Sunday, August 28, 2011

rasa 'hamba'

bila kita ditegur dengan kata2. tp kata2 itu menyebabkan kita 'berasa' tidak puas hati maka ruang maya dijadikan tempat melempiaskan rasa amarah. salahkan phone pintar? phone pintar bukan ada akal. yang mengemudi nya 'manusia' seperti kita.

kita manusia memang mudah salah faham. instead of bertanya untuk meng-clear kan situasi kita come up with our own andaian. manusia memang suka berandai-andai. andai2 dan syak wasangka adalah mainan syaitan. bila akal dipandu rasa syak, kita tend to melempiaskan segalanya. salah tempat melempiaskan nya, ombak pun tak mampu menarik perahu yang terlajak. 

perhatikan sekeliling kita. ruang maya menjadi tempat untuk kita letakkan segala rasa sedih, marah, kecewa, gembira. to some extent, semua perkara harus dikongsi tanpa ada satu ruang 'sempadan'. tak salah mahu berkongsi rasa, tp ada batasnya. 

dan cukup menyedihkan, bila rasa marah diadun sekali dengan kata2 carut maki hina. dan cukup 'menggelikan' bila rasa cinta pada manusia yang penuh lemah, diagung-agungkan, dipuji-puji di ruang maya. Muslim kita pada nama, tak pada hati?

sangat sedih, bila dalam ramadan, masih ada orang yang 'kalah' dalam mujahadah. aku pun kalah juga. tp bila ada 'phone pintar', galaxy, ipad dan sewaktu dengannya, ia pemudah cara untuk kita utter everything on 'facebook' instead mengadu segalanya pada Allah. Allah lah tempat prioriti kita mengadu bukan 'ruang maya'.
.
janganlah salahkan 'pemudah2 cara'. mereka hanyalah alat2 yang tak bernyawa. andai kata2 berbentuk ujian sudah mampu 'meng-syahidkan' kita, macam mana nak lawan 'kafir2' yang dilaknat itu. nabi yusuf diuji bukan dgn kata, siap pakej lagi, bukan berhari tp bertahun-tahun lamanya. jadi dimana nilai kita sebagai hamba Allah. sedangkan kita selalu berdoa, 'ya Allah, jgnlah biarkan nasib diri kami, ditentukan oleh diri kami sendiri, walau dlm kadar sekelip mata'. pendek tp cukup menusuk kalbu.

Allah dah kata, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. sungguh solat itu berat melainkan orang yang khusyuk (al baqarah:45)

seindah bahasa syurga


baca kata kata cinta Allah, walaupun kita tak faham bahasa syurga, dah dapat pahala. so bayangkan kalau kita dapat faham dan internalize every words. masyaAllah !!!! my favorite ayat cinta yang Allah ulang banyak kali dalam al-furqan; 'dunia hanyalah permainan dan senda gurau'. many times Allah ulang dalam bentuk dan intonasi yg berbeza. but the intention sama: dunia is tempat ujian. tempat yang tidak kekal dan cukuplah ia letak di tangan ;) 

on the flip side, waah seronok tengok orang balik kampung. penuh karak highway malam2. me? aku mana ada kampung. kampung ku dkt shah alam je. the best part, tak yah kemas baju. tak yah sibuk2 nak bersiap boleh accelerate ibadah untuk malam2 akhir ni. tolong drive guna akal dan baca doa dan tawakal. kadang2 bende2 simple mcm tu kita take for granted. 

Saturday, August 27, 2011

ibadah kerana Allah.

news feed facebook penuh dengan ucapan raya. tak salah nak tulis ucapan raya. kan kan. tp tak rasa sedikit tidak beradab kah kita dengan ramadan. bayangkan, kalau kawan baik kita, nak tinggalkan kita, mesti kita sedih. mesti kita doa yang baik2 untuk dia. so bayangkan ramadan itu sahabat baik kita. lagi 3 hari kot ramadan bakal melabuhkan tirai, takkan kita tak rasa sedikit pun sedih. tp rasa gembira kemain nak raya. tp layak ke kita nak beraya, kalau amal bulan ramadan pun suam2 kuku je ni. layak ke nak sambut 1st syawal, bila ramadan macam tak 'cakne' je. 

