satu perkara yang saya sangat perasan tentang diri sendiri, saya suka berpura pura 'semuanya ok'. semuanya baik baik. semuanya tak ada masalah. seperti nya saya cuba lari dari realiti yang sebenarnya masalah di hadapan, tapi tak mahu menerima yang masalah itu sedang memakan diri saya. sampai satu saat, air mata saya jatuh juga. dan itulah saya.
saya rasa, topik yang saya acap kali tuliskan dr minggu lepas ya tentang bahagia. bahagia itu bermula dari diri sendiri. kalau kita perlukan orang lain 'dulu' dari diri sendiri untuk merasa bahagia, something is wrong somewhere. bagaimana nak bahagia, mudah tapi perlukan istiqamah. ingatlah Allah selalu, pasti hati kan menjadi tenang. Logiknya mudah, Dia yang menciptakan kita, sudah pastilah Dia sahaja yang mampu memberi rasa bahagia yang hakiki bukan. Harta, duit, isteri dan anak2 juga rumah besar bukanlah jaminan hidup kita akan bahagia.
lately banyak perkara yang berlaku. dan betapa saya sedar, tak ada apa2 nya saya tanpa Allah. betapa saya ini bukan sesiapa pun tanpa Allah. saya banyak berfikir dan bermonolog dengan diri sendiri. cuba mencari justifikasi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. kadang2 saya bertindak mengikut hati dari mengikut akal. lepas tu, menyesal tak sudah. yeah itulah saya.
itulah kehidupan saya. saya juga tak suka dengan routine. dan kerja saya juga lebih kepada routine. well got to find ways untuk cinta dengan kerja saya. kalau ke tempat kerja, saya akan cuba gunakan jalan yg berbeza. melihat dan menikmati keindahan pagi dengan jalan yang super jam. seronok sebenarnya. the little things dalam kehidupan yang saya terlepas pandang. itulah bahagia juga.
dalam lingkungan kerja, macam2 orang yang saya jumpa. yang baik, yang pentingkan diri, yang tak kisah apa2, yang tak tahu apa2, yang tahu kerja dia siap walaupun terpaksa menyusahkan orang lain. tapi saya belajar banyak perkara dlm kerja seharian saya. jgn sempitkan ruang untuk kita belajar dan memperbaiki diri.
saya rindukan ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik. saya rindukan masjid uia dan rindukan solat tarawih. rindukan semuanya tentang ramadhan.