di dasar sebuah kehidupan, mudah sekali kita menjatuhkan rasa hukum dan tidak adil pada seorang insan, hanya kerana satu salah yang kita lihat pada diri nya. tapi dalam hati, pernah tidak kita tanya, betulkah dia pernah lakukan kesalahan itu, atau kerana sifat tamak insan lain, seorang insan baik terpaksa memikul beban sakit pedih insan 'kurang peri manusia' itu.
dan dalam sebuah kehidupan, pernah tidak kita faham situasi insan lain. pernah tidak kita rasa berterima kasih, pada manusia-manusia yang kita anggap 'jijik' kerja mereka. pernah tidak kita terfikir apa jadi pada dunia, jika tiada orang yang sanggup mahu lakukan kerja-kerja yang kita sendiri tak sanggup mahu buat. kerja sapu sampah, kerja angkat sampah, kerja cleaner, atau pun potong rumput. kalau kita rasa martabat kita lebih tinggi dan hebat dari mereka, kita silap. martabat, harta, baju yang kita pakai, bukanlah sebuah justifikasi yang boleh kita banggakan.
kehidupan adalah kehidupan. tapi bagaimana kita menilai dan hargai setiap saat dalam kehidupan kita, itu lebih bermakna. bila kita terlalu sibuk, kita rasakan dunia ini terlalu cepat berputar. bila kita rasa terlalu senggang, kita rasakan dunia ini terlalu lambat sekali bergerak.