Monday, June 11, 2012

Luar biasa indahnya


Memikirkan masa yang pantas berlalu, bagai angin yang berlalu pergi. Indah tapi pantas sekali, bisa membuat yang mengejar kepenatan lelah dan kadang kala kalah dalam pelarian yang akan ada penghujungnya nanti. Matlamat hidup mukmin itu jelas, tahu destinasi akhirnya kelak di sana. Mengharapkan pertemuan dengan yang menciptakanNya.

Kadang2 diri terfikir. Amal apalah yang akan dipersembahkan dihadapan Allah nanti. Apalah usaha untuk agama yang disayangi ini. Cukupkah atau dibanding dengan selautan yang ada, setitik pun masih tak sampai. Memikirkan masa, kesenangan, pekerjaan yang Allah beri pinjam, semuanya sementara, untuk digunakan sebaik mungkin dalam mencari redhaNya.

Kadang2 juga saya terfikir. Ada manusia yang sangat baik, tapi baiknya untuk manfaat diri sendiri. Tak menjadi 'nafiun li ghairihi'. Sila check 10 muwasafat hassan al banna ^_". Tapi kita mahu jadi orang yang baik, untuk diri, untuk masyarakat dan seterusnya ke medan yang lebih luas. Ada orang yang hidup dalam dunianya sendiri dan keluarganya sahaja. Tak keluar ke ruang lingkup yang lebih besar. Sayang.

Saya mohon pada Allah, diberikan kekuatan untuk sentiasa tabah dan kuat dan istiqamah dalam menyebarkan keindahan-keindahan Islam. Hidup ini tak panjang sekejap sahaja. Dan saya mohon pada Allah walaupun usaha kami tidaklah sehebat para sahabat, taklah sehebat Syed Qutb atau Hassan Al Banna. Jauh sekali dari bayangan Tariq Bin Ziyad atau Zainab Al Ghazali, tp mohon diberi hati yang ikhlas. Diberi ruang dan waktu untuk menyumbang apa sahaja walau hambatan masa seringkali mencemburui.

Untuk kesian kali, saya bukanlah orang yang terbaik untuk menulis begini begitu. Tapi saya juga rasa bertanggungjawab untuk menyebarkan betapa indahnya hidup dalam nikmat Islam. Betapa indah hidup dalam kebaikan (fitrah setiap insan) dan betapa indah mati dalam husnul khatimah.

Dari diri yang penuh khilaf.

Sunday, May 27, 2012

Hari ini dalam sejarah

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka. Dari urusan perkenalan hinggalah ke pernikahan. Syukur. Penat memang sangat penat. Tapi kalau tak penat, manakan dapat hasilnya. Saat disatukan dua hati ini, disitulah mulanya perjalanan mereka. Hari 'raja sehari' itu sekejap cuma, hari2 yang bakal dilalui kelak itu lebih mustahak. Kadang2 kita terlupa, hari yang sehari itu, yang terlalu dititik beratkan. Bukan tak boleh, tapi kenalah ingat, hidup bersama bukan sehari dua.

Buat Aliah dan Fattah, barakallahu feekum. Selamat menempuh alam baru, alam yang penuh dengan tanggungjawab, moga baitul muslim kalian sentiasa dalam mardhatillahNya, diberi kekuatan untuk terus tabah dan kuat dalam tarbiyah dan dakwah, sebab alasan kahwin itu sudah tak relevan. :)

We  are so gonna miss you. Imran dah tanya bila kak yah nak balik. Maaf saya bukanlah 'hantu' photo. Tak banyak gambar. Tunggu dari orang lain.

