orang kata pakai tudung belum tentu baik. owhh memang lah pakai tudung belum tentu baik, kalau konsep aurat tu sendiri dah disalahertikan. menutup aurat/berhijab bermaksud menutup seluruh anggota yang wajib ditutup. andai kata pakai tudung tapi bukit bukau masih visible 200 meter jauh, masih belum sempurna tutup aurat tu. hence macam mana berhijab 'secara exclusive' mampu menjana akhlak yang cemerlang. mahu akhlak yg cemerlang, aurat tu sendiri harus dijaga secara inclusive. so bila orang kata perempuan 'pakai tudung' bukan bagus, fikir2 kan lah.
on the flip side, aku baru tahu siapa najwa latif. hoho. lame sungguh. biarlah lame kan. so what? tp kenapa orang suka sangat dengan budak baru nak belajar hidup ni. suara best? ala2 yuna? sebab dia pakai tudung? banyak faktor mungkin. tp bila kau fikirkan balik, aduhai ngerinya membesarkan anak di zaman cyber-tekno-canggih begini. tgk clip video terbarunya pun aku dah seriau. aku cuba bayangkan, seorang remaja perempuan, yg berumur belasan tahun menonton clip video si najwa ni. tak banyak sikit pun mesti tergerak perasaan nak jadi mcm 'minah' dalam clip tu. aduhai cinta2 remaja yang memang tak berpijak di bumi nyata ;p
enough said kan. hidup dalam berhibur memang mengasyikkan. tp where do you stop ?
dalam islam, tak salah nak berhibur, tp berpada-pada jgn lah jadi 'hard core' sgt. sampai tak boleh hidup tanpa hiburan. dah jadi hedonisme sangat pulak kan. kalau zaman rasulullah dan para sahabat, aku kagum serius mcm mana tarbiyyah yg di bawa rasulullah mampu melembutkan hati seorang umar, bagaimana tarbiyyah rasulullah mampu mencairkan hati seorang mus'ab, semuanya dgn izin Allah. tp sekarang, yg aku sedih bila seorang itu revert to islam, walaupun dah bertahun revert kualitinya masih sama macam mula2 revert. nak tak nak kena gerak mencari kualiti.
ps: bila Allah kata haram haramlah. masih ada juga nak persoalkan hukum2 yang telah jelas lagi terang. tak faham betul aku. serius annoying.