Saturday, August 27, 2011

ibadah kerana Allah.

news feed facebook penuh dengan ucapan raya. tak salah nak tulis ucapan raya. kan kan. tp tak rasa sedikit tidak beradab kah kita dengan ramadan. bayangkan, kalau kawan baik kita, nak tinggalkan kita, mesti kita sedih. mesti kita doa yang baik2 untuk dia. so bayangkan ramadan itu sahabat baik kita. lagi 3 hari kot ramadan bakal melabuhkan tirai, takkan kita tak rasa sedikit pun sedih. tp rasa gembira kemain nak raya. tp layak ke kita nak beraya, kalau amal bulan ramadan pun suam2 kuku je ni. layak ke nak sambut 1st syawal, bila ramadan macam tak 'cakne' je. 

on the flip side, best terawih dekat uia, sebab dekat uia 'less protocol' muahaha. kalau masjid lain, ini itu semua tak boleh. kalau budak2 kecil, duduk saf belakang, walaupun die sampai dulu dekat saf depan. unfair. kalau tak pakai telekung, nanti makcik2 pandang 'semacam' je. macam penjenayah pulak rasa. kalau terawih dkt uia, mmg rasa sungguh la roh ramadan tu. sampai kan orang kata, kalau nak rasa ala2 solat dkt masjid haram, pergi uia. bangga sekejap. time ni baru nak mengaku 'warga' uia. kalau pegang quran time terawih, ok je, tak de orang pandang 'senget'. kalau pakai iphone ganti quran lagi orang tgk 'wow' terus. kalau dkt masjid lain, confirm orang akan terus mcm 'pelik'. boleh kee? heh. 

jom increase amalan. moga Allah terima amal2 kita. ikhlas tu orang tak nampak, tp Allah tahu. mcm semut hitam duduk di atas batu hitam. x siapa tahu semut tu disitu. mcm tu lah ikhlas !!!