Saturday, June 1, 2013

My happiness

Salam all.

Hope life treating ya all well. Mine 'good'. This blog has been abandoned for quite a while. Last week we welcomed another new family member apart from baby afeea. Bertambah meriah family. My second brother got married finally. :)

Alhamdulillah. On the other side of the coin; working life has been stagnant. Time for a new opportunity maybe. Insyaallah. Pray for me.

Love life? Orang tanye bila nak kahwin. Itu soalan wajib biaselah. I dont mind and i am happy with my life. Ada jodoh tu, insyaallah. If tak ada jodoh tu, kita sibuk mengejar pun no point. So, steady dan cool sahaja. Insyaallah. Redha dan belajar menerima takdir. Itu terbaik. Walaupun kadang2 pahitkan. Belajar untuk menerima yang tak terjangkau dan jangan terlalu mengharap. Sebab nanti diri sendiri yang kecewa.

Hidup memang begini. Kita kadang dibawah dan kadang diatas. Kalau kehidupan di atas garis lurus, tak ada liku dan 'slope', boring. Ok. Selamat berhujung minggu.

Saya tinggalkan satu persoalan. What is happiness to you? 


Sunday, December 23, 2012

Kenapa perlu peduli

Salam.

It scares the hell out of me seeing kids nowadays. Melepak, merempit, pergaulan bebas. The very fact it happens in front of my eyes and i feel totally hopeless. Allahuakbar. Tapi bila fikirkan semula, takkan nak biarkan mereka hilang arah, bazirkan masa merempit dan bergaul bebas. Mungkin mereka tak tahu, tak ada siapa nak kisah. Sebab itu bukan anak atau adik kita. Sebab itu anak atau adik orang lain. Kenapa perlu peduli kan.

Ye kena peduli. Kena ambil tahu dan kena kisah. Mereka pewaris generasi kita. Ali Bin Abi Talib pernah kata: nak lihat masa depan sebuah negara itu, lihatlah anak2 mudanya. Tapi kalau beginilah anak2 muda kita, then how. Kalau jauh dari Al Quran, let alone nak solat berjemaah. I dont blame them. Perlukah nak salahkan mereka. I believe the best avenue, is to go and approach them. Sebab nak tunggu mereka datang pada kita, tentulah tidak. Kita sendiri kena letak extra miles untuk pergi pada mereka.

Lemahnya iman, bila diri sendiri tak mampu nak bantu mereka. Andai Rasulullah masih disini, pasti baginda sedih melihat umat baginda. Beginikah. Hidup kita bukan untuk diri sendiri. Bukan untuk kebaikan orang2 yang kita kenal Tapi it should be extended sejauh mungkin. Tapi kena ingat dan faham: kenapa Allah ciptakan kita in the first place. Andai hati masih susah nak istiqamah dengan Al Quran, kena selalu practice.

On the other note, one thing i love so much about Mufti Menk. He will always end his speech with 'May Allah grant us with deepest understanding' or 'May Allah give us the ability and capacity to....'. The words are so beautiful. Just beautiful.

May Allah give us the strength to be istiqamah and become a better person. Bukan untuk diri sendiri tp rahmat lil alamin. :)

Thursday, December 20, 2012

Moody-thursday

Salam  semua (mcmlah ramai sgt pembaca blog picisan ni kan). Malam ni tangan gatal nak menulis. Banyak perkara bermain di dalam kepala. Kalau difikir sampai esok pun takkan pernah habis. Since i went to mufti menk's talk the other day dan dapat free CD hari2 dgr dalam kereta. Alhamdulillah banyak ilmu dan pengajaran yg sy dapat instead of dgr bebelan DJ di radio tentang tajuk yg merapu. Buat sakit hati dan telinga saja. Since im using ipad to blog, tak tahu mcm mane nak move to new paragraph. So pls bear with me. Satu perenggan lah nampaknya ya. Yesterday PMR result keluar. Alhamdulillah untuk yg berjaya yg tidak. Jgn putus asa. Its not end of the world. Masih banyak yg perlu ditempuh. Someday u shall leave the school, i bet u gonna miss school so much that u would do anything to go back in time. Trust me dear. Jadi orang besar bukan tak seronok, seronok. Tp ada cabaran nya juga. So utilize setiap hari yg dtg, sebab hari ini adalah sejarah untuk esok. Esok adalah masa hadapan yg penuh misteri. Saya rindu zaman sekolah, zaman belajar. Tp the very fact hidup harus diteruskan, haruslah terima hakikat itu. ^_^

