Wednesday, August 31, 2011

we dress to please who?

i came across this lovely blog with a simple post, enough to get me a slap in the face. bila kita berpakaian hatta ke mana sekalipun, ke pejabat, ke rumah kawan atau mana sekalipun, kita berpakaian tanya balik diri kita. kita berpakaian to please who? definitely to please Allah. tp berapa ramai yang sedar dan tahu, yang dia berpakaian jauh sekali dari please Allah tp lebih kepada nak please people. including me. shameful kan.

lagi2 bila dah bekerja, jumpa ramai orang, keluar sana sini, pakai baju yang longgar2 atau tutup aurat sangat ni, tak trendy lah. apa yang aku tengok sekarang, banyak sangat fesyen yang dilabel 'muslimah' tp tak tahulah di mana nilai muslimah nye tu. tudung belit2, kadang sampai ternampak dada. baju kurung longgar tp kain jarang, mmg boleh see thru habis. kain 'halal haram'.

dalam islam Allah dah gariskan cara menutup aurat yg cukup mudah. kita manusia suka menyusahkan perkara yang mudah. tengok saja lah when it comes to fesyen. serius pening kepala. indirectly orang yang sangat conscious dgn appearance, akan berusaha untuk reach to that level, level  'manusia'. patutnya kita buat everything dalam kehidupan, from bgn tidur to sleep is to please our Creator not other people. tp sayang, kita sibuk nak please manusia, tp lupa yang memberi rezeki yang memberi kesenangan dan kegembiraan itu Allah bukan manusia.

in the future, kita lebih berhati2 dalam berpakaian. tak salah nak berfesyen nak cantik. islam itu kan indah. tp dress modestly tak perlu overboard sangat.

ps: tak pernah Allah kecewakan hamba2-Nya tapi makhluk2 ciptaan-Nya selalu saja mengecewakan Nya tp rezeki dan kasih Nya tak pernah berkurang atau diambil balik.

Sunday, August 28, 2011

malu pd Allah sebab diri banyak dosa

hari ini, air mata jatuh. entah mengapa rasa malu pada Allah. sebab diri banyak sangat dosa, tapi Allah masih lagi beri nikmat pada hamba yang selalu lupa pada Dia ni kan. aku harap nikmat itu bukan untuk 'melalaikan' aku tp peringatan yang Allah sayang hamba-hambaNya. agar lebih dekat pada Allah. aku takut kalau Allah ambil iman dan bolak balik kan hati ni. serius. takut sesat tanpa sedar, bimbang jahil tanpa tahu tengah dilanda kejahilan, bimbang dosa2 silam dan masa hadapan akan menghitamkan lagi hati ni.

setiap kali imam baca al fatihah dan ayat 5,6,7 serius tiba2 air mata aku jatuh. bila kita faham betul2 ayat tu, hanya pada Mu kami sembah, hanya pd Mu kami mohon prtolongan (no one else kita letakkan pengharapan hatta nasib diri kita sendiri), tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang yang Kau telah beri nikmat bukan jalan mereka yg Kau murkai dan bukan pula jln mereka yg sesat.

aduh bila fikir kembali, terlalu banyak sgt dosa2 yg aku buat. nak kikis sifat jahilyah dalam diri ni, nak buang satu2, mujahadahnya Allah saja yang tahu. dan bila beredarnya Ramadan, harap diri masih istiqamah dan kuat. takut terlalai dan tersasar.

rasa 'hamba'

bila kita ditegur dengan kata2. tp kata2 itu menyebabkan kita 'berasa' tidak puas hati maka ruang maya dijadikan tempat melempiaskan rasa amarah. salahkan phone pintar? phone pintar bukan ada akal. yang mengemudi nya 'manusia' seperti kita.

