tak best bila terpaksa buat perkara yang kita memang tak suka. tapi andai tak diberi pilihan apa lagi yang tinggal. kadang2 dalam kehidupan kita terpaksa memilih. terpaksa membuat sesuatu yang kita tak suka pun nak buat. hingga hilang rasa ikhlas dalam diri. sayang.
dan saat ini, saya rasa sangat teruk. teruk yang amat. entahlah. saya tahu diri saya masih pincang. banyak compang campingnya. tak perlu nak tengok orang lain. cukup tengok diri sendiri. cukup nilai buruk diri sendiri. pagi2 bila dengar ikim, dengar tazkirah, aduhai jauh sungguh diri ni. jauh dari benchmark seorang muslim.
tahukah, solat siapakah yang paling sempurna selepas solat nabi? solat abu bakar r.a. itupun abu bakar akan berdoa lagi selepas solat. bimbang dia melakukan kezaliman atas diri sendiri. kita? lepas solat, atau masa solat masih fikir deadlines kerja kan. hehe. mengaku cepat.
saya nak jadi orang yang lebih baik. hamba Allah yang lebih cemerlang. tapi kadang2 jatuh gagal di pertengahan jalan mujahadah. mujahadah dgn hati, dengan lidah, dengan perbuatan. semuanya. few days back, antara hari2 yang saya rasa cukup menguji. menguji saya.
kadang2 buat saya terfikir. kita nak sangat sesuatu perkara, tp Allah tahu bila masa yang sesuai bukan. kadang2 kita tak rasa kita perlukan pun certain2 things, tp Allah beri pada kita. Dia ciptakan kita, tentulah Dia lebih memahami kita kan ;)