Sunday, December 16, 2012

Once in a lifetime

Its been a while tak blog. Yesterday managed to go to Mufti Menk"s talk at Masjid Taqwa TTDI. it was a pricelss experience. dpt free CD lagi. I guess it was a pure blessed dpt pergi his talk. Tahu ada talk die by chance. Tp alhamdulillah Allah permudahkan journey saya ke TTDI. mungkin bagi orang lain bende tu nampak kecil. Apelah sgtkan pergi talk dengar ceramah ceramah ni. Tapi bagi saya ia bende yg sgt berharga. Allah bagi kelapangan pergi. Semalam talk tentang Shade on the day of the judgement. Mereka yg dpt syafaat di hari akhirat kelak. I remember his word crystal clear. Kita nak dpt gold medal nanti di akhirat kelak. Di dunia dah kena focus dan dedicate apa yg kita nak capai. Mujahadah mmg tak pernah mudah. Sebab syurga tu sendiri ada harganya. Tp istiqamah tu lebih baikkan. Allah tak lihat banyak mana amal kita tp nilai amal kita. Saya teringat kata kata seseorang: kita meminta dan berdoa. Tp tak dimakbulkan. Kita trtanya adakah Allah menjauh dr kita. Tp hakikatnya kita yg semakin menjauh dr Allah bukan. Selamat bekerja esok :)

Thursday, November 15, 2012

The so called 'life'

Salam dunia...

Apa yang saya rasakan sekarang. I need to take some-time off from the social networking. Like seriously. Penat baca kisah hidup orang di facebook/twitter. Kadang2 tak sedar, even the smallest thing pun nak update. Kadang2 apa yang kita cerita tu, taklah membawa apa2 kebaikan atau keburukan. Tak memberi impak pun. So why the need to update so much, when you have nothing to share pun in fact.

This is a sole reminder untuk diri sendiri. Whoever happened to come across this blog picisan, please bear with me. Kadang2 penat tengok gelagat manusia, yang cuba nak share everything dengan semua orang but in the end, they have nothing left for themselves. What a pathetic life we have kan.

Kadang2, i am totally just fine kalau couple of times terlupa bawak phone. Just get rid off the 'little' gadget sometimes, tak perlu rasa attach sangat dengan phone. I knew, few people yang rasa sangat attach dengan phone mereka. Tak dpt phone satu hari, mcm rasanya dunia ni boleh collapse atas dia. Tapi boleh tak kita punya rasa yang sama, kalau satu hari tertinggal solat, kalau satu hari tak baca Al Quran. Kena hadirkan rasa2 tu.

Dan, dealing dengan masalah manusia perlu kan seribu kekuatan. But i know, i have Allah, and that gives me comfort. Never say, saya bagus. Tapi cuba dan cuba untuk perbaiki diri yang memang super lemah ni. Banyak dosa kan.

Malam.

Tuesday, October 2, 2012

No title

Salam. Lama tak menulis. Been busy with 'tak tahu'. I guess works occupy all my time. Balik rumah dah penat. Stay up late, sure mengantuk. Tapi fikir kembali, takkanlah kehidupan muslim macam ni. Balik dan pergi kerja. Itu sahaja kah.

Tak tak. Sebab super muslim, kerja bukan alasan untuk tak boleh nak uruskan perkara lain. Bila saya fikir kembali, terlalu banyak perkara saya abaikan. Nanti dah 'tinggalkan dunia' nak persembahkan apa pada Allah. Masa yg Allah beri 24 jam sehari, guna untuk apa ya.

Bandingkan kehidupan remaja kita disni, dengan remaja di Palestin. Jauhnya beza. Mereka sibuk mmpertahankan tanah suci, tp remaja kita disibukkan dengan perkara2 'entah apa2'. Sedih. Society kita rosak tp kita tak sedar yang kita perlukan ubat. Anak2 remaja kita sakit, tapi tak siapa yang endah. Nak buat perkara yang baik rasa malu, tapi yg kurang baik, sikit rasa malupun tiada.

Hari ni, waktu pulang rumah nampak this pakcik. Nak lintas jalan tp tak siapa kisah nak tolong. Kalau itu ibu atau ayah kita; mesti kita mengharapkan seseorang akan bantu mereka bukan. Dlm kehidupan; perkara2 kecil yang kita take for granted itulah yang kita akan rindu nanti.

