Showing posts with label dunia dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia dunia. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

The so called 'life'

Salam dunia...

Apa yang saya rasakan sekarang. I need to take some-time off from the social networking. Like seriously. Penat baca kisah hidup orang di facebook/twitter. Kadang2 tak sedar, even the smallest thing pun nak update. Kadang2 apa yang kita cerita tu, taklah membawa apa2 kebaikan atau keburukan. Tak memberi impak pun. So why the need to update so much, when you have nothing to share pun in fact.

This is a sole reminder untuk diri sendiri. Whoever happened to come across this blog picisan, please bear with me. Kadang2 penat tengok gelagat manusia, yang cuba nak share everything dengan semua orang but in the end, they have nothing left for themselves. What a pathetic life we have kan.

Kadang2, i am totally just fine kalau couple of times terlupa bawak phone. Just get rid off the 'little' gadget sometimes, tak perlu rasa attach sangat dengan phone. I knew, few people yang rasa sangat attach dengan phone mereka. Tak dpt phone satu hari, mcm rasanya dunia ni boleh collapse atas dia. Tapi boleh tak kita punya rasa yang sama, kalau satu hari tertinggal solat, kalau satu hari tak baca Al Quran. Kena hadirkan rasa2 tu.

Dan, dealing dengan masalah manusia perlu kan seribu kekuatan. But i know, i have Allah, and that gives me comfort. Never say, saya bagus. Tapi cuba dan cuba untuk perbaiki diri yang memang super lemah ni. Banyak dosa kan.

Malam.

Sunday, September 2, 2012

akhir waktu kelak ......

salam. hopefully sihat2 semua. amin. tahu tak, sentiasa dalam fikiran saya ini, terfikir dan berfikir; di saat hujung usia nanti (andai dipanjangkan umur sehingga tua) apa yang saya inginkan. saya tak mahu, bekerja macam sekarang; stress dengan perkara-perkara yang tak sudah. saya tak mahu. saya hanya mahukan kehidupan yang biasa2. di kampung (andai kampaung masih wujud saat saya tua kelak la kan). kehidupan yang sederhana dengan orang2 yg tersayang. saat lewat usia nanti, harta, kekayaan, kereta besar semua itu dah tak punya makna yang signifikan. 

mungkin tak perlu tunggu tua. mungkin awal 40 an nanti, beli tanah di kampung. buat rumah, buka business (so not me kalau bukak business) dan settle down. seronokkan. hidup yang tidak terkejar kejar. tak perlu nak fikir perkara2 yang 'tak berfaedah'.

a wise man once said: usia muda kita punya tenaga dan masa tapi tak punya wang. usia dewasa punya tenaga dan wang tapi tak punya masa. di usia tua kelak; punya wang dan masa tapi tak punya tenaga. disetiap kitaran usia kita, ada kelebihan dan kekurangan. bagaimana kita menilai dan menggunakannya itulah paling utama. usia kita hanya sekali, jgn akhir waktu nanti kita sesali.

ps: saya tak suka dan 'menyampah'. kalau kita sendiri cari masalah jangan salahkan orang lain atas kecuaian kita. cakap dengan manner not 'harsh' tone.

Wednesday, July 18, 2012

Sweet Wednesday :)

