Mahu atau tidak ia bermula dari diri kita. Dari seorang, kelak kita akan membina komuniti (baitul muslim) dan dari situ berkembang kepada komuniti yang lebih besar (masyarakat) dan seterusnya. Jika diri sendiri sudah pincang maka harus bagaimana komuniti yang seterusnya mampu menjadi lebih baik.
Analogi yang cukup mudah. Seperti menyediakan sebuah hidangan. Hidangan yang sedap mestilah diikuti dengan cara2 yang betul, mungkin tertinggal satu langkah makanan itu masih boleh dimakan tapi tak sesedap yang diinginkan. Begitu juga sebagai individu. Kita lihat ada orang yang buat jahat, tak amanah, dan mcm2, tapi hidupnya ok sahaja. Pastikah kita hidupnya ok. Fikir balik. Luaran sahaja tak cukup untuk menilai seseorang. Macam hidangan yang tidak lengkap tadi, luarannya nampak indah, tapi bila dirasa, tak berapa sedaplah.
Semuanya bermula dari kita, individu muslim. Bagaimana bangunan yang tak punya asas yang kukuh mampu bertahan dari segala macam 'halangan'. Begitu juga sebagai individu muslim. Asasnya harus kukuh (aqidah). Kenal siapa Pencipta kita, baru faham dan keyakinan itu akan hadir, barulah rasa kasih dan sayang itu datang. If kita sendiri gagal mengenal Pencipta kita, macam mana nak tahu keindahan Islam.
Moga kita tak lelah dan diberi kekuatan untuk jadi Muslim yang lebih baik seterusnya Mukmin dan Mukhsin. Tak mahu lah duduk ditangga 'Muslim' selamanya kan. Harus ada perubahan, takkan sepanjang suku abad kita hidup, tak ada sedikit perubahan pun dalam tingkat hidup kita. Dalam kerjaya kita bisa melompat-lompat berjaya begitu juga kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
On kerja; Yes. saya rasa kerja saya tidaklah begitu disaster. Belajar menerima 'kelemahan' diri dan orang lain. Belajar untuk memberi dan menerima. Belajar untuk jadi matang dalam membuat keputusan 'prioriti'. Hidup ini sangat pendek untuk bersedih tentang perkara2 tak penting.
Bak kata kawan saya: I told her, jangan workaholic sangat. Kerja kerja jugak, rehat pun kena. Tapi dia cakap, kerja itu amanah, dan jika amanah 'sekecil' itu pun tak mampu dia laksanakan, betapa pincang urusan akhiratnya kelak. Ok 'insaf' saya. Allah nak beri peringatan anytime kan. :)