PS: Kalau dah pinjam duti orang, kena bayar balik secepat mungkin. Jangan buat tak tahu atau rasa2 mcm tak ingat. Mati tak kenal waktu :)


Saturday, September 8, 2012

menilai diri lebih mustahak

seringkali kita lebih mudah meletakkan satu 'judgement' pada orang lain, sebelum berusaha untuk memahami kenapa mengapa dia bertindak sebegitu. kita lebih mudah meletakkan 'hukuman', lebih suka 'bersangka sangka' tanpa berusaha mencari kebenaran. andai kita malas mencari kebenaran disebalik prasangka-sangka, cukup berhenti menyebar perkara2 yang kita sendiri tak tahu 'head and tail' nya.

a wise man once said; kita adalah hakim terbaik bila menghakimi kesalahan orang lain dan peguam terbaik dalam mempertahankan 'kesalahan' kita sendiri. yeah it happens all the time.

dalam kita sibuk mengejar kehidupan, tanpa sedar kita lemas dalam larian tak berpenghujung ini. mungkinkah kita mampu menjamin, yang satu saat dari sekarang kita masih bernafas. no assurance on that. tapi kenapa kita masih bisa hidup seperti esok memang masih milik kita. mengapa kita masih mampu melakukan yg haram tanpa rasa sekelumit rasa salah.

betul, kehidupan itu harus ke hadapan. harus sentiasa berfikir untuk esok. tapi jangan biarkan esok itu menghilangkan nilai kita sebagai hamba Allah. yang tahu matlamatnya bukan dunia tapi akhirat sana. dan mungkin juga; masih ada insan2 di luar sana yang masih mencari makna kehidupan ini. cuba memahami tingkah dan laku manusia di sekelilingnya. mengapa begitu begini. ada yang masih berusaha setiap saat, untuk jadi hamba Allah yang lebih baik; kita tak pernah tahu itu semua.

kebahagiaan: carilah masa bersendiri. melihat kembali dan koreksi diri. menilai dan mentafsir nilai kita sebagai hamba Allah, anak, isteri/suami, masyarakat dan pekerja. manusia itu memang fitrahnya tidak mampu untuk hidup bersendiri. tapi ada kalanya diri juga perlukan masa untuk bersendiri. mencari kekuatan dan bergerak maju kembali kehadapan.

ps: dlm memperbaiki diri; lihatlah orang yang lebih hebat dari kita; bandingkan diri kita dan mereka. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih 'teruk'. sebab kita takkan mampu jadi yang lebih cemerlang.dalam melihat kelemahan; lihat mereka yang kekurangan; kita pasti lebih bersyukur.

Sunday, September 2, 2012

akhir waktu kelak ......

salam. hopefully sihat2 semua. amin. tahu tak, sentiasa dalam fikiran saya ini, terfikir dan berfikir; di saat hujung usia nanti (andai dipanjangkan umur sehingga tua) apa yang saya inginkan. saya tak mahu, bekerja macam sekarang; stress dengan perkara-perkara yang tak sudah. saya tak mahu. saya hanya mahukan kehidupan yang biasa2. di kampung (andai kampaung masih wujud saat saya tua kelak la kan). kehidupan yang sederhana dengan orang2 yg tersayang. saat lewat usia nanti, harta, kekayaan, kereta besar semua itu dah tak punya makna yang signifikan. 

mungkin tak perlu tunggu tua. mungkin awal 40 an nanti, beli tanah di kampung. buat rumah, buka business (so not me kalau bukak business) dan settle down. seronokkan. hidup yang tidak terkejar kejar. tak perlu nak fikir perkara2 yang 'tak berfaedah'.

a wise man once said: usia muda kita punya tenaga dan masa tapi tak punya wang. usia dewasa punya tenaga dan wang tapi tak punya masa. di usia tua kelak; punya wang dan masa tapi tak punya tenaga. disetiap kitaran usia kita, ada kelebihan dan kekurangan. bagaimana kita menilai dan menggunakannya itulah paling utama. usia kita hanya sekali, jgn akhir waktu nanti kita sesali.

ps: saya tak suka dan 'menyampah'. kalau kita sendiri cari masalah jangan salahkan orang lain atas kecuaian kita. cakap dengan manner not 'harsh' tone.

Sunday, August 26, 2012

Mengurus perasaan dan hati

Salam. its been a while. Ramadhan has gone. But we are still here. Dan bulan Syawal kali ini, macam biasa digunakan sehabis baik melawat atok2 sedara yang jauh. I dont know, but spending times with them mmg best. They have lot to share; sometimes kita yang baru nak mengenal hidup ni, rasa dah cukup bagus rasa dah banyak ilmu. Tapi bila dengar kisah hidup mereka; wow banyak nye yang kita terlepas pandang. Banyaknya yang perlu kita pelajar.