Andai ada pertemuan, biar terpisah antara benua sekali pun, dengan izin Allah pasti bertemu. Tapi andai termaktub, tidak memungkin sebuah pertemuan, biar jaraknya tidaklah sejauh 2 benua, pertemuan itu tak mungkin kan. Perjalanan takdir kita, memang indah.
    Setiap hari, without failed memang saya akan melalui Duke since saya menghantar adik ke sekolah. Pasti nampak pakcik ini dengan topi keledar, menahan mana2 hamba Allah yang sudi untuk menumpangkannya. Allah nak beri kita ibrah, peringatan agar sentiasa bersyukur bila2 pun Dia boleh beri. Untung bukan siapa yang berhenti, dan tumpangkan pakcik tu. 
      Semalam, i spent almost RM 300 on shoes. A pair of pink crocs and kasut kerja. Mum ambik my crocs, so dah tak ada kasut jalan. How. So good excuse to buy a new shoe kan. Nak pakai lama kan.
        Ramadhan is just around the corner. Super happy serious. First dpt balik awal. Second tarawikh dekat uia (all time favorite place). Moga dipermudahkan segalanya untuk kita :). KPI Ramadhan dont forget. May we graduate Ramdhan jadi muslim yang lebih cemerlang. Set KPI tampal dekat tempat yang mudah dilihat. 
          I did blog once tentang betapa ujian itu sangat memenatkan bukan. Bila kita dalam suatu biah yang sama, dalam suatu suasana yang baik, kita tak rasa ujian itu. Tapi bila kite dicampak dalam keadaan yang cukup asing, yang menduga keteguhan dan prinsip hidup kita sebagai Muslim, dimanakah nilai kita. I told my friend about this and she told me: kalau dia di tenpat saya dia dah tegur orang2 tu semua. Tapi saya beritahu dia, tak semua orang ada kekuatan yang begitu. Saya berusaha tapi saya hilang 'kemampuan' nak menegur orang2 yang dah tahu dan faham tapi masih buat apa yang Allah tak suka. Macam mana. 
            Saya selalu terfikir, jadi baik tak cukup. Kena jadi lebih dari itu. Orang bukan Islam pun baik juga kan. Sebab mmg fitrah semua orang sukakan kebaikan. Tapi apa yang bezakan kita dari bukan Islam. Banyak sgt sebenarnya. Kepercayaan kita pada Tuhan yang satu, pengabdiaan kita kepada Nya dan menjadi khalifah di bumi Allah ini (matlamat penciptaan kita) dan matlamat hidup kita which is akhirat not dunya dan setiap saat hidup kita adalah untuk Allah bukan. In the end, kita tahu kehidupan kita bukan disini tp disana.
              Kenapa ramai sangat yang bertanya soalan2 kahwin pada saya. I told them, please dont worry. Ada perkara dalam kehidupan ini bukan dalam kawalan kita. Betapa kita rasa, kita mahukan sesuatu ketahuilah Allah lebih tahu. Berusaha dan berdoa dan bertawakal. Bukan urusan kita untuk menentukan bila masanya. :) Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara2 yang tak mampu saya 'kawal'.

                Sunday, June 24, 2012

                Rindu

                satu perkara yang saya sangat perasan tentang diri sendiri, saya suka berpura pura 'semuanya ok'. semuanya baik baik. semuanya tak ada masalah. seperti nya saya cuba lari dari realiti yang sebenarnya masalah di hadapan, tapi tak mahu menerima yang masalah itu sedang memakan diri saya. sampai satu saat, air mata saya jatuh juga. dan itulah saya.

                saya rasa, topik yang saya acap kali tuliskan dr minggu lepas ya tentang bahagia. bahagia itu bermula dari diri sendiri. kalau kita perlukan orang lain 'dulu' dari diri sendiri untuk merasa bahagia, something is wrong somewhere. bagaimana nak bahagia, mudah tapi perlukan istiqamah. ingatlah Allah selalu, pasti hati kan menjadi tenang. Logiknya mudah, Dia yang menciptakan kita, sudah pastilah Dia sahaja yang mampu memberi rasa bahagia yang hakiki bukan. Harta, duit, isteri dan anak2 juga rumah besar bukanlah jaminan hidup kita akan bahagia.

                lately banyak perkara yang berlaku. dan betapa saya sedar, tak ada apa2 nya saya tanpa Allah. betapa saya ini bukan sesiapa pun tanpa Allah. saya banyak berfikir dan bermonolog dengan diri sendiri. cuba mencari justifikasi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. kadang2 saya bertindak mengikut hati dari mengikut akal. lepas tu, menyesal tak sudah. yeah itulah saya.

                itulah kehidupan saya. saya juga tak suka dengan routine. dan kerja saya juga lebih kepada routine. well got to find ways untuk cinta dengan kerja saya. kalau ke tempat kerja, saya akan cuba gunakan jalan yg berbeza. melihat dan menikmati keindahan pagi dengan jalan yang super jam. seronok sebenarnya. the little things dalam kehidupan yang saya terlepas pandang. itulah bahagia juga.

                dalam lingkungan kerja, macam2 orang yang saya jumpa. yang baik, yang pentingkan diri, yang tak kisah apa2, yang tak tahu apa2, yang tahu kerja dia siap walaupun terpaksa menyusahkan orang lain. tapi saya belajar banyak perkara dlm kerja seharian saya. jgn sempitkan ruang untuk kita belajar dan memperbaiki diri.

                saya rindukan ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik. saya rindukan masjid uia dan rindukan solat tarawih. rindukan semuanya tentang ramadhan.