kita manusia memang mudah salah faham. instead of bertanya untuk meng-clear kan situasi kita come up with our own andaian. manusia memang suka berandai-andai. andai2 dan syak wasangka adalah mainan syaitan. bila akal dipandu rasa syak, kita tend to melempiaskan segalanya. salah tempat melempiaskan nya, ombak pun tak mampu menarik perahu yang terlajak

perhatikan sekeliling kita. ruang maya menjadi tempat untuk kita letakkan segala rasa sedih, marah, kecewa, gembira. to some extent, semua perkara harus dikongsi tanpa ada satu ruang 'sempadan'. tak salah mahu berkongsi rasa, tp ada batasnya. 

dan cukup menyedihkan, bila rasa marah diadun sekali dengan kata2 carut maki hina. dan cukup 'menggelikan' bila rasa cinta pada manusia yang penuh lemah, diagung-agungkan, dipuji-puji di ruang maya. Muslim kita pada nama, tak pada hati?

sangat sedih, bila dalam ramadan, masih ada orang yang 'kalah' dalam mujahadah. aku pun kalah juga. tp bila ada 'phone pintar', galaxy, ipad dan sewaktu dengannya, ia pemudah cara untuk kita utter everything on 'facebook' instead mengadu segalanya pada Allah. Allah lah tempat prioriti kita mengadu bukan 'ruang maya'.
.
janganlah salahkan 'pemudah2 cara'. mereka hanyalah alat2 yang tak bernyawa. andai kata2 berbentuk ujian sudah mampu 'meng-syahidkan' kita, macam mana nak lawan 'kafir2' yang dilaknat itu. nabi yusuf diuji bukan dgn kata, siap pakej lagi, bukan berhari tp bertahun-tahun lamanya. jadi dimana nilai kita sebagai hamba Allah. sedangkan kita selalu berdoa, 'ya Allah, jgnlah biarkan nasib diri kami, ditentukan oleh diri kami sendiri, walau dlm kadar sekelip mata'. pendek tp cukup menusuk kalbu.

Allah dah kata, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sungguh solat itu berat melainkan orang yang khusyuk (al baqarah:45)

seindah bahasa syurga


baca kata kata cinta Allah, walaupun kita tak faham bahasa syurga, dah dapat pahala. so bayangkan kalau kita dapat faham dan internalize every words. masyaAllah !!!! my favorite ayat cinta yang Allah ulang banyak kali dalam al-furqan; 'dunia hanyalah permainan dan senda gurau'. many times Allah ulang dalam bentuk dan intonasi yg berbeza. but the intention sama: dunia is tempat ujian. tempat yang tidak kekal dan cukuplah ia letak di tangan ;) 

on the flip side, waah seronok tengok orang balik kampung. penuh karak highway malam2. me? aku mana ada kampung. kampung ku dkt shah alam je. the best part, tak yah kemas baju. tak yah sibuk2 nak bersiap boleh accelerate ibadah untuk malam2 akhir ni. tolong drive guna akal dan baca doa dan tawakal. kadang2 bende2 simple mcm tu kita take for granted. 

Saturday, August 27, 2011

ibadah kerana Allah.

news feed facebook penuh dengan ucapan raya. tak salah nak tulis ucapan raya. kan kan. tp tak rasa sedikit tidak beradab kah kita dengan ramadan. bayangkan, kalau kawan baik kita, nak tinggalkan kita, mesti kita sedih. mesti kita doa yang baik2 untuk dia. so bayangkan ramadan itu sahabat baik kita. lagi 3 hari kot ramadan bakal melabuhkan tirai, takkan kita tak rasa sedikit pun sedih. tp rasa gembira kemain nak raya. tp layak ke kita nak beraya, kalau amal bulan ramadan pun suam2 kuku je ni. layak ke nak sambut 1st syawal, bila ramadan macam tak 'cakne' je. 