Apart from that, melawat kawan2. We went to this wedding and our old school mate came to say hi. Tanya we all; empat orang je. Saya cakap; yup 4 orang. Dia tanye mana yang lain; Yang lain dah kahwin. Kami je yang single ladies. ;) Senyum je lah kan. Bahagia apa jadi single ladies.

Tapi tadi went to djah's house. Our dear school mate. Met his father. Ayah dia mmg lah best. Tanya we all; dah kahwin. Tentulah belum. Ayah dia terus offer: nak pakcik carikan. Huhuhu. Andai kahwin semudah touch n go. Pakcik ni. Semue orang pun nak kahwin. Nak ada family. Nak settle down. But sometimes, its just not the right time, not the right moment yet. So as for now: I'll be doing just fine insyaallah. I have great parents, cool siblings, super awesome big family and wonderful friends. Bersyukur bersyukur.

My initial plan writing this post nak cakap pasal hati dan perasaan. Perkara fitrah yang Allah beri pada setiap hambaNya kan. Tapi bagaimana kita mengurus rasa dan perasaan itu yang mustahak. Andai rasa cinta kita diletak pada tempat yang salah, maka tujuannya pun pastilah salah. Sebab itu, doa itu sangat mustahak. Pinta pada Allah, agar hati kita sentiasa mencintainya dan Rasulnya lebih dari segalanya. Kemudian barulah cinta manusia itu datang.

Andai kita sendiri gagal memahami cinta yang sebenar, cant expect much la kan. Happy working semua :)

Friday, August 17, 2012

Madrasah Ramadhan

Manusia boleh berubah kan. Dari sejahil jahil insan kepada sebaik baik insan dan dari sebaik baik insan kepada sejahil jahilnya. Dan siapalah kita nak menghakimi seorang insan yang dulu punya pakaian tapi tak pernah cukup kain; tp hari ini berubah menjadi insan yang lebih baik dari kita. Mujahadahnya lebih mantap dan keinginannnya untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih hebat dari kita. Jangan kita nilai bagaimana permulaan kehidupan seseorang itu, sebab yang lebih mustahak bagaimana akhir kehidupannya kelak.

Moga kita istiqamah. Banyak yang saya mahu cuba kekalkan selepas Ramadhan berlalu pergi. Sekejap itu yang bisa saya kata. Dan buat pertama kalinya, Ramadhan kali ini Allah beri demam pada saya. Memang mencabar sungguh dengan kerjanya lagi. Cuti seminggu tp tak terasa mahu beraya. Rasa tak layak nak meraikan raya pun ada. ;(

Banyak kisah manusia yang berlaku disekeliling saya. Banyak iktibar yang saya perlu pelajari. Peringatan buat diri dan peringatan untuk selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri. Sekali manusia buat 'kejahatan' pada kita, disitulah kekuatan dan keimanan kita diuji. Samada kita mahu membalas kejahatan dengan kejahatan atau kejahatan itu dibalas kebaikan. Apa bezanya kita dengan orang yg melakukan kejahatan, andai kita membalas dengan kejahatan. Setiap kita sentiasa diuji. Tapi ujiannya tak pernah sama.

Sunday, August 12, 2012

Moga sentiasa kuat

Salam. Time flies kan. Sudah August, Ramadhan tinggal beberapa hari lagi dan frankly speaking performance Ramadhan kali ini agak mengecewakan saya. Malu dengan diri sebab KPI Ramadhan jatuh dengan jaya nya. Awal Ramadhan saya letak janji pd diri, mahu penuh sunat tarawih tp manusia jauh sekali dari pengetahuan ymasa hadapan. Allah beri demam. Lepas demam nak speed balik tp momentumnya sangat lambat. Entahlah saya pun tak tahu apa yang tak kena.

Rasa malas datang bertubi tubi. Nak pergi kerja lagilah malas. Satu perkataan: saya boring. Penat buat perkara yang sama tapi saya paksakan diri juga. Inilah kehidupan kan. Bila fikirkan balik, tak mengapalah. Ada orang yang tak de kerja langsung yang masih menganggur. Alhamdulillah saya ada kerja. :)

Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me. -Imam Al-Ghazal-

Saya suka kata kata Imam Al Ghazali ini. Lebih dari cukup menggambarkan situasi saya saat ini. Kadang2 hati ini kawan dan kadang2 hati itu juga lawan. Mujahadah itu perjuangan yang takkan pernah padam hingga Allah ambil kembali kita. Hari2 bermujahadah. Kadang2 dekat office, kita cuba jaga hati, jaga mulut, jaga telinga. Tapi kadang2 ada saja perkara2 yang kita tak mampu nak kawal 'merosakkan' puasa kita.