Sunday, May 6, 2012

marilah jadi hamba yang super-cool

salam.

sedang makan dengan riang gembira dengan famili tercinta. dalam riang bermakan-makan, ibu bersuara. 'nanti bila Allah nak jemput kita kembali, agak2 apalah amal yang kita nak bawa ya'. huhu. dgr ibu cakap macam tu, sadisnye lah hati. nak tak nak, hati kecil mmg mengakui kata2 ibu. yes nak bawak bekal apa ya. lately, ada beberapa kenalan rapat keluarga yang telah kembali menyahut panggilan ilahi. kita, anytime pun boleh pergi.

bila fikirkan destinasi kita kelak, pincanagnya urusan akhirat saya. serius mmg rasa sangat teruk. dalam hati berkobar-kobar mahu buat itu ini. tapi in the end, kadang2 tinggal impian yang tak terleliasi. sedih dengan diri sendiri, malu pun ada. sebab kalah sebelum sempat berjuang lagi. tak perlulah rasa cemburu yang melampau melihat kejayaan yg orang lain ada, andai urusan akhirat mereka pincang. orang yang cemerlang, bila urusan dunia dan akhiratnya cemerlang. kan kan.

im calling it a night. pftttt. tomorrow kerja. insyaallah diberi kekuatan. moga setiap yang kita kerjakan kerana reda Allah. hatta nak ambil seminit dr masa yang telah diamanahkan, mungkin kita kan fikir 10 kali.

ps; dulu masa kecil2, fikir orang kerja itu super awesome. now dah rasa sendiri, sebenarnya belajar itu super awesome juga.

ukhwah itu indah bila redha Allah itu priority

satu perkara saya belajar dalam bersahabat. jika kita bersahabat untuk mencari redha Allah, pasti Allah permudahkan pertemuan kita. andai kita berurusan dengan manusia, hanya semata-mata kerana dunia dan seisinya, kadang2 satu pertemuan pun dirasakan payah untuk diusahakan. cek surah al hujarat ayat 10. :)

saya ambil satu kisah. kisah benar. seorang di malaysia, seorang lagi di tanah bersatu atau UK. mereka berdua mmg sangat aktif menjalankan urusan2 dakwah dan tarbiyah di negara masing2. masing2 punya komitmen tersendiri. tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan pertemuan mereka. tanah bersatu jadi saksi, pertemuan dua hati yang mencari redha Allah dan berpisahnya mereka mencari redha Allah.

perkara2 lain; saya teringat pesanan seorang pakcik. ketika berjumpa lama dulu. masih kuat dan utuh pesanannya disimpan. urusan dakwah dan tarbiyah itu bukanlah aktiviti2 masa lapang, yg dibuat bila perlu dan ditinggalkan andai sibuk. sibuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyah harus jalan. kalau hassan al banna, syed qutb mampu memastikan urusan dakwah dan tarbiyah mereka tiptop, apalah alasan kita ya untuk tak mencontohi mereka.

Sunday, April 29, 2012

Koreksi diri untuk jadi hambaNya yang cemerlang

Mahu atau tidak ia bermula dari diri kita. Dari seorang, kelak kita akan membina komuniti (baitul muslim) dan dari situ berkembang kepada komuniti yang lebih besar (masyarakat) dan seterusnya. Jika diri sendiri sudah pincang maka harus bagaimana komuniti yang seterusnya mampu menjadi lebih baik. 

Analogi yang cukup mudah. Seperti menyediakan sebuah hidangan. Hidangan yang sedap mestilah diikuti dengan cara2 yang betul, mungkin tertinggal satu langkah makanan itu masih boleh dimakan tapi tak sesedap yang diinginkan. Begitu juga sebagai individu. Kita lihat ada orang yang buat jahat, tak amanah, dan mcm2, tapi hidupnya ok sahaja. Pastikah kita hidupnya ok. Fikir balik. Luaran sahaja tak cukup untuk menilai seseorang. Macam hidangan yang tidak lengkap tadi, luarannya nampak indah, tapi bila dirasa, tak berapa sedaplah. 