on the flip side, best terawih dekat uia, sebab dekat uia 'less protocol' muahaha. kalau masjid lain, ini itu semua tak boleh. kalau budak2 kecil, duduk saf belakang, walaupun die sampai dulu dekat saf depan. unfair. kalau tak pakai telekung, nanti makcik2 pandang 'semacam' je. macam penjenayah pulak rasa. kalau terawih dkt uia, mmg rasa sungguh la roh ramadan tu. sampai kan orang kata, kalau nak rasa ala2 solat dkt masjid haram, pergi uia. bangga sekejap. time ni baru nak mengaku 'warga' uia. kalau pegang quran time terawih, ok je, tak de orang pandang 'senget'. kalau pakai iphone ganti quran lagi orang tgk 'wow' terus. kalau dkt masjid lain, confirm orang akan terus mcm 'pelik'. boleh kee? heh. 

jom increase amalan. moga Allah terima amal2 kita. ikhlas tu orang tak nampak, tp Allah tahu. mcm semut hitam duduk di atas batu hitam. x siapa tahu semut tu disitu. mcm tu lah ikhlas !!!

Monday, August 22, 2011

apakah alasan kita

how time flies. memang cepat gile ramadan dah nak habis. makin ke kemuncak, orang makin sibuk buat persiapan raya. aduhai macam wajib gile kot persiapan raya tu. patutnya semakin menghampiri ramadan, diri makin hebat mengejar akhir2 ramadan. raya2 tu boleh buat nanti.

hari ni macam biasa solat dekat uia. kebetulan hari ni, imam baca panjang sangat2 sangat2. huhu. sebelah aku, ada makcik. kira macam baya nenek aku dah. perghhh memang dia diri tak gerak2. kagum dan berasa malu pada diri yang masih muda punya tulang empat kerat yang kuat lagi nih. aku tak faham, kalau bulan2 lain ok lah. tp ni bulan ramadan kot, kenapa ada yang macam tak kisah nak pergi terawih. at least yg lelaki tu, even kalau kerja siang hari pun, takkan malam dah syahid kot. apa salahnya berjemaah plus terawih dekat masjid. kalau alasan 'kerja' dan penat, orang lain ok ja. kalau malam2 kerja boleh lepak 'mali' takkan solat jemaah plus terawih  tak larat kan. semuanya alasan !!!!

if nabi dengan para sahabat boleh pergi perang badar waktu puasa, haishhh alasan apa lagi yang kita nak letak ehh kalau tak rebut ramadan ni. nak kata kerja, kerja dlm office, balik awal dah, penat redah traffic, bukan jalan kaki naik kereta. naik motor pun alhamdulillah. naik public lagi alhamdulillah. dekat situlah ujian, kalau ramadan smooth je, tak de ujian, tak best la kan. ok sampai sini. got to go .. doakan saya dpt kerja, kerja yang 'terbaik'.

Sunday, August 21, 2011

'pakai tudung' mmg belum tentu bagus

orang kata pakai tudung belum tentu baik. owhh memang lah pakai tudung belum tentu baik, kalau konsep aurat tu sendiri dah disalahertikan. menutup aurat/berhijab bermaksud menutup seluruh anggota yang wajib ditutup. andai kata pakai tudung tapi bukit bukau masih visible 200 meter jauh, masih belum sempurna tutup aurat tu. hence macam mana berhijab 'secara exclusive' mampu menjana akhlak yang cemerlang. mahu akhlak yg cemerlang, aurat tu sendiri harus dijaga secara inclusive. so bila orang kata perempuan 'pakai tudung' bukan bagus, fikir2 kan lah.

on the flip side, aku baru tahu siapa najwa latif. hoho. lame sungguh. biarlah lame kan. so what? tp kenapa orang suka sangat dengan budak baru nak belajar hidup ni. suara best? ala2 yuna? sebab dia pakai tudung? banyak faktor mungkin. tp bila kau fikirkan balik, aduhai ngerinya membesarkan anak di zaman cyber-tekno-canggih begini. tgk clip video terbarunya pun aku dah seriau. aku cuba bayangkan, seorang remaja perempuan, yg berumur belasan tahun menonton clip video si najwa ni. tak banyak sikit pun mesti tergerak perasaan nak jadi mcm 'minah' dalam clip tu. aduhai cinta2 remaja yang memang tak berpijak di bumi nyata ;p
enough said kan. hidup dalam berhibur memang mengasyikkan. tp where do you stop ?

