Terima kasih telah Kau izinkan diri untuk mengenali mereka, Ya Allah. Saudara yg selalu menegur dan menasihati kala diri khilaf dan salah. Senantiasa mendukung dan mengingatkan diri untuk menjadi peribadi yg jauh lebih baik. Syukran.
-oki setiana dewi-
-oki setiana dewi-
Hari ini juga, menyelami dan cuba memahami perasaan seorang sahabat. Paling mungkin, cuba meletakkan diri di dalam posisinya. Mungkin nak memahami agak payah, tetapi paling mampu saya usahakan tika ini, hanya doa. Doa dan doa. Moga dipermudahkan segala urusannya. Kadang2 saya sendiri hilang kefahaman dengan apa yang dirunsingkan oleh sahabat saya ini. Tapi hati manusia berbeza bukan. Kita takkan mungkin faham dengan apa yang pernah dilalui dan sedang dilalui.
Ringkasnya, seseorang datang untuk mengenali sahabat saya dengan lebih rapat. Si lelaki seperti cukup yakin yang sahabat saya inilah orang yg dicari cari selama ini. Tetapi sahabat saya, lain pula halnya. Prioritinya tika ini, untuk melanjutkan pelajaran. Berkahwin itu ya, tetapi bukan sekarang. Nasihat saya mudah, jika mahu kata ya, tak mahu cakap tidak andai di tengah2, istikharah. Yang pasti, sahabat saya ini dipersimpangan. Sampai ke satu tahap, dia rasakan, apa nak jadi jadilah.
Yaa itulah. Kadang2 perkara yang mungkin nampak mudah dan senang, tak semudah itu untuk sampai ke penghujungnya. Diuji dahulu. Diberi kan kesusahan dan rasa berbagai. Tapi belajarlah menerima, hidup ini sentiasa dan takkan pernah sunyi dari mujahadah. Sampai ke satu tahap kita penat. Tapi bayangkan baginda, andai baginda rasa putus asa. Apalah kita hari ini kan.
Bersangka baik pada Allah. Solat dan cuba lah solat malam. Kalau tak mampu pun, yang pentingkan mulakan dengan niat. Dari sekali sekala buat, cubalah jadikan amalan. Kita nak Allah dengar luahan kita, kita sebagai hamba harus pergi extra miles untuk dapatkan perhatian Allah bukan.
Marilah jadi hambaNya yang super cool lagi hebat :)