Sunday, August 7, 2011

hati yang lalai ini, teguhlah

antara melakukan kejahilan dalam ketidaktahuan dan ketidakfahaman dan melakukan kejahilan didalam kefahaman dan tahu halal haramnya, terlalu besar bezanya. tapi apakah kita ada rasa malu sendiri, malu pd Allah, malu pada orang sekeliling sebab lakukan perkara yang kita tahu haram. tulisan ini, dituju khas buat diri yang sangat lalai. hati yang selalu lalai.

hari ini, berbuka dekat sg. buloh. since my mum works dekat situ, my mum kerja @rumah perlindungan untuk remaja2 perempuan. jauh benar dari apa yang dia belajar dulu. ilmu kejuruteraan simpan jadi pekesam je. bila aku tgk muka2 mereka, tak tahu nak cakap bagaimana. tak tahu nak letak bagaimana diri ditempat mereka. bila diri sudah terlanjur, apa lagi yang diharapkan hanya pengampunan dr Allah. minta dan mintalah. Dia sentiasa mendengar. aku, sgt bersyukur diberi ruang dan peluang untuk ambil ikitbar.

walaupun mereka pernah tersasar, pernah tergelincir, siapa kita yang bergelar hamba ini nak menilai dan meletakkan satu 'level' pada orang lain. tp yang sayang, ada yang sudah terbabas, tapi tak rasa kesal sedikit pun. aduhai hati yang lemah ini. andai hati itu boleh berkata-kata, mahu saja dijerit, sudah2 lah dengan 'mak-siat'. ;(