Semuanya bermula dari kita, individu muslim. Bagaimana bangunan yang tak punya asas yang kukuh mampu bertahan dari segala macam 'halangan'. Begitu juga sebagai individu muslim. Asasnya harus kukuh (aqidah). Kenal siapa Pencipta kita, baru faham dan keyakinan itu akan hadir, barulah rasa kasih dan sayang itu datang. If kita sendiri gagal mengenal Pencipta kita, macam mana nak tahu keindahan Islam.

Moga kita tak lelah dan diberi kekuatan untuk jadi Muslim yang lebih baik seterusnya Mukmin dan Mukhsin. Tak mahu lah duduk ditangga 'Muslim' selamanya kan. Harus ada perubahan, takkan sepanjang suku abad kita hidup, tak ada sedikit perubahan pun dalam tingkat hidup kita. Dalam kerjaya kita bisa melompat-lompat berjaya begitu juga kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

On kerja; Yes. saya rasa kerja saya tidaklah begitu disaster. Belajar menerima 'kelemahan' diri dan orang lain. Belajar untuk memberi dan menerima. Belajar untuk jadi matang dalam membuat keputusan 'prioriti'. Hidup ini sangat pendek untuk bersedih tentang perkara2 tak penting. 

Bak kata kawan saya: I told her, jangan workaholic sangat. Kerja kerja jugak, rehat pun kena. Tapi dia cakap, kerja itu amanah, dan jika amanah 'sekecil' itu pun tak mampu dia laksanakan, betapa pincang urusan akhiratnya kelak. Ok 'insaf' saya. Allah nak beri peringatan anytime kan. :)

Saturday, April 21, 2012

outing kanak kanak besar




inilah kawan2 office saya. the beauty of friendship i guess. mungkin picture sudah cukup menggambarkan kegembiraan kami.

Saturday, April 14, 2012

seribu kali syukur

How do you feel, bila kehadiran kita barangkali bisa menyenangkan kehidupan orang lain. I bet, setiap dari kita mahu menjadi 'rahmat lil alamin'. Maksudnya, menjadi kebaikan kepada orang lain. Sebab hidup ini, bukanlah untuk diri sendiri. Nanti kelak, pasti Allah akan tanya, apakah waktu kehidupan kita digunakan sebaik mungkin.

Apa yang kita kerjakan setiap masa, sumbangan kita untuk ummah, untuk Islam yang disayangi. Sayanglah andai kehidupan kita ini, dihabiskan untuk diri, keluarga dan orang2 yang kita kenali. Seharusnya ada kesempatan, kita keluar bertemu orang2 yang diluar lingkungan 'comfort zone'. Belajar untuk memahami dan menerima perbezaan, Dan tak semua orang cukup bertuah untuk merasai nikmat yang kita ada.

This morning, I managed to attend this program yang dibuat oleh IKRAM untuk anak2 yang tinggal di PPR. Frankly speaking bila lihat mereka, sungguh bertuah adik2 saya. Dibesarkan dalam suasana yang cukup selesa. Nak apa semua dapat. Nak itu dapat, nak ini dapat. Tapi jadi spoiled-brat plak. Ishish.

Tapi kanak2 ini, mungkin masih tak kenal erti 'susah' dan mereka bahagia. Walau tak tinggal di rumah yg serba mewah, tapi nilai 'insan' sesama mereka cukup mengagumkan. The adults sangat cooperative. Saya berani cakap, mereka sangat menghargai kehadiran orang luar yg sudi untuk membantu anak2 mereka.

I rasa, ada masa ada peluang ada waktu, masa muda inilah kita mahu beri segala yang termampu. Banyak ibrah yang boleh kita ambil dan belajar agar syukur kita lebih banyak. Keluar dan berjumpa masyarakat baru kita tahu erti syukur yang hakiki. Baru kita faham erti nikmat dan baru kita yakin bahawa ada orang yang lebih susah dari kita, tapi masih mampu tersenyum dalam menyelusuri kehidupan ini.

Bahagia, dapat CD Maher Zain :)