on the flip side, best terawih dekat uia, sebab dekat uia 'less protocol' muahaha. kalau masjid lain, ini itu semua tak boleh. kalau budak2 kecil, duduk saf belakang, walaupun die sampai dulu dekat saf depan. unfair. kalau tak pakai telekung, nanti makcik2 pandang 'semacam' je. macam penjenayah pulak rasa. kalau terawih dkt uia, mmg rasa sungguh la roh ramadan tu. sampai kan orang kata, kalau nak rasa ala2 solat dkt masjid haram, pergi uia. bangga sekejap. time ni baru nak mengaku 'warga' uia. kalau pegang quran time terawih, ok je, tak de orang pandang 'senget'. kalau pakai iphone ganti quran lagi orang tgk 'wow' terus. kalau dkt masjid lain, confirm orang akan terus mcm 'pelik'. boleh kee? heh. 

jom increase amalan. moga Allah terima amal2 kita. ikhlas tu orang tak nampak, tp Allah tahu. mcm semut hitam duduk di atas batu hitam. x siapa tahu semut tu disitu. mcm tu lah ikhlas !!!

Monday, August 22, 2011

apakah alasan kita

how time flies. memang cepat gile ramadan dah nak habis. makin ke kemuncak, orang makin sibuk buat persiapan raya. aduhai macam wajib gile kot persiapan raya tu. patutnya semakin menghampiri ramadan, diri makin hebat mengejar akhir2 ramadan. raya2 tu boleh buat nanti.

hari ni macam biasa solat dekat uia. kebetulan hari ni, imam baca panjang sangat2 sangat2. huhu. sebelah aku, ada makcik. kira macam baya nenek aku dah. perghhh memang dia diri tak gerak2. kagum dan berasa malu pada diri yang masih muda punya tulang empat kerat yang kuat lagi nih. aku tak faham, kalau bulan2 lain ok lah. tp ni bulan ramadan kot, kenapa ada yang macam tak kisah nak pergi terawih. at least yg lelaki tu, even kalau kerja siang hari pun, takkan malam dah syahid kot. apa salahnya berjemaah plus terawih dekat masjid. kalau alasan 'kerja' dan penat, orang lain ok ja. kalau malam2 kerja boleh lepak 'mali' takkan solat jemaah plus terawih  tak larat kan. semuanya alasan !!!!

if nabi dengan para sahabat boleh pergi perang badar waktu puasa, haishhh alasan apa lagi yang kita nak letak ehh kalau tak rebut ramadan ni. nak kata kerja, kerja dlm office, balik awal dah, penat redah traffic, bukan jalan kaki naik kereta. naik motor pun alhamdulillah. naik public lagi alhamdulillah. dekat situlah ujian, kalau ramadan smooth je, tak de ujian, tak best la kan. ok sampai sini. got to go .. doakan saya dpt kerja, kerja yang 'terbaik'.

Sunday, August 21, 2011

'pakai tudung' mmg belum tentu bagus

orang kata pakai tudung belum tentu baik. owhh memang lah pakai tudung belum tentu baik, kalau konsep aurat tu sendiri dah disalahertikan. menutup aurat/berhijab bermaksud menutup seluruh anggota yang wajib ditutup. andai kata pakai tudung tapi bukit bukau masih visible 200 meter jauh, masih belum sempurna tutup aurat tu. hence macam mana berhijab 'secara exclusive' mampu menjana akhlak yang cemerlang. mahu akhlak yg cemerlang, aurat tu sendiri harus dijaga secara inclusive. so bila orang kata perempuan 'pakai tudung' bukan bagus, fikir2 kan lah.

on the flip side, aku baru tahu siapa najwa latif. hoho. lame sungguh. biarlah lame kan. so what? tp kenapa orang suka sangat dengan budak baru nak belajar hidup ni. suara best? ala2 yuna? sebab dia pakai tudung? banyak faktor mungkin. tp bila kau fikirkan balik, aduhai ngerinya membesarkan anak di zaman cyber-tekno-canggih begini. tgk clip video terbarunya pun aku dah seriau. aku cuba bayangkan, seorang remaja perempuan, yg berumur belasan tahun menonton clip video si najwa ni. tak banyak sikit pun mesti tergerak perasaan nak jadi mcm 'minah' dalam clip tu. aduhai cinta2 remaja yang memang tak berpijak di bumi nyata ;p
enough said kan. hidup dalam berhibur memang mengasyikkan. tp where do you stop ?