Ramadhan tinggal few days. Moga Allah sentiasa beri ruang dan waktu pada kita untuk utilize sehabis baik. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik pada kita semua.

ps: Saya teringat satu kata2, kita tak mampu untuk pilih bagaimana cara pengakhiran kehidupan kita tp kita mampu untuk memilih bagaimana kita menjalani kehidupan kita saat ini. :)

Wednesday, July 18, 2012

Sweet Wednesday :)

Andai ada pertemuan, biar terpisah antara benua sekali pun, dengan izin Allah pasti bertemu. Tapi andai termaktub, tidak memungkin sebuah pertemuan, biar jaraknya tidaklah sejauh 2 benua, pertemuan itu tak mungkin kan. Perjalanan takdir kita, memang indah.
    Setiap hari, without failed memang saya akan melalui Duke since saya menghantar adik ke sekolah. Pasti nampak pakcik ini dengan topi keledar, menahan mana2 hamba Allah yang sudi untuk menumpangkannya. Allah nak beri kita ibrah, peringatan agar sentiasa bersyukur bila2 pun Dia boleh beri. Untung bukan siapa yang berhenti, dan tumpangkan pakcik tu. 
      Semalam, i spent almost RM 300 on shoes. A pair of pink crocs and kasut kerja. Mum ambik my crocs, so dah tak ada kasut jalan. How. So good excuse to buy a new shoe kan. Nak pakai lama kan.
        Ramadhan is just around the corner. Super happy serious. First dpt balik awal. Second tarawikh dekat uia (all time favorite place). Moga dipermudahkan segalanya untuk kita :). KPI Ramadhan dont forget. May we graduate Ramdhan jadi muslim yang lebih cemerlang. Set KPI tampal dekat tempat yang mudah dilihat. 
          I did blog once tentang betapa ujian itu sangat memenatkan bukan. Bila kita dalam suatu biah yang sama, dalam suatu suasana yang baik, kita tak rasa ujian itu. Tapi bila kite dicampak dalam keadaan yang cukup asing, yang menduga keteguhan dan prinsip hidup kita sebagai Muslim, dimanakah nilai kita. I told my friend about this and she told me: kalau dia di tenpat saya dia dah tegur orang2 tu semua. Tapi saya beritahu dia, tak semua orang ada kekuatan yang begitu. Saya berusaha tapi saya hilang 'kemampuan' nak menegur orang2 yang dah tahu dan faham tapi masih buat apa yang Allah tak suka. Macam mana. 
            Saya selalu terfikir, jadi baik tak cukup. Kena jadi lebih dari itu. Orang bukan Islam pun baik juga kan. Sebab mmg fitrah semua orang sukakan kebaikan. Tapi apa yang bezakan kita dari bukan Islam. Banyak sgt sebenarnya. Kepercayaan kita pada Tuhan yang satu, pengabdiaan kita kepada Nya dan menjadi khalifah di bumi Allah ini (matlamat penciptaan kita) dan matlamat hidup kita which is akhirat not dunya dan setiap saat hidup kita adalah untuk Allah bukan. In the end, kita tahu kehidupan kita bukan disini tp disana.
              Kenapa ramai sangat yang bertanya soalan2 kahwin pada saya. I told them, please dont worry. Ada perkara dalam kehidupan ini bukan dalam kawalan kita. Betapa kita rasa, kita mahukan sesuatu ketahuilah Allah lebih tahu. Berusaha dan berdoa dan bertawakal. Bukan urusan kita untuk menentukan bila masanya. :) Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara2 yang tak mampu saya 'kawal'.

                Sunday, July 15, 2012

                Random 'thots' on Sunday

                Salam.

                Pernah terfikir, kadang2 mahu sahaja lari dari 'kebiasaan'. Kebiasaan yang kita buat' bangun pagi, pergi kerja and the list goes on. Kehidupan dalam kebiasaan kadang2 meletihkan. If i sound like I am complaining, no im not. Im just expressing my feeling. Do something yang mencabar diri sendiri. When people ask, why nak buat PhD; frankly speaking i dont know. But i guess, i found the answer now. I need something to challenge myself. AnD PhD may be the right answer. Biiznillah. Bila nak buat PhD, heee tak tau.

