Thursday, August 4, 2011

wahai hati yang rapuh ini

bermujahadah ertinya berjuang. dalam erti kata lain, perjuangan aku, adalah perjuangan melawan nafsu-nafsi. aduh perjuangan yang tak akan ada titik noktahnya. setiap hari, setiap saat tanpa kita sedar atau tidak, hati kita sentiasa cuba melawan cabaran2 yang dtg bertubi-tubi. dan kadang2 aku akui, aku sendiri kalah pada perjuangan. kadang2 tak sempat nak berjuang lagi, dah kalah !!!

dan bagi aku, yang sangat jauh jauh dari sifat 'sempurna' apatah lagi banyak sangat dosa ni, bermujahadah melawan zina hati (apatah lagi ia terlalu subjektif) adalah yang paling sukar. ya Allah, sukarnya mungkin mereka yang pernah melaluinya dan mengetahui itu adalah 'zina hati' yang hanya memahami. betul tak? kadang2 bukan semua orang tahu, mereka sedang terjerumus ke dalam zina hati. nau'zubillah. 

bermessage, merindui dan memebayangi si dia, itu lah zina hati. aduhai hati yang lemah ini, ya Allah yang maha mengetahui, berikan aku kekuatan. doa haruslah disertakan dengan usaha. so bagaimana mahu berusaha melawan zina hati. yaaa harus ada strategi bukan. kalau hari2 asyik bermsg, kurangkanlah. kalau asyik bercakap di telefon, minimumkan, kalau asyik berjumpa, reduce kan perjumpaan anda itu.

buat diri dan juga orang2 yang aku sayang dan siapa2 sahaja yang kebetulan melalui halaman picisan ini, jagalah hati. sebab hati itu sangat 'rapuh'. salah orang yang menyentuhnya, bimbang-bimbang hati itu terus pecah. kita ada Allah. prioritikan cinta kita. jika dalam perkerjaan kita mampu untuk first thing first. dalam soal HATI dan CINTA juga tidak terkecuali. bila kita letakkan hati kita pada tempat yang betul, insyaallah Allah akan temukan kita pada hati yang betul2 mencintai kita kerana Allah.

ps: perjalanan yang Allah aturkan, memang indah~~