                Monday, January 2, 2012

                satu titik perubahan

                bagaimana mahu cinta dan sayang pd Allah, kalau kita tak letak usaha untuk mengenal Allah. Bagaimana mahu cinta dan sayang pd Rasulullah kalau sejarah hidup baginda pun kita tak kisah mahu ambil tahu. Bagaimana mahu jadi sehebat para sahabat, jika akhlak dan kisah mereka jauh sekali dari pengetahuan kita.

                dulu, saya seoranag peminat susah mati sophie kinsella dan jk rowling. tapi itu dulu. saya rasa rugi bila memikirkana kenapa sanaggup berhabis beratus ringgit untuk membeli buku mereka. sekarang saya lebih senang membeli buku tentang sahabat-sahabat Rasulullah. Kisah mereka bukan lagenda. kisah mereka kisah benar. kisah yang bisa menyentuh hati siapa yang membaca. Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka.

                Kalau kita nak berubah, kena mencari di tempat yang betul. Mencari hidayah itu perlu ditempat yang betul. Andai tempatnya salah, bagaimana mahu hadir apa yang dicari. Bila saya fikirkan kisaha hidup saya yang sudah mencapai suku abad ini. Aduhai jauhnya dengan apa yang disumbangkan para sahabat. Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja Sultan Muhamad Al-Fateh, Umar Abd Aziz. Hebat. Mereka bukan Nabi bukan juga dari kalangan para sahabat. Tapi mereka insan insan hebat. Insan insan terpilih.

                Sepatutnya ini yang diajarkan dan dididik di dalam minda anak anak remaja. Bukan selena gomez atau justin bieber atau lady gaga. Tidak. Mereka itu bukan sesiapa. Islam itu indah, Islam itu cantik dan menyeronokkan. Setiap ruang lingkup kita tak dipisahkan dari Islam, tak terpisah dari Allah. Setiap perilaku kita, jika diniatkan kerana Allah, itu ibadah. Kita tak merasa terpaksa tapi gembira. Kita merasa itu kewajipan bukan keterpaksaan. :)

                Saya masih bermujahadah melawan nafsu yang banyak sangat ini. Hilangkan lah cinta pada dunia yang berlebih-lebihan. Hingga terasa bakhil. Na'uzubillah.

                Sunday, December 18, 2011

                jauhnya terasa

                bila tahu diri ini kerdil sangat. bila tahu diri ini tak punya apa pun selain dari apa yang diberiNya. bila tahu diri ini memang bergantung sepenuhnya padaNYA, tapi kenapa hati masih suka buat 'maksiat'. tapi kenapa hati masih lagi lalai dan suka mengeluh bila ujian yg 'sedikit' amat dtg menyinggah kamar kehidupan. kenapa mudah sungguh berprasangka pada perkara yang kita tak tahu. mengapa suka berandai-andai bila andaian kita jauh sungguh dari kebenaran.

                sumbangan untuk islam, aduh sikitnya. sumbangan untuk dakwah dan tarbiyah, aduh boleh kira dengan jari kot. nanti Allah tanya dekat masyar, masa yang Allah beri guna untuk apa ya. 24 jam yang Allah beri tak lebih tak kurang guna untuk apa. saya tak pandai nak meluah dekat FB. not my forte pun. saya lebih suka kongsi apa yang saya rasa perlu. at least dengan perkongsian yg sedikit itu bisa gerakkan hati orang lain untuk membaca, mencari dan berfikir. banyak kisah2 hebat para sahabat yang boleh kita ambil untuk dijadikan kekuatan dlm kehidupan kita.