                When we place our trust in the hands of orang2 yang kita sayang dan percaya but in return they simply 'tarnish' kepercayaan kita, i bet, susah untuk kita percaya orang tu semula bukan. Yup, we are not perfect dan jangan cuba untuk jadi sempurna. What im trying to say: cuba kita fikir. Berapa banyak kali dalam kehidupan seharian kita, kita kecewakan Allah dengan sikap2 kita. Solat ala2 kadar, buat2 perkara2 yang Allah kata jangan buat, tapi kita buat juga. Pernah tak Allah tak terima taubat kita? Pernah tak seinci kurang kasih sayang Allah pada kita. Tak bukan. Jadi apalah kiranya, jika seorang manusia itu, ambil kepercayaan kita dan kemudian dia meminta maaf, teruk sangat kah sampai kita tak mampu nak beri sebuah kemaafan.

                Saya terfikir, kenapa kita selalu memikirkan sesuatu itu terlalu besar untuk diselesaikan. Sebab setiap masalah yg dtg itu pasti ada penyelesaiannya bukan kecuali mati. Yup, my problem is sometimes saya juga memikirkan perkara2 yg sebenarnye terlalu kecil untuk dikatakan itu masalah. Its all in our mind bukan. Ada perkara yang lebih mustahak untuk difikirkan. Sebab matlamat kita bukanlah dunia, tp akhirat bukan. Apa yang kita kerjakan disini, tak berhenti disini tetapi untuk dibawa ke matlamat akhir kita. Kehidupan akhirat :) Untung orang yang mampu melihat matlamat sebenar mereka.

                'second' outing :)

                Monday, July 9, 2012

                Salam Bandung ;)

                Alhamdulillah diberi peluang dan masa untuk bermusafir ke Bandung. Satu pengalaman yang mungkin cukup membuka mata dan minda. Jumpa bermacam ragam manusia. Rasanye the last time i was away from Malaysia was on 2011 kot. That was Myanmar. Another interesting place to go, if you guys have time. Well the best part about Bandung, personally for me, the culture. The shopping and whatnot dekat Malaysia pun ada. Cuma in terms of price, yes Bandung way cheaper dan berkualiti. You can actually tawar menawar till you drop. I'm not a shopaholic.

                Bandung itself is under the West Java province and since in Indonesia they have about 33 provinces. Pictures, tak banyak, our camera can last for three days without a single charge, nampak sangat bukan avid-photo. I guess, Bandung more or less lebih kurang Jakarta. You can see, how the people trying to make ends meet with whatever way they could think. Dekat luar shopping malls, mmg lots of people jual keychain and all these souvenirs. Memang super murah. Foods, bubur ayam is the most common menu for breakfast and apart from that ada tauhu bakar, mee bakso itu biasa ja. Tapi makanan sunda is the best. And i think, merokok within 'dapur memasak' is common thing to do. Errrrr

                You can see small kids, jalan2 thru out traffic jual barang dan minta sedekah. Dekat Malaysia bukan tak de, ada tp 'susah' nak jumpa. Dekat Bandung terlalu banyak. I guess, kesusahan hidup membuat mereka lebih matang dalam melayari kehidupan. I saw this old pakcik tolak beca, separuh 'mati' tengok dia tak larat. But what to do, if given options dia pun tak mahu kot. Tapi itulah kehidupan.

                Dekat Bandung, you can see various version of 'fake' Factory Outlet. Haha. Tipah tertipu pun ada jugak. Tak mcm FOS dkt malaysia. Dekat sini, sdn bhd punye version factory outlet. Another interesting place to visit adalah gunung berapi nye. I guess one thing you can never get rid off when datang Bandung, penjual2 memang akan pester you to buy their stuff. Even adik aku yang tak de duit tu pun, die suruh beli jugak.

                One thing i learn, selalu bersyukur. Saya sayang Malaysia more :) At least bangun pagi, tak perlu fikir ada duit ke tak hari ni. Ada makanan atau tidak. Ada kerja atau tidak. Kerja pejabat pun kadang2 kita bising, kena buat kerja yang 'ends meet' barulah kita tahu penat dan letihnya kan. Selalu bersyukur pasti bahagia :)


                Saturday, June 30, 2012

                Simply awesome

                This entry is meant for sharing purpose. 

                I believe, dalam kehidupan kita to some extent kita mencari kesempurnaan. Kesempurnaan dalam apa sahaja yang kita kerjakan. Andai kita sentiasa mencari kesempurnaan dlm sembahyang, yup sangat baik. Dari sembahyang yang wajib kepada sembahyang2 yang lain. Here's a suggestion. 

                If you wanna ensure your tahajud, dhuha, witr and solat2 yang lain are done 'accordingly'. Just make a simple time table, in excel sheet will do. Provide columns for month/date/day, what type of solat (dhuha or tahajud). Done. As simple as 1,2,3. And you can actually 'tampal' the time table pd dinding and after solat please tick the particular day. 