dalam islam, tak salah nak berhibur, tp berpada-pada jgn lah jadi 'hard core' sgt. sampai tak boleh hidup tanpa hiburan. dah jadi hedonisme sangat pulak kan. kalau zaman rasulullah dan para sahabat, aku kagum serius mcm mana tarbiyyah yg di bawa rasulullah mampu melembutkan hati seorang umar, bagaimana tarbiyyah rasulullah mampu mencairkan hati seorang mus'ab, semuanya dgn izin Allah. tp sekarang, yg aku sedih bila seorang itu revert to islam, walaupun dah bertahun revert kualitinya masih sama macam mula2 revert. nak tak nak kena gerak mencari kualiti.

ps: bila Allah kata haram haramlah. masih ada juga nak persoalkan hukum2 yang telah jelas lagi terang. tak faham betul aku. serius annoying.

Thursday, August 18, 2011

dunia ini hanyalah sebuah permainan

sungguh dunia ini ujian. ujian untuk mereka yang beriman dan bertaqwa. andai setiap dr kita yakin dan percaya serta memahami ayat di atas, i bet korupsi, rasuah dan perkara2 yang merosakkan hati pasti boleh diatasi. tp dah nama pun manusia, tak lari dr kesilapan.

Allah ulang many times dalam al quran, tentang dunia ini ujian dan senda gurau cuma dalam pelbagai bentuk dan intonasi. so it is up to us untuk memahami dan grasp the meaning. janji Allah itukan pasti. Allah nak lihat, adakah kita ni boleh lulus ke tak, kalau Allah uji dgn kuasa, harta, kesenangan dan kesusahan. kata orang yg beriman tp tak diuji bagaimana !!!! mcm dalam kehidupan di sekolah, cikgu beri ujian untuk lihat kemampuan kita. tp ujian Allah, dah siap bagi skema jawapan. tinggal kita nak tak nak je.

mengejar akhirat tak bermakna melupakan dunia. kerja lah seakan hidup seribu tahun, tp dunia itu di tangan sahaja bukan di hati. di hati itu negeri akhirat. negeri abadi. tp berapa ramai dr kita yg benar2 mengejar negeri itu. kita tahu tp kita buat2 tak tahu. sama lah mcm orang ini. sebab tu never tinggalkan solat dan al quran.sesibuk mana urusan dunia kita, ada urusan yg lebih mustahak harus ditunaikan haknya.

dulu i used to intern dkt this oil and gas company. tahulah orang kerja oil and gas 24/7. mcm esok dunia dah tak ada. diorang mmg bagus when it comes to work. meeting on time, report siap on time tp solat asar 6.30ptg. mcm mana tu. kdg2 kita mmg ambik enteng, sebab kita tak nampak impactnya pd kehidupan harian kita kan.

Sunday, August 7, 2011

hati yang lalai ini, teguhlah

antara melakukan kejahilan dalam ketidaktahuan dan ketidakfahaman dan melakukan kejahilan didalam kefahaman dan tahu halal haramnya, terlalu besar bezanya. tapi apakah kita ada rasa malu sendiri, malu pd Allah, malu pada orang sekeliling sebab lakukan perkara yang kita tahu haram. tulisan ini, dituju khas buat diri yang sangat lalai. hati yang selalu lalai.

hari ini, berbuka dekat sg. buloh. since my mum works dekat situ, my mum kerja @rumah perlindungan untuk remaja2 perempuan. jauh benar dari apa yang dia belajar dulu. ilmu kejuruteraan simpan jadi pekesam je. bila aku tgk muka2 mereka, tak tahu nak cakap bagaimana. tak tahu nak letak bagaimana diri ditempat mereka. bila diri sudah terlanjur, apa lagi yang diharapkan hanya pengampunan dr Allah. minta dan mintalah. Dia sentiasa mendengar. aku, sgt bersyukur diberi ruang dan peluang untuk ambil ikitbar.

walaupun mereka pernah tersasar, pernah tergelincir, siapa kita yang bergelar hamba ini nak menilai dan meletakkan satu 'level' pada orang lain. tp yang sayang, ada yang sudah terbabas, tapi tak rasa kesal sedikit pun. aduhai hati yang lemah ini. andai hati itu boleh berkata-kata, mahu saja dijerit, sudah2 lah dengan 'mak-siat'. ;(