                bila dah kerja, seperti hilang 'arah' sekejap. terlalu banyak saya mahu buat dlm kehidupan ini. saya nak jadi pendidik suatu hari nanti. tp tak cukup kuat lagi, bila diri sendiri masih tak terdidik. bila lihat 'anak2' zaman sekarang, jangan lah salahkan mereka jika akhlak mereka rosak. lihat juga yang mendidik mereka siapa, jika yg memberi ilmu pun pincang, janganlah harapkan 'anak2' didikmu sehebat Ali mahupun Usamah :)

                kita hidup dlm komuniti yg sedang rosak, walaupun lahiriahnya pakaian kita cuku mahal, cukup indah dan cantik. tp hati kita dahagakan cahaya. cahaya Ilahi. kita mencari, tapi pastikan kita mencari pada yang betul. hakikatnya dunia ini sementara, persinggahan yang 'panjang'. pastikan kita bersedia untuk menjawab dihadapanNya kelak. pastikan jawapan kita cukup untuk kita layak mendapat rahmatNya kelak.

                happy sunday.

                Monday, December 12, 2011

                pada sujud Mu ku temui kekuatan

                mungkin kita tak lagi sedar. yang kita hidup dalam zaman 'jahilyah moden'. couple itu biasa. pegang tangan itu normal. makan2 peluk2 sebelum kahwin ala itu trend zaman sekarang. pergi kerja balik kerja. perlu kah nak peduli dengan orang lain. perlu ke nak sibuk dengan dakwah dan tarbiyah. diri sendiri pun tak lepas nak jaga. ^_"

                kenapa nak sibuk ke masjid. solat dekat rumah pun dah boleh kan. kenapa nak solat jemaah bila solat sendiri lagi jimat masa !! one thing aku bersyukur sangat Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat lama. sahabat-sahabat yang se fikrah. one thing im looking forward every weekends, is usrah. 

                semua orang tahu solat, tapi tak semua faham apa itu solat. tahu dan faham itu beza. sebab andai solat itu benar solat yang faham, biiznillah pasti solat itu mampu mencegah kita dari melakukan sesuatu yang Allah tak suka dan benci. 

                hari - hari bermujahadah. bermujahadah melawan nafsu memang sangat payah :) tp hidup itu sentiasa dan akan selalau diulit ujian. ujian itu permbersih hati pada yang faham. selamat bekerja !!!

                Sunday, October 23, 2011

                oh life

                pernah terfikir tak, bila bangun pagi, bersiap pergi kerja dan bila sampai kerja mesti kita akan tulis list of tasks that need to be done so that kita tak akan lupa which task is important and urgent and need extra attention and which task is less important. hence, kita dapat organized kerja kita. 

                same goes in our life. bila kita mampu letak mana prioriti kita, dakwah, kerja, belajar. semua itu seiring. hidup bukan berpusing di sekeliling kita dan dunia tak berhenti berputar hanya kerana kita. i cukup tak faham, kadang2 kita stress tak tentu pasal, nak marah staff tak tentu hala, macam lah kita manusia paling sibuk dalam dunia. aduhai. kita kalau nak hidup atas dasar 'self-fish' boleh duduk dalam hutan sorang2 ye. i can't afford nak tgk muka orang stress pagi2. kalau stress kerja, kerja come and go. tp kalau orang muka stress depan kita, takkan nak 'hempuk' dia pulak kan. 

                so kalau rasa kerja kita terlalu membebankan, ataupun kerja kita macam tak best atau gaji 'ciput' berusaha untuk perbaiki diri. rezeki Allah tu luas. dan jangnlah berserah pada manusia, manusia tu pun hidupnya bergantung pada Allah. Allah yang memiliki alam ini. not us. sebaba dekat luar sana, ada orang yg beribu kali lebih susah dari kita. so stop being selfish.

