Friday, August 5, 2011

diuji dalam sebuah keterasingan

macam mana kita kata, kita beriman sedangkan kita tak diuji kan kan. tapi bila ujian itu datang, aduh kadang2 memang Allah tak yah beri result, kita dah tahu kita gagal. baru preliminary round, dah tak lepas ujian. macam mana kata kita ni beriman kan. lagi2 dalam ramadan. ujian nye lebih super hebat. datang dari macam2 arah. Allah nak beri pahala dekat kita. ;p

bila kita dalam sebuah environment yang sangat supportive dengan sahabat2 yang best dan baik, kita kurang rasa diuji. betul tak? sebab ive been there, dalam sebuah environment yang sangat best, tp bila dicampak ke sebuah tempat yang cukup asing, yang cukup berbeza dari siapa kita, kita seperti ALIEN dan kadang2 jadi LALANG. kata dah ditarbiyyah kan? disinilah iman kita diuji, disinilah jati diri kita sebagai muslim diuji. serius aku dah rasa berada dalam sebuah keterasingan dan terasa ujian nya. dan dengan malunya, aku boleh kata aku gagal. but i learnt something priceless !!!!

ramadan kali ini, rasa best sangat. sebab jumpa sahabat2 sekolah yang dah bertahun tak jumpa. dan usrah la yang paling best. setiap kali ke usrah, disitulah isu2 ummah boleh dibincangkan dengan lebih serius dan secara mendalam. bukan di luar tidak boleh, tapi disini, kita berbincang dengan orang2 yang lebih memahami.

on the flip side, dekat FB tengah menular group2 murtad. aduhai sedih2. betapa Allah boleh tarik nikmat hidayah itu dalam sekelip mata bukan. takut, bimbang andai yang terjumpa page tu, orang2 yang masih baru bertatih mengenal Islam, terbaca pemikiran2 'bebas' mereka, aduhai. aku sempat bertanya seorang sahabat lama, apakah berbaloi berdebat dengan mereka2 ini, jawapannya mudah: banyak lagi urusan dakwah dan tarbiyyah yang belum selesai dan perlu diuruskan ;p

dan kita sebagai muslim, sepatutnya merasa isu ini, adalah tanggungjawab bersama bukan exclusive pada sesetengah pihak sahaja. nope. akhirat kelak, kita sama. apa sumbangan kita untuk Islam. apakah masa kita digunakan untuk kerja dan kerja duniawi sahaja. untuk mengumpul kebaikan untuk diri sahaja. tak. hidup bukan untuk diri sendiri.

ps: ya Allah, malas nya aku ni. nak tulis resume pun malas kan. huhu. nanti kena kahwin baru tahu ;p