rasulnya lebih dari segalanya. Kemudian barulah cinta manusia itu datang.

Andai kita sendiri gagal memahami cinta yang sebenar, cant expect much la kan. Happy working semua :)

Friday, August 17, 2012

Madrasah Ramadhan

Manusia boleh berubah kan. Dari sejahil jahil insan kepada sebaik baik insan dan dari sebaik baik insan kepada sejahil jahilnya. Dan siapalah kita nak menghakimi seorang insan yang dulu punya pakaian tapi tak pernah cukup kain; tp hari ini berubah menjadi insan yang lebih baik dari kita. Mujahadahnya lebih mantap dan keinginannnya untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih hebat dari kita. Jangan kita nilai bagaimana permulaan kehidupan seseorang itu, sebab yang lebih mustahak bagaimana akhir kehidupannya kelak.

Moga kita istiqamah. Banyak yang saya mahu cuba kekalkan selepas Ramadhan berlalu pergi. Sekejap itu yang bisa saya kata. Dan buat pertama kalinya, Ramadhan kali ini Allah beri demam pada saya. Memang mencabar sungguh dengan kerjanya lagi. Cuti seminggu tp tak terasa mahu beraya. Rasa tak layak nak meraikan raya pun ada. ;(

Banyak kisah manusia yang berlaku disekeliling saya. Banyak iktibar yang saya perlu pelajari. Peringatan buat diri dan peringatan untuk selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri. Sekali manusia buat 'kejahatan' pada kita, disitulah kekuatan dan keimanan kita diuji. Samada kita mahu membalas kejahatan dengan kejahatan atau kejahatan itu dibalas kebaikan. Apa bezanya kita dengan orang yg melakukan kejahatan, andai kita membalas dengan kejahatan. Setiap kita sentiasa diuji. Tapi ujiannya tak pernah sama.

Sunday, August 12, 2012

Moga sentiasa kuat

Salam. Time flies kan. Sudah August, Ramadhan tinggal beberapa hari lagi dan frankly speaking performance Ramadhan kali ini agak mengecewakan saya. Malu dengan diri sebab KPI Ramadhan jatuh dengan jaya nya. Awal Ramadhan saya letak janji pd diri, mahu penuh sunat tarawih tp manusia jauh sekali dari pengetahuan ymasa hadapan. Allah beri demam. Lepas demam nak speed balik tp momentumnya sangat lambat. Entahlah saya pun tak tahu apa yang tak kena.

Rasa malas datang bertubi tubi. Nak pergi kerja lagilah malas. Satu perkataan: saya boring. Penat buat perkara yang sama tapi saya paksakan diri juga. Inilah kehidupan kan. Bila fikirkan balik, tak mengapalah. Ada orang yang tak de kerja langsung yang masih menganggur. Alhamdulillah saya ada kerja. :)

Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me. -Imam Al-Ghazal-

Saya suka kata kata Imam Al Ghazali ini. Lebih dari cukup menggambarkan situasi saya saat ini. Kadang2 hati ini kawan dan kadang2 hati itu juga lawan. Mujahadah itu perjuangan yang takkan pernah padam hingga Allah ambil kembali kita. Hari2 bermujahadah. Kadang2 dekat office, kita cuba jaga hati, jaga mulut, jaga telinga. Tapi kadang2 ada saja perkara2 yang kita tak mampu nak kawal 'merosakkan' puasa kita.

Ramadhan tinggal few days. Moga Allah sentiasa beri ruang dan waktu pada kita untuk utilize sehabis baik. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik pada kita semua.

ps: Saya teringat satu kata2, kita tak mampu untuk pilih bagaimana cara pengakhiran kehidupan kita tp kita mampu untuk memilih bagaimana kita menjalani kehidupan kita saat ini. :)