macam mana kita kata, kita beriman sedangkan kita tak diuji kan kan. tapi bila ujian itu datang, aduh kadang2 memang Allah tak yah beri result, kita dah tahu kita gagal. baru preliminary round, dah tak lepas ujian. macam mana kata kita ni beriman kan. lagi2 dalam ramadan. ujian nye lebih super hebat. datang dari macam2 arah. Allah nak beri pahala dekat kita. ;p
bila kita dalam sebuah environment yang sangat supportive dengan sahabat2 yang best dan baik, kita kurang rasa diuji. betul tak? sebab ive been there, dalam sebuah environment yang sangat best, tp bila dicampak ke sebuah tempat yang cukup asing, yang cukup berbeza dari siapa kita, kita seperti ALIEN dan kadang2 jadi LALANG. kata dah ditarbiyyah kan? disinilah iman kita diuji, disinilah jati diri kita sebagai muslim diuji. serius aku dah rasa berada dalam sebuah keterasingan dan terasa ujian nya. dan dengan malunya, aku boleh kata aku gagal. but i learnt something priceless !!!!
ramadan kali ini, rasa best sangat. sebab jumpa sahabat2 sekolah yang dah bertahun tak jumpa. dan usrah la yang paling best. setiap kali ke usrah, disitulah isu2 ummah boleh dibincangkan dengan lebih serius dan secara mendalam. bukan di luar tidak boleh, tapi disini, kita berbincang dengan orang2 yang lebih memahami.
on the flip side, dekat FB tengah menular group2 murtad. aduhai sedih2. betapa Allah boleh tarik nikmat hidayah itu dalam sekelip mata bukan. takut, bimbang andai yang terjumpa page tu, orang2 yang masih baru bertatih mengenal Islam, terbaca pemikiran2 'bebas' mereka, aduhai. aku sempat bertanya seorang sahabat lama, apakah berbaloi berdebat dengan mereka2 ini, jawapannya mudah: banyak lagi urusan dakwah dan tarbiyyah yang belum selesai dan perlu diuruskan ;p
dan kita sebagai muslim, sepatutnya merasa isu ini, adalah tanggungjawab bersama bukan exclusive pada sesetengah pihak sahaja. nope. akhirat kelak, kita sama. apa sumbangan kita untuk Islam. apakah masa kita digunakan untuk kerja dan kerja duniawi sahaja. untuk mengumpul kebaikan untuk diri sahaja. tak. hidup bukan untuk diri sendiri.
ps: ya Allah, malas nya aku ni. nak tulis resume pun malas kan. huhu. nanti kena kahwin baru tahu ;p
Friday, August 5, 2011
Thursday, August 4, 2011
wahai hati yang rapuh ini
bermujahadah ertinya berjuang. dalam erti kata lain, perjuangan aku, adalah perjuangan melawan nafsu-nafsi. aduh perjuangan yang tak akan ada titik noktahnya. setiap hari, setiap saat tanpa kita sedar atau tidak, hati kita sentiasa cuba melawan cabaran2 yang dtg bertubi-tubi. dan kadang2 aku akui, aku sendiri kalah pada perjuangan. kadang2 tak sempat nak berjuang lagi, dah kalah !!!
dan bagi aku, yang sangat jauh jauh dari sifat 'sempurna' apatah lagi banyak sangat dosa ni, bermujahadah melawan zina hati (apatah lagi ia terlalu subjektif) adalah yang paling sukar. ya Allah, sukarnya mungkin mereka yang pernah melaluinya dan mengetahui itu adalah 'zina hati' yang hanya memahami. betul tak? kadang2 bukan semua orang tahu, mereka sedang terjerumus ke dalam zina hati. nau'zubillah.
bermessage, merindui dan memebayangi si dia, itu lah zina hati. aduhai hati yang lemah ini, ya Allah yang maha mengetahui, berikan aku kekuatan. doa haruslah disertakan dengan usaha. so bagaimana mahu berusaha melawan zina hati. yaaa harus ada strategi bukan. kalau hari2 asyik bermsg, kurangkanlah. kalau asyik bercakap di telefon, minimumkan, kalau asyik berjumpa, reduce kan perjumpaan anda itu.
