Tuesday, September 6, 2011

amanah itu sesungguhnya sangat berat

bila kita tahu pemimpin2 yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan menyalah guna kan amanah tu, aku tanya diri sendiri. tak rasa bersalah kah mereka. menggunkana sumber2 yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan bersama, tp digunakan untuk kepentingan diri sendiri. umar abd aziz nak guna air yang dtg dari sumber kerajaan pun dia tak sanggup, nak guna lampu yg 'milik' kerajaan pun dia tak sanggup. tp 'pemimpin' sekarang setakat guna satu dua sen yang bukan hak milik mereka, apalah sangat bukan. guna duit 'atas usaha orang lain' apalah sangat kan.

even Allah kata, if pemimpin itu tak mentaati Allah, mmg kita tak patut mentaati perintah mereka. so? sendiri boleh fikir kan. semasa umar abd aziz diangkat menjadi khalifah, dia tulis surat pada alim-ulama meminta mereka memerhatikan tingkah laku baginda, bimbang2 dia tersasar dan terlalai. subhanAllah.  memang tiada manusia yang sempurna, tp kita boleh berusaha menjadi orang yang lebih baik. tp kalau perintah Allah pun kita culas nak buat, macam mana Allah nak permudahkan urusan2 harian kita.

now, tengah sibuk 'berbising' tentang isu bukit kepong. aduhai malaysia ku. why after 54 years. sedangkan isu2 good governance, corruption, nepotism, social justice, income distribution, poverty, dan vital issues yang lain, masih culas dibincangkan. anak2 muda disogokkan dengan hiburan berpanjangan. drama2 tv yang mengarut. program2 hiburan yang tak berkesudahan. masjid hanyalah tempat untuk solat. sayang2. negara2 dipecahkan, negara kau, kau jaga, negara aku, aku jaga. aduhai. berapa banyak badan antarabangsa yang ada, tp satu pun tak mampu membawa keamanan pada dunia, tak mampu nak memakmurkan bumi Allah, sebab hamba2 Nya sendiri culas dan lalai. Allah tinggalkan kemusnahan ummat dahulu untuk diri kita belajar.