cuba kamu bayangkan. seorang ibu yang menangis berjujuran air mata, bangga melihat anak terunanya dinobatkan juara bintang hiburan, bangga si anak kelak dapat meringankan beban keluarga dengan wang kemenangan nya. bergembiralah mereka kan. gembira yang sangat superficial !!!
tp cuba kamu bayangkan suatu lagi situasi. masih tahukah dan kenalkah kita dengan ummu saad. mlm tadi sebelum tidur, tiba2 kisah ummu saad terlintas dalam fikiran. bila bangun pagi ni, terus aku google mencari nama si ibu yang bila nama nya disebut, bergoncang lah arasy Allah. hebat !!! sekuat ummu saad menerima perkhabaran anak2 nya syahid dlm memperjuangkan agama Allah.
now boleh kita lihat, bagaimana pentingnya pentarbiyyahan yg ibu ayah berikan. bak kata wardina dalam ikim semalam, semua orang boleh besarkan anak, tp tak ramai yang boleh didik dan beri tarbiyyah pada anak2. kita mahu kelak, anak2 yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. bukan kebaikan berbentuk material sahaja, yang berlegar di dunia yang penuh permainan ini. rugi rugi. ironinya kehidupan kita.