                I guess, when you see all the colorful boxes penuh dengan tick, in a way encourage kita untuk pertambahkan kuantiti solat kita kan. Yang penting kualiti solat juga. Tapi kalau kuantiti dan kualiti seiring, lagi bagus. Selamat mencuba. Paling penting, niat kita. 

                Have a super blessed weekend :)

                Sunday, June 24, 2012

                Rindu

                satu perkara yang saya sangat perasan tentang diri sendiri, saya suka berpura pura 'semuanya ok'. semuanya baik baik. semuanya tak ada masalah. seperti nya saya cuba lari dari realiti yang sebenarnya masalah di hadapan, tapi tak mahu menerima yang masalah itu sedang memakan diri saya. sampai satu saat, air mata saya jatuh juga. dan itulah saya.

                saya rasa, topik yang saya acap kali tuliskan dr minggu lepas ya tentang bahagia. bahagia itu bermula dari diri sendiri. kalau kita perlukan orang lain 'dulu' dari diri sendiri untuk merasa bahagia, something is wrong somewhere. bagaimana nak bahagia, mudah tapi perlukan istiqamah. ingatlah Allah selalu, pasti hati kan menjadi tenang. Logiknya mudah, Dia yang menciptakan kita, sudah pastilah Dia sahaja yang mampu memberi rasa bahagia yang hakiki bukan. Harta, duit, isteri dan anak2 juga rumah besar bukanlah jaminan hidup kita akan bahagia.

                lately banyak perkara yang berlaku. dan betapa saya sedar, tak ada apa2 nya saya tanpa Allah. betapa saya ini bukan sesiapa pun tanpa Allah. saya banyak berfikir dan bermonolog dengan diri sendiri. cuba mencari justifikasi dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saya. kadang2 saya bertindak mengikut hati dari mengikut akal. lepas tu, menyesal tak sudah. yeah itulah saya.

                itulah kehidupan saya. saya juga tak suka dengan routine. dan kerja saya juga lebih kepada routine. well got to find ways untuk cinta dengan kerja saya. kalau ke tempat kerja, saya akan cuba gunakan jalan yg berbeza. melihat dan menikmati keindahan pagi dengan jalan yang super jam. seronok sebenarnya. the little things dalam kehidupan yang saya terlepas pandang. itulah bahagia juga.

                dalam lingkungan kerja, macam2 orang yang saya jumpa. yang baik, yang pentingkan diri, yang tak kisah apa2, yang tak tahu apa2, yang tahu kerja dia siap walaupun terpaksa menyusahkan orang lain. tapi saya belajar banyak perkara dlm kerja seharian saya. jgn sempitkan ruang untuk kita belajar dan memperbaiki diri.

                saya rindukan ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih baik. saya rindukan masjid uia dan rindukan solat tarawih. rindukan semuanya tentang ramadhan.

                Aku kasihkan kamu kerana Allah

                Terima kasih telah Kau izinkan diri untuk mengenali mereka, Ya Allah. Saudara yg selalu menegur dan menasihati kala diri khilaf dan salah. Senantiasa mendukung dan mengingatkan diri untuk menjadi peribadi yg jauh lebih baik. Syukran. 
                -oki setiana dewi-

                Hari ini, ke daurah. Tapi semangatnya tak seperti biasa. Kadang2 kita terlalu melihat siapa yang menyampaikannya sehingga terlupa yang lebih mustahak itu, adalah isinya bukan. Yang lebih mustahak apa yang perlu dipraktikkan kelak bukan.

                Hari ini juga, menyelami dan cuba memahami perasaan seorang sahabat. Paling mungkin, cuba meletakkan diri di dalam posisinya. Mungkin nak memahami agak payah, tetapi paling mampu saya usahakan tika ini, hanya doa. Doa dan doa. Moga dipermudahkan segala urusannya. Kadang2 saya sendiri hilang kefahaman dengan apa yang dirunsingkan oleh sahabat saya ini. Tapi hati manusia berbeza bukan. Kita takkan mungkin faham dengan apa yang pernah dilalui dan sedang dilalui.

                Ringkasnya, seseorang datang untuk mengenali sahabat saya dengan lebih rapat. Si lelaki seperti cukup yakin yang sahabat saya inilah orang yg dicari cari selama ini. Tetapi sahabat saya, lain pula halnya. Prioritinya tika ini, untuk melanjutkan pelajaran. Berkahwin itu ya, tetapi bukan sekarang. Nasihat saya mudah, jika mahu kata ya, tak mahu cakap tidak andai di tengah2, istikharah. Yang pasti, sahabat saya ini dipersimpangan. Sampai ke satu tahap, dia rasakan, apa nak jadi jadilah.

