Sunday, December 5, 2010

muhasabah itu cermin diri

semakin kita dewasa, pengalaman bahagia atau duka ajar kita menjadi lebih matang dan kuat. ajar kita, bagaimana harus kita harungi hidup ini. ajar kita agar jangan mudah simpan rasa putus asa !!! ajar kita supaya kenal akan rasa penat dan payah. ajar kita agar lebih bersyukur.

manusia itu beza kan. tiap kita ada baik buruk sendiri. dan baik buruk itu itulah kita, insan yang sentiasa lupa. dan lemah itu buat kita ingat betapa kita ini kecil sahaja sebenarnya. jadi mengapa harus kita jadi bongkak dan sombong pada manusia lain. mengapa harus kita rasa lengkap dengan rumah, kereta mewah. mengapa masih kita berjalan 'mendabik dada' sedangkan ada insan lain yang lebih baik dari kita. sedangkan sedekah 'rm5' sudah mahu berkira. cermin terbaik untuk diri..muhasabah.