Manusia boleh berubah kan. Dari sejahil jahil insan kepada sebaik baik insan dan dari sebaik baik insan kepada sejahil jahilnya. Dan siapalah kita nak menghakimi seorang insan yang dulu punya pakaian tapi tak pernah cukup kain; tp hari ini berubah menjadi insan yang lebih baik dari kita. Mujahadahnya lebih mantap dan keinginannnya untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih hebat dari kita. Jangan kita nilai bagaimana permulaan kehidupan seseorang itu, sebab yang lebih mustahak bagaimana akhir kehidupannya kelak.
Moga kita istiqamah. Banyak yang saya mahu cuba kekalkan selepas Ramadhan berlalu pergi. Sekejap itu yang bisa saya kata. Dan buat pertama kalinya, Ramadhan kali ini Allah beri demam pada saya. Memang mencabar sungguh dengan kerjanya lagi. Cuti seminggu tp tak terasa mahu beraya. Rasa tak layak nak meraikan raya pun ada. ;(
Banyak kisah manusia yang berlaku disekeliling saya. Banyak iktibar yang saya perlu pelajari. Peringatan buat diri dan peringatan untuk selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri. Sekali manusia buat 'kejahatan' pada kita, disitulah kekuatan dan keimanan kita diuji. Samada kita mahu membalas kejahatan dengan kejahatan atau kejahatan itu dibalas kebaikan. Apa bezanya kita dengan orang yg melakukan kejahatan, andai kita membalas dengan kejahatan. Setiap kita sentiasa diuji. Tapi ujiannya tak pernah sama.