salam. usai pulang dari usrah hari ni, saya kembali bersemangat. kadang2 tak dinafikan iman ini naik turun. mujahadah itu perlu. tadi masa di uia, terjumpa dua budak comel. serius comel, kembar pulak tu. terus terfikir nak kahwin. well, kahwin bukanlah piece of cake, macam touch and go. tp itu fitrah. semua makhluk yang bergelar manusia itu, kalau ditanya pasti mahu berkahwin. mahu ada insan disisinya yang bisa menemani hingga akhir waktu.
tapi insan yang bagaimana yang kita mahu, berada di sisi kita. insan yang bisa memimpin kita masuk ke syurga firdausi atau yang mengheret kita ke neraka jahanam. jika sebuah perkahwinan itu hanya dilihat sebagai satu matlamat cinta antara dua insan, sungguh sayang sekali. kerana sebuah perkahawinan lebih dr sebuah ijab dan qabul dua insan. kerana perkahwinan lebih dari sebuah dimensi untuk melestarikan yang halal. kerana sebuah perkahwinan itu seharusnya diletakkan sebagai sebuah jambatan penghubung kepada Tuhan yang satu.
sebuah perkahwinan itu matlamatnya bukan berkahir antara dua insan, tapi sebagai sebuah 'alat' untuk kita menjadi hamba yang lebih cemerlang. sayang andai kita hanya mampu melihat perkahwinan itu sebagai noktah cinta dua insan. sebab perkahwinan itu seharusnya menjadi sebuah masyarakat kecil untuk kita mengembangkan dakwah dan tarbiyyah. subhanaallah.
buat yang mahu melangkah ke alam baitul muslim, check niat, ke mana selepas itu. adakah kita akan di situ sahaja. punya anak, tapi anak itu seharusnya menjadi pewaris kepada generasi kini. mereka yang akan meneruskan hembusan2 dakwah dan tarbiyyah.
ya Allah moga kau kuatkan hati hamba Mu ini. sebab ku tahu jalan di hadapan masih panjang dan penuh ujian. penuh cubaan. moga ujian ini buat hamba Mu ini makin tahu dan faham dan yakin dengan segala ketentuan Mu.