Saturday, September 8, 2012

menilai diri lebih mustahak

seringkali kita lebih mudah meletakkan satu 'judgement' pada orang lain, sebelum berusaha untuk memahami kenapa mengapa dia bertindak sebegitu. kita lebih mudah meletakkan 'hukuman', lebih suka 'bersangka sangka' tanpa berusaha mencari kebenaran. andai kita malas mencari kebenaran disebalik prasangka-sangka, cukup berhenti menyebar perkara2 yang kita sendiri tak tahu 'head and tail' nya.

a wise man once said; kita adalah hakim terbaik bila menghakimi kesalahan orang lain dan peguam terbaik dalam mempertahankan 'kesalahan' kita sendiri. yeah it happens all the time.

dalam kita sibuk mengejar kehidupan, tanpa sedar kita lemas dalam larian tak berpenghujung ini. mungkinkah kita mampu menjamin, yang satu saat dari sekarang kita masih bernafas. no assurance on that. tapi kenapa kita masih bisa hidup seperti esok memang masih milik kita. mengapa kita masih mampu melakukan yg haram tanpa rasa sekelumit rasa salah.

betul, kehidupan itu harus ke hadapan. harus sentiasa berfikir untuk esok. tapi jangan biarkan esok itu menghilangkan nilai kita sebagai hamba Allah. yang tahu matlamatnya bukan dunia tapi akhirat sana. dan mungkin juga; masih ada insan2 di luar sana yang masih mencari makna kehidupan ini. cuba memahami tingkah dan laku manusia di sekelilingnya. mengapa begitu begini. ada yang masih berusaha setiap saat, untuk jadi hamba Allah yang lebih baik; kita tak pernah tahu itu semua.

kebahagiaan: carilah masa bersendiri. melihat kembali dan koreksi diri. menilai dan mentafsir nilai kita sebagai hamba Allah, anak, isteri/suami, masyarakat dan pekerja. manusia itu memang fitrahnya tidak mampu untuk hidup bersendiri. tapi ada kalanya diri juga perlukan masa untuk bersendiri. mencari kekuatan dan bergerak maju kembali kehadapan.

ps: dlm memperbaiki diri; lihatlah orang yang lebih hebat dari kita; bandingkan diri kita dan mereka. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih 'teruk'. sebab kita takkan mampu jadi yang lebih cemerlang.dalam melihat kelemahan; lihat mereka yang kekurangan; kita pasti lebih bersyukur.

Sunday, September 2, 2012

akhir waktu kelak ......

salam. hopefully sihat2 semua. amin. tahu tak, sentiasa dalam fikiran saya ini, terfikir dan berfikir; di saat hujung usia nanti (andai dipanjangkan umur sehingga tua) apa yang saya inginkan. saya tak mahu, bekerja macam sekarang; stress dengan perkara-perkara yang tak sudah. saya tak mahu. saya hanya mahukan kehidupan yang biasa2. di kampung (andai kampaung masih wujud saat saya tua kelak la kan). kehidupan yang sederhana dengan orang2 yg tersayang. saat lewat usia nanti, harta, kekayaan, kereta besar semua itu dah tak punya makna yang signifikan. 

mungkin tak perlu tunggu tua. mungkin awal 40 an nanti, beli tanah di kampung. buat rumah, buka business (so not me kalau bukak business) dan settle down. seronokkan. hidup yang tidak terkejar kejar. tak perlu nak fikir perkara2 yang 'tak berfaedah'.

a wise man once said: usia muda kita punya tenaga dan masa tapi tak punya wang. usia dewasa punya tenaga dan wang tapi tak punya masa. di usia tua kelak; punya wang dan masa tapi tak punya tenaga. disetiap kitaran usia kita, ada kelebihan dan kekurangan. bagaimana kita menilai dan menggunakannya itulah paling utama. usia kita hanya sekali, jgn akhir waktu nanti kita sesali.

ps: saya tak suka dan 'menyampah'. kalau kita sendiri cari masalah jangan salahkan orang lain atas kecuaian kita. cakap dengan manner not 'harsh' tone.

Sunday, August 26, 2012

Mengurus perasaan dan hati

Salam. its been a while. Ramadhan has gone. But we are still here. Dan bulan Syawal kali ini, macam biasa digunakan sehabis baik melawat atok2 sedara yang jauh. I dont know, but spending times with them mmg best. They have lot to share; sometimes kita yang baru nak mengenal hidup ni, rasa dah cukup bagus rasa dah banyak ilmu. Tapi bila dengar kisah hidup mereka; wow banyak nye yang kita terlepas pandang. Banyaknya yang perlu kita pelajar.

Apart from that, melawat kawan2. We went to this wedding and our old school mate came to say hi. Tanya we all; empat orang je. Saya cakap; yup 4 orang. Dia tanye mana yang lain; Yang lain dah kahwin. Kami je yang single ladies. ;) Senyum je lah kan. Bahagia apa jadi single ladies.