buat diri dan juga orang2 yang aku sayang dan siapa2 sahaja yang kebetulan melalui halaman picisan ini, jagalah hati. sebab hati itu sangat 'rapuh'. salah orang yang menyentuhnya, bimbang-bimbang hati itu terus pecah. kita ada Allah. prioritikan cinta kita. jika dalam perkerjaan kita mampu untuk first thing first. dalam soal HATI dan CINTA juga tidak terkecuali. bila kita letakkan hati kita pada tempat yang betul, insyaallah Allah akan temukan kita pada hati yang betul2 mencintai kita kerana Allah.
ps: perjalanan yang Allah aturkan, memang indah~~

Wednesday, August 3, 2011
aku rindu pemimpin sehebat umar al khattab
biasalakan kalau tgk berita tv3, mesti ada je ending2 theme yang 'menarik'. tp kadang2 tu bukan semuanya menarik. cuma ending theme hari ni, diorang highlight pasal PM berbuka puasa dengan menteri2 dan maybe ambassador kot. emmm buka puasa sama2 tu dah ok, tapi entah kenapa kalau 'orang2' berjawatan berbuka, sangat protokol nye, sampaikan roh ukhwah tu, aku yg tgk dkt tv pun tak boleh nak rasa.
kenapa tak PM buat anjakan paradigma ke. ajak2 member2 menteri dia, bukak puasa sama2, datang pakai jubah ke, ini pakai macam nak pergi 'raya' je. makan dalam dulang ramai2, duduk atas 'safrah' atau lantai. barulah rasa nikmat ukhwah tu. cakap konsep 1malaysia, tp makan duduk semeja dengan geng dia juga. apakah. huhu. tak faham aku. protokol tak payah nak kata la kan. aduhai malaysia ku.
aku rindu nak lihat pemimpin seperti umar al khattab. huhu. yang sanggup berjaga malam, keluar meronda kota madinah kala umat lain sedang lena tidur. tp aku tak adalah harapkan PM nak round KL tgh2 malam tgk rakyat buat apa. huhu. cuma ambil 'roh' dan nilai2 pemimpin islam. 'kata' negara islam kan. tp kalau tak diterjemahkan apa yang islam ajar, sayang la.
ps: hidup ini kalau terlampau berprotokol sangat aduhai..
Tuesday, August 2, 2011
kisah ibu yang hebat
cuba kamu bayangkan. seorang ibu yang menangis berjujuran air mata, bangga melihat anak terunanya dinobatkan juara bintang hiburan, bangga si anak kelak dapat meringankan beban keluarga dengan wang kemenangan nya. bergembiralah mereka kan. gembira yang sangat superficial !!!
tp cuba kamu bayangkan suatu lagi situasi. masih tahukah dan kenalkah kita dengan ummu saad. mlm tadi sebelum tidur, tiba2 kisah ummu saad terlintas dalam fikiran. bila bangun pagi ni, terus aku google mencari nama si ibu yang bila nama nya disebut, bergoncang lah arasy Allah. hebat !!! sekuat ummu saad menerima perkhabaran anak2 nya syahid dlm memperjuangkan agama Allah.
now boleh kita lihat, bagaimana pentingnya pentarbiyyahan yg ibu ayah berikan. bak kata wardina dalam ikim semalam, semua orang boleh besarkan anak, tp tak ramai yang boleh didik dan beri tarbiyyah pada anak2. kita mahu kelak, anak2 yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. bukan kebaikan berbentuk material sahaja, yang berlegar di dunia yang penuh permainan ini. rugi rugi. ironinya kehidupan kita.

Labels:
dunia dunia
susah nak bersangka baik
seboleh nak cuba dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. tp susahnya nak buat begitu. dush dush. cuba kau orang bayangkan, di bulan mulia macam ramadan, semua orang berlumba mahu buat kebaikan, mahu dapat pahala mahu rebut rahmat Allah. tp kalau pergi solat terawih dengan pakwe, macam mana eh? i serius macam agak confuse. niat tu dah memang murni macam minyak murni. ade ke minyak murni? tp perlaksanaan nya agak kureng kan. pergi dengan kawan perempuan tak boleh ke? ataupun lebih baik solat di rumah, kalau takut pergi sorang2 dari timbul fitnah yang bukan-bukan kelak.
lagi kalau yg jenis suka check-in dengan four-square. aduh pergi masjid solat terawih dengan pakwa pun mahu khabar satu dunia ya. huhu. cinta itu memang membutakan. ya Allah jauhkan diri ku. aku cakap bukan sebab baik atau sempurna, tp peringatan untuk diri. untuk orang macam aku ni, yang selalu lupa yang selalu perlu diketuk baru nak ingat balik.
ps: di mana silapnya ..