dalam islam, tak salah nak berhibur, tp berpada-pada jgn lah jadi 'hard core' sgt. sampai tak boleh hidup tanpa hiburan. dah jadi hedonisme sangat pulak kan. kalau zaman rasulullah dan para sahabat, aku kagum serius mcm mana tarbiyyah yg di bawa rasulullah mampu melembutkan hati seorang umar, bagaimana tarbiyyah rasulullah mampu mencairkan hati seorang mus'ab, semuanya dgn izin Allah. tp sekarang, yg aku sedih bila seorang itu revert to islam, walaupun dah bertahun revert kualitinya masih sama macam mula2 revert. nak tak nak kena gerak mencari kualiti.

ps: bila Allah kata haram haramlah. masih ada juga nak persoalkan hukum2 yang telah jelas lagi terang. tak faham betul aku. serius annoying.

Thursday, August 18, 2011

dunia ini hanyalah sebuah permainan

sungguh dunia ini ujian. ujian untuk mereka yang beriman dan bertaqwa. andai setiap dr kita yakin dan percaya serta memahami ayat di atas, i bet korupsi, rasuah dan perkara2 yang merosakkan hati pasti boleh diatasi. tp dah nama pun manusia, tak lari dr kesilapan.

Allah ulang many times dalam al quran, tentang dunia ini ujian dan senda gurau cuma dalam pelbagai bentuk dan intonasi. so it is up to us untuk memahami dan grasp the meaning. janji Allah itukan pasti. Allah nak lihat, adakah kita ni boleh lulus ke tak, kalau Allah uji dgn kuasa, harta, kesenangan dan kesusahan. kata orang yg beriman tp tak diuji bagaimana !!!! mcm dalam kehidupan di sekolah, cikgu beri ujian untuk lihat kemampuan kita. tp ujian Allah, dah siap bagi skema jawapan. tinggal kita nak tak nak je.

mengejar akhirat tak bermakna melupakan dunia. kerja lah seakan hidup seribu tahun, tp dunia itu di tangan sahaja bukan di hati. di hati itu negeri akhirat. negeri abadi. tp berapa ramai dr kita yg benar2 mengejar negeri itu. kita tahu tp kita buat2 tak tahu. sama lah mcm orang ini. sebab tu never tinggalkan solat dan al quran.sesibuk mana urusan dunia kita, ada urusan yg lebih mustahak harus ditunaikan haknya.

dulu i used to intern dkt this oil and gas company. tahulah orang kerja oil and gas 24/7. mcm esok dunia dah tak ada. diorang mmg bagus when it comes to work. meeting on time, report siap on time tp solat asar 6.30ptg. mcm mana tu. kdg2 kita mmg ambik enteng, sebab kita tak nampak impactnya pd kehidupan harian kita kan.

Sunday, August 7, 2011

hati yang lalai ini, teguhlah

antara melakukan kejahilan dalam ketidaktahuan dan ketidakfahaman dan melakukan kejahilan didalam kefahaman dan tahu halal haramnya, terlalu besar bezanya. tapi apakah kita ada rasa malu sendiri, malu pd Allah, malu pada orang sekeliling sebab lakukan perkara yang kita tahu haram. tulisan ini, dituju khas buat diri yang sangat lalai. hati yang selalu lalai.

hari ini, berbuka dekat sg. buloh. since my mum works dekat situ, my mum kerja @rumah perlindungan untuk remaja2 perempuan. jauh benar dari apa yang dia belajar dulu. ilmu kejuruteraan simpan jadi pekesam je. bila aku tgk muka2 mereka, tak tahu nak cakap bagaimana. tak tahu nak letak bagaimana diri ditempat mereka. bila diri sudah terlanjur, apa lagi yang diharapkan hanya pengampunan dr Allah. minta dan mintalah. Dia sentiasa mendengar. aku, sgt bersyukur diberi ruang dan peluang untuk ambil ikitbar.