Tapi tadi went to djah's house. Our dear school mate. Met his father. Ayah dia mmg lah best. Tanya we all; dah kahwin. Tentulah belum. Ayah dia terus offer: nak pakcik carikan. Huhuhu. Andai kahwin semudah touch n go. Pakcik ni. Semue orang pun nak kahwin. Nak ada family. Nak settle down. But sometimes, its just not the right time, not the right moment yet. So as for now: I'll be doing just fine insyaallah. I have great parents, cool siblings, super awesome big family and wonderful friends. Bersyukur bersyukur.

My initial plan writing this post nak cakap pasal hati dan perasaan. Perkara fitrah yang Allah beri pada setiap hambaNya kan. Tapi bagaimana kita mengurus rasa dan perasaan itu yang mustahak. Andai rasa cinta kita diletak pada tempat yang salah, maka tujuannya pun pastilah salah. Sebab itu, doa itu sangat mustahak. Pinta pada Allah, agar hati kita sentiasa mencintainya dan Rasulnya lebih dari segalanya. Kemudian barulah cinta manusia itu datang.

Andai kita sendiri gagal memahami cinta yang sebenar, cant expect much la kan. Happy working semua :)

Friday, August 17, 2012

Madrasah Ramadhan

Manusia boleh berubah kan. Dari sejahil jahil insan kepada sebaik baik insan dan dari sebaik baik insan kepada sejahil jahilnya. Dan siapalah kita nak menghakimi seorang insan yang dulu punya pakaian tapi tak pernah cukup kain; tp hari ini berubah menjadi insan yang lebih baik dari kita. Mujahadahnya lebih mantap dan keinginannnya untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih hebat dari kita. Jangan kita nilai bagaimana permulaan kehidupan seseorang itu, sebab yang lebih mustahak bagaimana akhir kehidupannya kelak.

Moga kita istiqamah. Banyak yang saya mahu cuba kekalkan selepas Ramadhan berlalu pergi. Sekejap itu yang bisa saya kata. Dan buat pertama kalinya, Ramadhan kali ini Allah beri demam pada saya. Memang mencabar sungguh dengan kerjanya lagi. Cuti seminggu tp tak terasa mahu beraya. Rasa tak layak nak meraikan raya pun ada. ;(

Banyak kisah manusia yang berlaku disekeliling saya. Banyak iktibar yang saya perlu pelajari. Peringatan buat diri dan peringatan untuk selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri. Sekali manusia buat 'kejahatan' pada kita, disitulah kekuatan dan keimanan kita diuji. Samada kita mahu membalas kejahatan dengan kejahatan atau kejahatan itu dibalas kebaikan. Apa bezanya kita dengan orang yg melakukan kejahatan, andai kita membalas dengan kejahatan. Setiap kita sentiasa diuji. Tapi ujiannya tak pernah sama.

Sunday, August 12, 2012

Moga sentiasa kuat

Salam. Time flies kan. Sudah August, Ramadhan tinggal beberapa hari lagi dan frankly speaking performance Ramadhan kali ini agak mengecewakan saya. Malu dengan diri sebab KPI Ramadhan jatuh dengan jaya nya. Awal Ramadhan saya letak janji pd diri, mahu penuh sunat tarawih tp manusia jauh sekali dari pengetahuan ymasa hadapan. Allah beri demam. Lepas demam nak speed balik tp momentumnya sangat lambat. Entahlah saya pun tak tahu apa yang tak kena.

Rasa malas datang bertubi tubi. Nak pergi kerja lagilah malas. Satu perkataan: saya boring. Penat buat perkara yang sama tapi saya paksakan diri juga. Inilah kehidupan kan. Bila fikirkan balik, tak mengapalah. Ada orang yang tak de kerja langsung yang masih menganggur. Alhamdulillah saya ada kerja. :)

Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me. -Imam Al-Ghazal-

Saya suka kata kata Imam Al Ghazali ini. Lebih dari cukup menggambarkan situasi saya saat ini. Kadang2 hati ini kawan dan kadang2 hati itu juga lawan. Mujahadah itu perjuangan yang takkan pernah padam hingga Allah ambil kembali kita. Hari2 bermujahadah. Kadang2 dekat office, kita cuba jaga hati, jaga mulut, jaga telinga. Tapi kadang2 ada saja perkara2 yang kita tak mampu nak kawal 'merosakkan' puasa kita.

Ramadhan tinggal few days. Moga Allah sentiasa beri ruang dan waktu pada kita untuk utilize sehabis baik. Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik pada kita semua.

ps: Saya teringat satu kata2, kita tak mampu untuk pilih bagaimana cara pengakhiran kehidupan kita tp kita mampu untuk memilih bagaimana kita menjalani kehidupan kita saat ini. :)

Wednesday, July 18, 2012

Sweet Wednesday :)