                Sunday, October 9, 2011

                it's me

                satu perkara yang sangat ketara tentang diri saya, saya bukanlah seorang yang 'avid' bergambar. saya hanya gemar bergambar bila saya rasakan gambar itu berbaloi untuk ditangkap disimpan dalam kotak digital. even my graduation pictures memang bukan bombastik macam orang lain. semalam my 2nd graduation. serius macam biasa2 saja. tak tahu kenapa. orang lain semangat tangkap gambar lepas graduasi, me on the other hand semangat nak balik. at night, ada graduation dinner. errr lucky me, tak pergi instead i went to habiburrahman's talk (ayat2 cinta) at CUCMS. sayang sambutan tak hangat. i bet kalau semua orang tahu dia dtg, mesti penuh dewan tu.

                dia muda, simple, cakapnya cukup teratur dan padat. suaranya indah. dan dia memilih untuk berdakwah melalui media massa. i just kagum. and i remember one thing, dia cakap; kita muslim ada fikrah kita, tapi kita tak menggerakkan fikrah kita sehingga kita terpaksa menggunakan fikrah orang bukan islam. so mari seberkan fikrah islam kita. islam itu sangat indah.

                and one thing yang paling saya enjoy when it comes to weekend, i can get together dengan kawan2 and have usrah. atau attend program2 ilmu di malam minggu. itu paling best !!!!

                ps: jangan stress kerana orang tak stress tentang anda.

                Saturday, October 1, 2011

                still kicking

                tiga minggu yg lepas kerja, i feel like Allah please give me the strength to hang in and move on. pagi2 naik lrt pergi kerja, on my way to the office nampak pakcik jogging. in my mind cakap; arghhh seronoknya the pakcik boleh jogging pagi2. tengok budak2 sekolah pergi sekolah, i miss school so much, to some extent please nak pergi sekolah boleh tak. ishish. hamba Allah macam ni ke. sepatutnya belajar bersyukur kan. life itu sekali, zaman sekolah only once, zaman remaja only once semuanya once. jalani kehidupan dengan seadanya.

                but to be honest, seminggu yang lalu paling the worst kot. every night balik pukul 10 malam. macam tak de life langsung. sampai rumah makan pun tidak, baring terus tido. not even mandi pun. ^_". tp bila dah kerja, rasa nak balik sekolah. masa sekolah tak sabar2 nak jadi besar sangat. haishhh. be grateful please. ada orang yang tak de kerja kan. kita ada kerja alhamdulillah. i love weekends. baru appreciate masa2 hujung minggu dan senggang. no more tv, newspapers and internet on the weekdays. weekends for social activities. usrah definitely wajib. dan nak jadi pendidik someday ;)

                Friday, September 9, 2011

                a new beginning perhaps

                salam. i guess next monday will mark a new beginning, a new phase, a new challenge. the right word 'kerja'. i went for an interview this morning. didn't expect anything but the firm agreed to hire me on immediate basis. not a big firm but biiznillah, im praying to Him please give me the strength to work because of Him. not because of people or entitlement or anything else. what more can i say, Allah knows best.

                sangat berharap i wont go astray, tak lalai dalam solat dan dakwah :) dan berharap kerja ini salah satu wasilah untuk memantapkan dakwah dan tarbiyyah insyaAllah. itu niat saya, dan saya berharap Allah tunjukkan yang terbaik. tadi, a guy dekat office tu, tak pergi solaat jumaat. aiyaaa. you work hard, earn money, Allah bagi rezeki but you forget to praise and be thankful to Allah. what a shame kan.

                Tuesday, September 6, 2011

                amanah itu sesungguhnya sangat berat

                bila kita tahu pemimpin2 yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan menyalah guna kan amanah tu, aku tanya diri sendiri. tak rasa bersalah kah mereka. menggunkana sumber2 yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan bersama, tp digunakan untuk kepentingan diri sendiri. umar abd aziz nak guna air yang dtg dari sumber kerajaan pun dia tak sanggup, nak guna lampu yg 'milik' kerajaan pun dia tak sanggup. tp 'pemimpin' sekarang setakat guna satu dua sen yang bukan hak milik mereka, apalah sangat bukan. guna duit 'atas usaha orang lain' apalah sangat kan.