walaupun mereka pernah tersasar, pernah tergelincir, siapa kita yang bergelar hamba ini nak menilai dan meletakkan satu 'level' pada orang lain. tp yang sayang, ada yang sudah terbabas, tapi tak rasa kesal sedikit pun. aduhai hati yang lemah ini. andai hati itu boleh berkata-kata, mahu saja dijerit, sudah2 lah dengan 'mak-siat'. ;(

Friday, August 5, 2011

diuji dalam sebuah keterasingan

macam mana kita kata, kita beriman sedangkan kita tak diuji kan kan. tapi bila ujian itu datang, aduh kadang2 memang Allah tak yah beri result, kita dah tahu kita gagal. baru preliminary round, dah tak lepas ujian. macam mana kata kita ni beriman kan. lagi2 dalam ramadan. ujian nye lebih super hebat. datang dari macam2 arah. Allah nak beri pahala dekat kita. ;p

bila kita dalam sebuah environment yang sangat supportive dengan sahabat2 yang best dan baik, kita kurang rasa diuji. betul tak? sebab ive been there, dalam sebuah environment yang sangat best, tp bila dicampak ke sebuah tempat yang cukup asing, yang cukup berbeza dari siapa kita, kita seperti ALIEN dan kadang2 jadi LALANG. kata dah ditarbiyyah kan? disinilah iman kita diuji, disinilah jati diri kita sebagai muslim diuji. serius aku dah rasa berada dalam sebuah keterasingan dan terasa ujian nya. dan dengan malunya, aku boleh kata aku gagal. but i learnt something priceless !!!!

ramadan kali ini, rasa best sangat. sebab jumpa sahabat2 sekolah yang dah bertahun tak jumpa. dan usrah la yang paling best. setiap kali ke usrah, disitulah isu2 ummah boleh dibincangkan dengan lebih serius dan secara mendalam. bukan di luar tidak boleh, tapi disini, kita berbincang dengan orang2 yang lebih memahami.

on the flip side, dekat FB tengah menular group2 murtad. aduhai sedih2. betapa Allah boleh tarik nikmat hidayah itu dalam sekelip mata bukan. takut, bimbang andai yang terjumpa page tu, orang2 yang masih baru bertatih mengenal Islam, terbaca pemikiran2 'bebas' mereka, aduhai. aku sempat bertanya seorang sahabat lama, apakah berbaloi berdebat dengan mereka2 ini, jawapannya mudah: banyak lagi urusan dakwah dan tarbiyyah yang belum selesai dan perlu diuruskan ;p

dan kita sebagai muslim, sepatutnya merasa isu ini, adalah tanggungjawab bersama bukan exclusive pada sesetengah pihak sahaja. nope. akhirat kelak, kita sama. apa sumbangan kita untuk Islam. apakah masa kita digunakan untuk kerja dan kerja duniawi sahaja. untuk mengumpul kebaikan untuk diri sahaja. tak. hidup bukan untuk diri sendiri.

ps: ya Allah, malas nya aku ni. nak tulis resume pun malas kan. huhu. nanti kena kahwin baru tahu ;p

Thursday, August 4, 2011

wahai hati yang rapuh ini

bermujahadah ertinya berjuang. dalam erti kata lain, perjuangan aku, adalah perjuangan melawan nafsu-nafsi. aduh perjuangan yang tak akan ada titik noktahnya. setiap hari, setiap saat tanpa kita sedar atau tidak, hati kita sentiasa cuba melawan cabaran2 yang dtg bertubi-tubi. dan kadang2 aku akui, aku sendiri kalah pada perjuangan. kadang2 tak sempat nak berjuang lagi, dah kalah !!!

