Monday, January 2, 2012

satu titik perubahan

bagaimana mahu cinta dan sayang pd Allah, kalau kita tak letak usaha untuk mengenal Allah. Bagaimana mahu cinta dan sayang pd Rasulullah kalau sejarah hidup baginda pun kita tak kisah mahu ambil tahu. Bagaimana mahu jadi sehebat para sahabat, jika akhlak dan kisah mereka jauh sekali dari pengetahuan kita.

dulu, saya seoranag peminat susah mati sophie kinsella dan jk rowling. tapi itu dulu. saya rasa rugi bila memikirkana kenapa sanaggup berhabis beratus ringgit untuk membeli buku mereka. sekarang saya lebih senang membeli buku tentang sahabat-sahabat Rasulullah. Kisah mereka bukan lagenda. kisah mereka kisah benar. kisah yang bisa menyentuh hati siapa yang membaca. Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka.

Kalau kita nak berubah, kena mencari di tempat yang betul. Mencari hidayah itu perlu ditempat yang betul. Andai tempatnya salah, bagaimana mahu hadir apa yang dicari. Bila saya fikirkan kisaha hidup saya yang sudah mencapai suku abad ini. Aduhai jauhnya dengan apa yang disumbangkan para sahabat. Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja Sultan Muhamad Al-Fateh, Umar Abd Aziz. Hebat. Mereka bukan Nabi bukan juga dari kalangan para sahabat. Tapi mereka insan insan hebat. Insan insan terpilih.

Sepatutnya ini yang diajarkan dan dididik di dalam minda anak anak remaja. Bukan selena gomez atau justin bieber atau lady gaga. Tidak. Mereka itu bukan sesiapa. Islam itu indah, Islam itu cantik dan menyeronokkan. Setiap ruang lingkup kita tak dipisahkan dari Islam, tak terpisah dari Allah. Setiap perilaku kita, jika diniatkan kerana Allah, itu ibadah. Kita tak merasa terpaksa tapi gembira. Kita merasa itu kewajipan bukan keterpaksaan. :)

Saya masih bermujahadah melawan nafsu yang banyak sangat ini. Hilangkan lah cinta pada dunia yang berlebih-lebihan. Hingga terasa bakhil. Na'uzubillah.