                even Allah kata, if pemimpin itu tak mentaati Allah, mmg kita tak patut mentaati perintah mereka. so? sendiri boleh fikir kan. semasa umar abd aziz diangkat menjadi khalifah, dia tulis surat pada alim-ulama meminta mereka memerhatikan tingkah laku baginda, bimbang2 dia tersasar dan terlalai. subhanAllah.  memang tiada manusia yang sempurna, tp kita boleh berusaha menjadi orang yang lebih baik. tp kalau perintah Allah pun kita culas nak buat, macam mana Allah nak permudahkan urusan2 harian kita.

                now, tengah sibuk 'berbising' tentang isu bukit kepong. aduhai malaysia ku. why after 54 years. sedangkan isu2 good governance, corruption, nepotism, social justice, income distribution, poverty, dan vital issues yang lain, masih culas dibincangkan. anak2 muda disogokkan dengan hiburan berpanjangan. drama2 tv yang mengarut. program2 hiburan yang tak berkesudahan. masjid hanyalah tempat untuk solat. sayang2. negara2 dipecahkan, negara kau, kau jaga, negara aku, aku jaga. aduhai. berapa banyak badan antarabangsa yang ada, tp satu pun tak mampu membawa keamanan pada dunia, tak mampu nak memakmurkan bumi Allah, sebab hamba2 Nya sendiri culas dan lalai. Allah tinggalkan kemusnahan ummat dahulu untuk diri kita belajar.

                Sunday, August 28, 2011

                seindah bahasa syurga


                baca kata kata cinta Allah, walaupun kita tak faham bahasa syurga, dah dapat pahala. so bayangkan kalau kita dapat faham dan internalize every words. masyaAllah !!!! my favorite ayat cinta yang Allah ulang banyak kali dalam al-furqan; 'dunia hanyalah permainan dan senda gurau'. many times Allah ulang dalam bentuk dan intonasi yg berbeza. but the intention sama: dunia is tempat ujian. tempat yang tidak kekal dan cukuplah ia letak di tangan ;) 

                on the flip side, waah seronok tengok orang balik kampung. penuh karak highway malam2. me? aku mana ada kampung. kampung ku dkt shah alam je. the best part, tak yah kemas baju. tak yah sibuk2 nak bersiap boleh accelerate ibadah untuk malam2 akhir ni. tolong drive guna akal dan baca doa dan tawakal. kadang2 bende2 simple mcm tu kita take for granted. 

                Thursday, August 18, 2011

                dunia ini hanyalah sebuah permainan

                sungguh dunia ini ujian. ujian untuk mereka yang beriman dan bertaqwa. andai setiap dr kita yakin dan percaya serta memahami ayat di atas, i bet korupsi, rasuah dan perkara2 yang merosakkan hati pasti boleh diatasi. tp dah nama pun manusia, tak lari dr kesilapan.

                Allah ulang many times dalam al quran, tentang dunia ini ujian dan senda gurau cuma dalam pelbagai bentuk dan intonasi. so it is up to us untuk memahami dan grasp the meaning. janji Allah itukan pasti. Allah nak lihat, adakah kita ni boleh lulus ke tak, kalau Allah uji dgn kuasa, harta, kesenangan dan kesusahan. kata orang yg beriman tp tak diuji bagaimana !!!! mcm dalam kehidupan di sekolah, cikgu beri ujian untuk lihat kemampuan kita. tp ujian Allah, dah siap bagi skema jawapan. tinggal kita nak tak nak je.

                mengejar akhirat tak bermakna melupakan dunia. kerja lah seakan hidup seribu tahun, tp dunia itu di tangan sahaja bukan di hati. di hati itu negeri akhirat. negeri abadi. tp berapa ramai dr kita yg benar2 mengejar negeri itu. kita tahu tp kita buat2 tak tahu. sama lah mcm orang ini. sebab tu never tinggalkan solat dan al quran.sesibuk mana urusan dunia kita, ada urusan yg lebih mustahak harus ditunaikan haknya.

                dulu i used to intern dkt this oil and gas company. tahulah orang kerja oil and gas 24/7. mcm esok dunia dah tak ada. diorang mmg bagus when it comes to work. meeting on time, report siap on time tp solat asar 6.30ptg. mcm mana tu. kdg2 kita mmg ambik enteng, sebab kita tak nampak impactnya pd kehidupan harian kita kan.

