Saturday, April 14, 2012

seribu kali syukur

How do you feel, bila kehadiran kita barangkali bisa menyenangkan kehidupan orang lain. I bet, setiap dari kita mahu menjadi 'rahmat lil alamin'. Maksudnya, menjadi kebaikan kepada orang lain. Sebab hidup ini, bukanlah untuk diri sendiri. Nanti kelak, pasti Allah akan tanya, apakah waktu kehidupan kita digunakan sebaik mungkin.

Apa yang kita kerjakan setiap masa, sumbangan kita untuk ummah, untuk Islam yang disayangi. Sayanglah andai kehidupan kita ini, dihabiskan untuk diri, keluarga dan orang2 yang kita kenali. Seharusnya ada kesempatan, kita keluar bertemu orang2 yang diluar lingkungan 'comfort zone'. Belajar untuk memahami dan menerima perbezaan, Dan tak semua orang cukup bertuah untuk merasai nikmat yang kita ada.

This morning, I managed to attend this program yang dibuat oleh IKRAM untuk anak2 yang tinggal di PPR. Frankly speaking bila lihat mereka, sungguh bertuah adik2 saya. Dibesarkan dalam suasana yang cukup selesa. Nak apa semua dapat. Nak itu dapat, nak ini dapat. Tapi jadi spoiled-brat plak. Ishish.

Tapi kanak2 ini, mungkin masih tak kenal erti 'susah' dan mereka bahagia. Walau tak tinggal di rumah yg serba mewah, tapi nilai 'insan' sesama mereka cukup mengagumkan. The adults sangat cooperative. Saya berani cakap, mereka sangat menghargai kehadiran orang luar yg sudi untuk membantu anak2 mereka.

I rasa, ada masa ada peluang ada waktu, masa muda inilah kita mahu beri segala yang termampu. Banyak ibrah yang boleh kita ambil dan belajar agar syukur kita lebih banyak. Keluar dan berjumpa masyarakat baru kita tahu erti syukur yang hakiki. Baru kita faham erti nikmat dan baru kita yakin bahawa ada orang yang lebih susah dari kita, tapi masih mampu tersenyum dalam menyelusuri kehidupan ini.

Bahagia, dapat CD Maher Zain :)