                Yaa itulah. Kadang2 perkara yang mungkin nampak mudah dan senang, tak semudah itu untuk sampai ke penghujungnya. Diuji dahulu. Diberi kan kesusahan dan rasa berbagai. Tapi belajarlah menerima, hidup ini sentiasa dan takkan pernah sunyi dari mujahadah. Sampai ke satu tahap kita penat. Tapi bayangkan baginda, andai baginda rasa putus asa. Apalah kita hari ini kan.

                Bersangka baik pada Allah. Solat dan cuba lah solat malam. Kalau tak mampu pun, yang pentingkan mulakan dengan niat. Dari sekali sekala buat, cubalah jadikan amalan. Kita nak Allah dengar luahan kita, kita sebagai hamba harus pergi extra miles untuk dapatkan perhatian Allah bukan.

                Marilah jadi hambaNya yang super cool lagi hebat :)

                Thursday, June 21, 2012

                Happens for a reason, happens for the best

                tak best bila terpaksa buat perkara yang kita memang tak suka. tapi andai tak diberi pilihan apa lagi yang tinggal. kadang2 dalam kehidupan kita terpaksa memilih. terpaksa membuat sesuatu yang kita tak suka pun nak buat. hingga hilang rasa ikhlas dalam diri. sayang.

                dan saat ini, saya rasa sangat teruk. teruk yang amat. entahlah. saya tahu diri saya masih pincang. banyak compang campingnya. tak perlu nak tengok orang lain. cukup tengok diri sendiri. cukup nilai buruk diri sendiri. pagi2 bila dengar ikim, dengar tazkirah, aduhai jauh sungguh diri ni. jauh dari benchmark seorang muslim.

                tahukah, solat siapakah yang paling sempurna selepas solat nabi? solat abu bakar r.a. itupun abu bakar akan berdoa lagi selepas solat. bimbang dia melakukan kezaliman atas diri sendiri. kita? lepas solat, atau masa solat masih fikir deadlines kerja kan. hehe. mengaku cepat.

                saya nak jadi orang yang lebih baik. hamba Allah yang lebih cemerlang. tapi kadang2 jatuh gagal di pertengahan jalan mujahadah. mujahadah dgn hati, dengan lidah, dengan perbuatan. semuanya. few days back, antara hari2 yang saya rasa cukup menguji. menguji saya.

                kadang2 buat saya terfikir. kita nak sangat sesuatu perkara, tp Allah tahu bila masa yang sesuai bukan. kadang2 kita tak rasa kita perlukan pun certain2 things, tp Allah beri pada kita. Dia ciptakan kita, tentulah Dia lebih memahami kita kan ;)

                Tuesday, June 19, 2012

                bahagia tak perlukan sebab

                saya gembira dan bahagia. saya bersyukur dan berasa cukup. setiap hari diberi peluang untuk bernafas dan memperbaiki diri. mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk ke destinasi akhir. belajar perkara baru (little2 things), belajar memahami masalah orang lain, belajar erti memberi dan menerima. belajar erti berterima kasih. kadang2 tak perlu pergi jauh, banyak yang bisa kita pelajari dari keadaan sekeliling. ibrah yang Alllah nak tunjuk pada kita.

                mencari sebab untuk merasa bahagia, mungkin kadang2 kita tak perlukan sebab untuk merasa bahagia bukan. kehidupan ini, yang Allah beri, itu cukup sudah memberi kita satu sebab untuk bersyukur. setiap pagi, ke tempat kerja sepanjang jalan saya berjumpa bermacam2 orang. ada yang berjalan kaki sahaja, ada yang bermotor dan kereta. masing2 punya tempat yang hendak dituju. jelas matlamat mereka. alangkah indah, andai dalam kehidupan sebagai muslim, jelas matlamat kita, tahu kenapa kita di sini, untuk apa kita hidup. indah bukan.

                hari ini saya memilih untuk bahagia. untuk tak sedih dan memikirkan perkara2 yang mmg bukan di dalam kawalan saya. untuk tak memikirkan perkara2 yang mmg bukan milik saya. dan hari ini, saya memilih untuk tak menyerah kalah pada apa yang saya dah usahakan separuh jalan. ;)

                Monday, June 11, 2012

                Hebat


                Sangat tersentuh melihat video ini. Fahamkan dengan hati. Bacalah dengan akal. Dan amalkan dalam kehidupan.