                Friday, August 5, 2011

                diuji dalam sebuah keterasingan

                macam mana kita kata, kita beriman sedangkan kita tak diuji kan kan. tapi bila ujian itu datang, aduh kadang2 memang Allah tak yah beri result, kita dah tahu kita gagal. baru preliminary round, dah tak lepas ujian. macam mana kata kita ni beriman kan. lagi2 dalam ramadan. ujian nye lebih super hebat. datang dari macam2 arah. Allah nak beri pahala dekat kita. ;p

                bila kita dalam sebuah environment yang sangat supportive dengan sahabat2 yang best dan baik, kita kurang rasa diuji. betul tak? sebab ive been there, dalam sebuah environment yang sangat best, tp bila dicampak ke sebuah tempat yang cukup asing, yang cukup berbeza dari siapa kita, kita seperti ALIEN dan kadang2 jadi LALANG. kata dah ditarbiyyah kan? disinilah iman kita diuji, disinilah jati diri kita sebagai muslim diuji. serius aku dah rasa berada dalam sebuah keterasingan dan terasa ujian nya. dan dengan malunya, aku boleh kata aku gagal. but i learnt something priceless !!!!

                ramadan kali ini, rasa best sangat. sebab jumpa sahabat2 sekolah yang dah bertahun tak jumpa. dan usrah la yang paling best. setiap kali ke usrah, disitulah isu2 ummah boleh dibincangkan dengan lebih serius dan secara mendalam. bukan di luar tidak boleh, tapi disini, kita berbincang dengan orang2 yang lebih memahami.

                on the flip side, dekat FB tengah menular group2 murtad. aduhai sedih2. betapa Allah boleh tarik nikmat hidayah itu dalam sekelip mata bukan. takut, bimbang andai yang terjumpa page tu, orang2 yang masih baru bertatih mengenal Islam, terbaca pemikiran2 'bebas' mereka, aduhai. aku sempat bertanya seorang sahabat lama, apakah berbaloi berdebat dengan mereka2 ini, jawapannya mudah: banyak lagi urusan dakwah dan tarbiyyah yang belum selesai dan perlu diuruskan ;p

                dan kita sebagai muslim, sepatutnya merasa isu ini, adalah tanggungjawab bersama bukan exclusive pada sesetengah pihak sahaja. nope. akhirat kelak, kita sama. apa sumbangan kita untuk Islam. apakah masa kita digunakan untuk kerja dan kerja duniawi sahaja. untuk mengumpul kebaikan untuk diri sahaja. tak. hidup bukan untuk diri sendiri.

                ps: ya Allah, malas nya aku ni. nak tulis resume pun malas kan. huhu. nanti kena kahwin baru tahu ;p

                Tuesday, August 2, 2011

                kisah ibu yang hebat

                cuba kamu bayangkan. seorang ibu yang menangis berjujuran air mata, bangga melihat anak terunanya dinobatkan juara bintang hiburan, bangga si anak kelak dapat meringankan beban keluarga dengan wang kemenangan nya. bergembiralah mereka kan. gembira yang sangat superficial !!!

                tp cuba kamu bayangkan suatu lagi situasi. masih tahukah dan kenalkah kita dengan ummu saad. mlm tadi sebelum tidur, tiba2 kisah ummu saad terlintas dalam fikiran. bila bangun pagi ni, terus aku google mencari nama si ibu yang bila nama nya disebut, bergoncang lah arasy Allah. hebat !!! sekuat ummu saad menerima perkhabaran anak2 nya syahid dlm memperjuangkan agama Allah.

                now boleh kita lihat, bagaimana pentingnya pentarbiyyahan yg ibu ayah berikan. bak kata wardina dalam ikim semalam, semua orang boleh besarkan anak, tp tak ramai yang boleh didik dan beri tarbiyyah pada anak2. kita mahu kelak, anak2 yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. bukan kebaikan berbentuk material sahaja, yang berlegar di dunia yang penuh permainan ini. rugi rugi. ironinya kehidupan kita.

