salam. hopefully sihat2 semua. amin. tahu tak, sentiasa dalam fikiran saya ini, terfikir dan berfikir; di saat hujung usia nanti (andai dipanjangkan umur sehingga tua) apa yang saya inginkan. saya tak mahu, bekerja macam sekarang; stress dengan perkara-perkara yang tak sudah. saya tak mahu. saya hanya mahukan kehidupan yang biasa2. di kampung (andai kampaung masih wujud saat saya tua kelak la kan). kehidupan yang sederhana dengan orang2 yg tersayang. saat lewat usia nanti, harta, kekayaan, kereta besar semua itu dah tak punya makna yang signifikan.
mungkin tak perlu tunggu tua. mungkin awal 40 an nanti, beli tanah di kampung. buat rumah, buka business (so not me kalau bukak business) dan settle down. seronokkan. hidup yang tidak terkejar kejar. tak perlu nak fikir perkara2 yang 'tak berfaedah'.
a wise man once said: usia muda kita punya tenaga dan masa tapi tak punya wang. usia dewasa punya tenaga dan wang tapi tak punya masa. di usia tua kelak; punya wang dan masa tapi tak punya tenaga. disetiap kitaran usia kita, ada kelebihan dan kekurangan. bagaimana kita menilai dan menggunakannya itulah paling utama. usia kita hanya sekali, jgn akhir waktu nanti kita sesali.
ps: saya tak suka dan 'menyampah'. kalau kita sendiri cari masalah jangan salahkan orang lain atas kecuaian kita. cakap dengan manner not 'harsh' tone.