dan bagi aku, yang sangat jauh jauh dari sifat 'sempurna' apatah lagi banyak sangat dosa ni, bermujahadah melawan zina hati (apatah lagi ia terlalu subjektif) adalah yang paling sukar. ya Allah, sukarnya mungkin mereka yang pernah melaluinya dan mengetahui itu adalah 'zina hati' yang hanya memahami. betul tak? kadang2 bukan semua orang tahu, mereka sedang terjerumus ke dalam zina hati. nau'zubillah. 

bermessage, merindui dan memebayangi si dia, itu lah zina hati. aduhai hati yang lemah ini, ya Allah yang maha mengetahui, berikan aku kekuatan. doa haruslah disertakan dengan usaha. so bagaimana mahu berusaha melawan zina hati. yaaa harus ada strategi bukan. kalau hari2 asyik bermsg, kurangkanlah. kalau asyik bercakap di telefon, minimumkan, kalau asyik berjumpa, reduce kan perjumpaan anda itu.

buat diri dan juga orang2 yang aku sayang dan siapa2 sahaja yang kebetulan melalui halaman picisan ini, jagalah hati. sebab hati itu sangat 'rapuh'. salah orang yang menyentuhnya, bimbang-bimbang hati itu terus pecah. kita ada Allah. prioritikan cinta kita. jika dalam perkerjaan kita mampu untuk first thing first. dalam soal HATI dan CINTA juga tidak terkecuali. bila kita letakkan hati kita pada tempat yang betul, insyaallah Allah akan temukan kita pada hati yang betul2 mencintai kita kerana Allah.

ps: perjalanan yang Allah aturkan, memang indah~~

Wednesday, August 3, 2011

aku rindu pemimpin sehebat umar al khattab

biasalakan kalau tgk berita tv3, mesti ada je ending2 theme yang 'menarik'. tp kadang2 tu bukan semuanya menarik. cuma ending theme hari ni, diorang highlight pasal PM berbuka puasa dengan menteri2 dan maybe ambassador kot. emmm buka puasa sama2 tu dah ok, tapi entah kenapa kalau 'orang2' berjawatan berbuka, sangat protokol nye, sampaikan roh ukhwah tu, aku yg tgk dkt tv pun tak boleh nak rasa. 

kenapa tak PM buat anjakan paradigma ke. ajak2 member2 menteri dia, bukak puasa sama2, datang pakai jubah ke, ini pakai macam nak pergi 'raya' je. makan dalam dulang ramai2, duduk atas 'safrah' atau lantai. barulah rasa nikmat ukhwah tu. cakap konsep 1malaysia, tp makan duduk semeja dengan geng dia juga. apakah. huhu. tak faham aku. protokol tak payah nak kata la kan. aduhai malaysia ku. 

aku rindu nak lihat pemimpin seperti umar al khattab. huhu. yang sanggup berjaga malam, keluar meronda kota madinah kala umat lain sedang lena tidur. tp aku tak adalah harapkan PM nak round KL tgh2 malam tgk rakyat buat apa. huhu. cuma ambil 'roh' dan nilai2 pemimpin islam. 'kata' negara islam kan. tp kalau tak diterjemahkan apa yang islam ajar, sayang la. 

ps: hidup ini kalau terlampau berprotokol sangat aduhai..

Tuesday, August 2, 2011

kisah ibu yang hebat

cuba kamu bayangkan. seorang ibu yang menangis berjujuran air mata, bangga melihat anak terunanya dinobatkan juara bintang hiburan, bangga si anak kelak dapat meringankan beban keluarga dengan wang kemenangan nya. bergembiralah mereka kan. gembira yang sangat superficial !!!

tp cuba kamu bayangkan suatu lagi situasi. masih tahukah dan kenalkah kita dengan ummu saad. mlm tadi sebelum tidur, tiba2 kisah ummu saad terlintas dalam fikiran. bila bangun pagi ni, terus aku google mencari nama si ibu yang bila nama nya disebut, bergoncang lah arasy Allah. hebat !!! sekuat ummu saad menerima perkhabaran anak2 nya syahid dlm memperjuangkan agama Allah.