Monday, August 1, 2011
kita pernah gemilang
kdg2 sy rasa, penat sungguh dengan penyakit2 jiwa yg melanda ummat kini. penat melihat tp hilang kemampuan nak mencegah. errr nilai2 tarbiyyah yang dibelajar dulu, hilang entah ke mana. ditelan angin monsun timur laut kot. malu pada diri sendiri sampai tak mampu nak berkata. i came across this lovely-cool blog. memang approach yg menarik sgt dalam mengajak anak2 muda khususnya mendekati dakwah dan tarbiyyah. kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menggerakkan jemaah.
bila sudah masuk ramadan, rasa semangat untuk jadi lebih cemerlang berkobar-kobar. harap semangat tu bersambung ke bulan2 akan datang dan seterusnya. bukan stop di akhir ramadan saja. so berbalik apa sy nak tulis di atas tadi, apa yang boleh simpulkan dari pemerhatian kasar sy, cehss ala2 observational study la konon nye, ibu2 ayah2 seronok bangga naa kalau anak2 nye masuk malaysian idol, AF, My startz LG dan apa2 program hiburan yang mmg sah2 tak mendatangkan kebaikan hatta sikit pun. ibu2 sibuk buat sepanduk, buat banting bagai nak pergi sokong anak dekat konsert mingguan. aduhhh. entah mana silap kita. hedonisme yang dijaja itu dirasa lebih indah dari mentarbiyahkan diri untuk jadi muslim yang lebih cemerlang.
meh kita singkap sedikit, atau kita buat perbandingan para pemuda pemudi hebat di zaman rasulullah dan para sahabat jika dibandingkan sekarang. bukan tak ada pemuda pemudi yang baik2, ada2. tapi yang agak kureng ini lebih menonjol !!!
musab bin umair- kacak, kaya, serba serbi lengkap. tp cinta nya hanya satu, mendamba syurga Allah
tha'labah abd rahman- kisah nya mengagumkan. takutnya pada azab Allah sehingga membawa diri ke pinggir Madinah, dan diambil kembali tika berada di ribaan kekasih Allah. indah.
ini hanyalah sebahagian. tapi di mana kita? a slap in the face !!!
Wednesday, July 6, 2011
dunia ini ujian
saya tak pernah menafikan fitrah yang Allah letakkan dalam hati-hati kita. siapalah kita mahu menafikan sunnatuallah yang telah Allah tetapkan.. tapi bagaimana kita menggunakan apa yang diberi, itu lebih penting. Allah beri kita rasa kasih, adakah untuk dilempiaskan sesuka hati kita. Allah beri kita kesenangan adakah untuk dikongsi dengan the lucky few. Allah beri kita kepandaian, adakah untuk digunakan untuk manfaat diri sendiri. Allah beri kita rumah yang indah, anak-anak yang baik, kereta yang mahal, agar syukur kita lebih berlipat ganda.
kadang-kadang kita lupa, betapa kita kaya segalanya, tapi kita fakir iman, fakir syukur dan fakir akhlak. mungkin kita lebih fakir dari si fakir di tepi jalan itu. jika kita justifikasikan sebuah kebahagiaan itu terhad pada apa yang mampu kita sentuh dan lihat, sayang. tapi lebih dari itu, kita hilang upaya menilai kekayaan yang sebenar.
la tahzan, sebuah buku yg memang super best. best dari harry potter yang total khayalan !!! bagi mereka yang dambakan hari sana, dunia ini hanyalah dunia, digunakan sebaik mungkin, ibaratnya dunia ini hanya digenggam tapi tak pernah dipaut pada hati. kerana di hati itu akhirat. dunia ini memang memenatkan. itu adalah hakikat. kerana ia tempat ujian. bukan tempat untuk bersenang lenang dan bersuka-suka. bukan tempat untuk tinggal tapi persinggahan. tempat untuk kita maksimumkan waktu kita sebaik mungkin. tapi tak dinafikan dalam kita melalui waktu seharian kita, kita sentiasa bermujahadah dengan nafsu. berbagai nafsu. kerana itu, saya selalu berpegang pada satu senjata. senjata yg musuh-musuh Allah sangat takut. doa. dan berdoalah pd Allah, siang mahupun malam. Allah sangat suka.