                susah nak bersangka baik

                seboleh nak cuba dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. tp susahnya nak buat begitu. dush dush. cuba kau orang bayangkan, di bulan mulia macam ramadan, semua orang berlumba mahu buat kebaikan, mahu dapat pahala mahu rebut rahmat Allah. tp kalau pergi solat terawih dengan pakwe, macam mana eh? i serius macam agak confuse. niat tu dah memang murni macam minyak murni. ade ke minyak murni? tp perlaksanaan nya agak kureng kan. pergi dengan kawan perempuan tak boleh ke? ataupun lebih baik solat di rumah, kalau takut pergi sorang2 dari timbul fitnah yang bukan-bukan kelak.

                lagi kalau yg jenis suka check-in dengan four-square. aduh pergi masjid solat terawih dengan pakwa pun mahu khabar satu dunia ya. huhu. cinta itu memang membutakan. ya Allah jauhkan diri ku. aku cakap bukan sebab baik atau sempurna, tp peringatan untuk diri. untuk orang macam aku ni, yang selalu lupa yang selalu perlu diketuk baru nak ingat balik.

                ps: di mana silapnya ..

                Thursday, March 24, 2011

                unvarnished news

                at times, i feel like being soaked up with irrelevant news too much. and one fine day, it dawn upon me that i've had enough. thats why, i opt for unvarnished news, if our mind constantly being bombarded with 'varnished' news, what do you expect? if anyone been wondering why? there's so many emerging issues happening around us, the least we can do, update yourself on the current issues. read and read a lot. there are many independent news portals on the internet, that provide unvarnished news, thats what i like the most !!! some more, you can reduce the consumption of paper, yes go paperless hence save the environment from pollution and what not.

                on the other side of the world, i came across this one particular news portal. an independent news portal that disseminate information on 'world issues' and what not. seriously sangat interesting.

                one question: if Libya can be imposed with the no-fly zone, why Palestine cant have the same 'privilege'?

                Wednesday, March 23, 2011

                and the rest is history

                what kind of world we are living in today. masing-masing sibuk mengejar self interest sendiri berbanding keperluan ummah. bila amanah yg sepatutnya dipegang, diambil enteng saja. bila masing-masing sibuk mengejar harta dunia, tamak kuasa harta !!!! sedih. bagaimana generasi akan datang, jika generasi kini tak mampu menjadi contoh yang baik@qudwah hasanah.

                bila kita mengkritik, someone might say, kita tak tahu bersyukur. bukan kita tak bersyukur, tapi jika keadaan sekarang boleh dibaiki, kenapa kita harus berada di takuk lama, kenapa kita harus biarkan ego menjulang ke langit. kenapa kita tak boleh menegur orang yg lebih superior dari kita, jika terang-terang dia melakukan kesalahan. adakah nilai superiornya menyebabkan dia tak boleh ditegur. kita rindu kan amir sehebat umar abd aziz tp begitu bersederhana. walaupun dilantik menjadi khalifah, beliau menolak segala keistimewaan yang diberikan. bahkan beliau menangis memikirkan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. memikirkan kelak bagaimana nanti dia akan dipersoalkan. no wonder, we can conquered 2/3 of the world !!!

                Sunday, November 21, 2010

                ada apa dengan dunia

                ada apa dengan beg LV, Gucci, Prada, Hermes, kalau setakat show-off siapa lagi hebat
                ada apa dengan Rolex, Omega, Tag Heuer, kalau solat lima waktu pun boleh terlupa
                ada apa dengan BMW, Merc, Lambo kalau nak tumpangkan pakcik tua tepi jalan berkira tiga empat kali
                ada apa dengan Nike, Topshop, Zara, G2000 kalau kain telekung, sejadah, kopiah tak pernah bersentuh
                ada apa dengan banglo besar, kalau sunyi dari pahala dan barakah tapi hiruk dengan dosa maksiat
                ada apa dengan isteri/suami menarik tertarik, kalau disuruh tutup aurat beribu alasan keluar
                ada apa dengan Blackberry, Iphone, HTC, Nokia, kalau ibu ayah di kg. pun boleh lupa bertanya khabar

                ini adalah metafora sebuah kisah kehidupan hari ini.