now boleh kita lihat, bagaimana pentingnya pentarbiyyahan yg ibu ayah berikan. bak kata wardina dalam ikim semalam, semua orang boleh besarkan anak, tp tak ramai yang boleh didik dan beri tarbiyyah pada anak2. kita mahu kelak, anak2 yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. bukan kebaikan berbentuk material sahaja, yang berlegar di dunia yang penuh permainan ini. rugi rugi. ironinya kehidupan kita.

susah nak bersangka baik

seboleh nak cuba dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. tp susahnya nak buat begitu. dush dush. cuba kau orang bayangkan, di bulan mulia macam ramadan, semua orang berlumba mahu buat kebaikan, mahu dapat pahala mahu rebut rahmat Allah. tp kalau pergi solat terawih dengan pakwe, macam mana eh? i serius macam agak confuse. niat tu dah memang murni macam minyak murni. ade ke minyak murni? tp perlaksanaan nya agak kureng kan. pergi dengan kawan perempuan tak boleh ke? ataupun lebih baik solat di rumah, kalau takut pergi sorang2 dari timbul fitnah yang bukan-bukan kelak.

lagi kalau yg jenis suka check-in dengan four-square. aduh pergi masjid solat terawih dengan pakwa pun mahu khabar satu dunia ya. huhu. cinta itu memang membutakan. ya Allah jauhkan diri ku. aku cakap bukan sebab baik atau sempurna, tp peringatan untuk diri. untuk orang macam aku ni, yang selalu lupa yang selalu perlu diketuk baru nak ingat balik.

ps: di mana silapnya ..

Monday, August 1, 2011

kita pernah gemilang

kdg2 sy rasa, penat sungguh dengan penyakit2 jiwa yg melanda ummat kini. penat melihat tp hilang kemampuan nak mencegah. errr nilai2 tarbiyyah yang dibelajar dulu, hilang entah ke mana. ditelan angin monsun timur laut kot. malu pada diri sendiri sampai tak mampu nak berkata. i came across this lovely-cool blog. memang approach yg menarik sgt dalam mengajak anak2 muda khususnya mendekati dakwah dan tarbiyyah. kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menggerakkan jemaah.

bila sudah masuk ramadan, rasa semangat untuk jadi lebih cemerlang berkobar-kobar. harap semangat tu bersambung ke bulan2 akan datang dan seterusnya. bukan stop di akhir ramadan saja. so berbalik apa sy nak tulis di atas tadi, apa yang  boleh simpulkan dari pemerhatian kasar sy, cehss ala2 observational study la konon nye, ibu2 ayah2 seronok bangga naa kalau anak2 nye masuk malaysian idol, AF, My startz LG dan apa2 program hiburan yang mmg sah2 tak mendatangkan kebaikan hatta sikit pun. ibu2 sibuk buat sepanduk, buat banting bagai nak pergi sokong anak dekat konsert mingguan. aduhhh. entah mana silap kita. hedonisme yang dijaja itu dirasa lebih indah dari mentarbiyahkan diri untuk jadi muslim yang lebih cemerlang.

meh kita singkap sedikit, atau kita buat perbandingan para pemuda pemudi hebat di zaman rasulullah dan para sahabat jika dibandingkan sekarang. bukan tak ada pemuda pemudi yang baik2, ada2. tapi yang agak kureng ini lebih menonjol !!!

musab bin umair- kacak, kaya, serba serbi lengkap. tp cinta nya hanya satu, mendamba syurga Allah
tha'labah abd rahman- kisah nya mengagumkan. takutnya pada azab Allah sehingga membawa diri ke pinggir Madinah, dan diambil kembali tika berada di ribaan kekasih Allah. indah.
ini hanyalah sebahagian. tapi di mana kita? a slap in the face !!!