Andai ada pertemuan, biar terpisah antara benua sekali pun, dengan izin Allah pasti bertemu. Tapi andai termaktub, tidak memungkin sebuah pertemuan, biar jaraknya tidaklah sejauh 2 benua, pertemuan itu tak mungkin kan. Perjalanan takdir kita, memang indah.
    Setiap hari, without failed memang saya akan melalui Duke since saya menghantar adik ke sekolah. Pasti nampak pakcik ini dengan topi keledar, menahan mana2 hamba Allah yang sudi untuk menumpangkannya. Allah nak beri kita ibrah, peringatan agar sentiasa bersyukur bila2 pun Dia boleh beri. Untung bukan siapa yang berhenti, dan tumpangkan pakcik tu. 
      Semalam, i spent almost RM 300 on shoes. A pair of pink crocs and kasut kerja. Mum ambik my crocs, so dah tak ada kasut jalan. How. So good excuse to buy a new shoe kan. Nak pakai lama kan.
        Ramadhan is just around the corner. Super happy serious. First dpt balik awal. Second tarawikh dekat uia (all time favorite place). Moga dipermudahkan segalanya untuk kita :). KPI Ramadhan dont forget. May we graduate Ramdhan jadi muslim yang lebih cemerlang. Set KPI tampal dekat tempat yang mudah dilihat. 
          I did blog once tentang betapa ujian itu sangat memenatkan bukan. Bila kita dalam suatu biah yang sama, dalam suatu suasana yang baik, kita tak rasa ujian itu. Tapi bila kite dicampak dalam keadaan yang cukup asing, yang menduga keteguhan dan prinsip hidup kita sebagai Muslim, dimanakah nilai kita. I told my friend about this and she told me: kalau dia di tenpat saya dia dah tegur orang2 tu semua. Tapi saya beritahu dia, tak semua orang ada kekuatan yang begitu. Saya berusaha tapi saya hilang 'kemampuan' nak menegur orang2 yang dah tahu dan faham tapi masih buat apa yang Allah tak suka. Macam mana. 
            Saya selalu terfikir, jadi baik tak cukup. Kena jadi lebih dari itu. Orang bukan Islam pun baik juga kan. Sebab mmg fitrah semua orang sukakan kebaikan. Tapi apa yang bezakan kita dari bukan Islam. Banyak sgt sebenarnya. Kepercayaan kita pada Tuhan yang satu, pengabdiaan kita kepada Nya dan menjadi khalifah di bumi Allah ini (matlamat penciptaan kita) dan matlamat hidup kita which is akhirat not dunya dan setiap saat hidup kita adalah untuk Allah bukan. In the end, kita tahu kehidupan kita bukan disini tp disana.
              Kenapa ramai sangat yang bertanya soalan2 kahwin pada saya. I told them, please dont worry. Ada perkara dalam kehidupan ini bukan dalam kawalan kita. Betapa kita rasa, kita mahukan sesuatu ketahuilah Allah lebih tahu. Berusaha dan berdoa dan bertawakal. Bukan urusan kita untuk menentukan bila masanya. :) Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara2 yang tak mampu saya 'kawal'.

                Sunday, July 15, 2012

                Random 'thots' on Sunday

                Salam.

                Pernah terfikir, kadang2 mahu sahaja lari dari 'kebiasaan'. Kebiasaan yang kita buat' bangun pagi, pergi kerja and the list goes on. Kehidupan dalam kebiasaan kadang2 meletihkan. If i sound like I am complaining, no im not. Im just expressing my feeling. Do something yang mencabar diri sendiri. When people ask, why nak buat PhD; frankly speaking i dont know. But i guess, i found the answer now. I need something to challenge myself. AnD PhD may be the right answer. Biiznillah. Bila nak buat PhD, heee tak tau.

                When we place our trust in the hands of orang2 yang kita sayang dan percaya but in return they simply 'tarnish' kepercayaan kita, i bet, susah untuk kita percaya orang tu semula bukan. Yup, we are not perfect dan jangan cuba untuk jadi sempurna. What im trying to say: cuba kita fikir. Berapa banyak kali dalam kehidupan seharian kita, kita kecewakan Allah dengan sikap2 kita. Solat ala2 kadar, buat2 perkara2 yang Allah kata jangan buat, tapi kita buat juga. Pernah tak Allah tak terima taubat kita? Pernah tak seinci kurang kasih sayang Allah pada kita. Tak bukan. Jadi apalah kiranya, jika seorang manusia itu, ambil kepercayaan kita dan kemudian dia meminta maaf, teruk sangat kah sampai kita tak mampu nak beri sebuah kemaafan.

                Saya terfikir, kenapa kita selalu memikirkan sesuatu itu terlalu besar untuk diselesaikan. Sebab setiap masalah yg dtg itu pasti ada penyelesaiannya bukan kecuali mati. Yup, my problem is sometimes saya juga memikirkan perkara2 yg sebenarnye terlalu kecil untuk dikatakan itu masalah. Its all in our mind bukan. Ada perkara yang lebih mustahak untuk difikirkan. Sebab matlamat kita bukanlah dunia, tp akhirat bukan. Apa yang kita kerjakan disini, tak berhenti disini tetapi untuk dibawa ke matlamat akhir kita. Kehidupan akhirat :) Untung orang yang mampu melihat matlamat sebenar mereka.

                'second' outing :)