Wednesday, February 9, 2011

dalam tenang kadang kita jatuh juga

dalam setiap hela nafas, dan dalam setiap derap langkah kaki, mungkin kadang kita mengeluh penat akan dunia. dan dalam setiap helaian naskah kehidupan yang kita lalui, mungkin pernah sekali kita mahu sahaja berhenti dari mencuba. penat bertahan dalam hiruk pikuk manusia yang tak pernah puas akan apa yang dicari.

tapi pada hakikat yang amat pedih, mungkin kita tak pernah menyangka ada suatu kekuatan buat kita menyusun kembali atur langkah yang pernah hilang rentaknya. ada suatu kekuatan yang meniup kembali semangat yang kian hilang nadi-nya. dan percaya lah, pada suatu saat, bila kita rasakan diri ini sudah tidak mampu lagi untuk mencuba, ingat masih ada insan diluar sana, yang masih perlukan semangat dan diri kita, yang masih dambakan kehadiran kita dan mendoakan yang terbaik untuk diri kita.

hence, dont easily give up no matter what. dont push yourself too much. its good to challenge yourself and set a target to be achieved. but make sure, u have the capacity and capability to attain what you want. thats smart.

kata sedap untuk hari ini-ilmu itu penenang hati !!! saya suka.