Friday, December 10, 2010

berlari gapai awan di langit

bukan ukuran darjat latar hidup yang harus jadi kayu pengukur dalam kita cuba capai seribu impian dan cita. tp semangat juang yang tiada sudah itu yang kita perlu. kita takkan tahu betapa bertuah dan beruntung nya kita, punya kesempatan untuk belajar, cari ilmu,  dan capai cita yang disimpan erat kemas dalam hati. tapi di luar sana, mereka yang punya keinginan dan cinta yang sama, tapi bukan semua punya kesempatan yang sama.

these days; kita perlu jadi orang yang ada ilmu. dan ilmu harus dipraktikkan. agar seiring. untuk dapatkan ilmu, tidak semata-mata dari sekolah dan universiti. membaca, itu juga ilmu. memerhati itu juga ilmu. belajar dari kesilapan silam, itu juga ilmu. kita berilmu bukan untuk berbangga bukan untuk dapatkan penghormatan atau gelaran. kita mencari ilmu pertama; redha Allah. bila redha itu hadir, barulah jalan yang kita pilih untuk ilmu itu diamalkan, sentiasa dalam mardhatillah NYA.

hence, my impian, mahu belajar sampai yang tertinggi. bukan untuk jadi kaya raya, bukan untuk berbangga, tapi melalui ilmu saya mahu bantu saudara-saudara seislam saya. bukan semata-mata mahu majukan diri, tapi orang-orang di tepi saya juga, dapat manfaat nya. so, cari dan kejar ilmu dan jangan ada putus asa dalam diri. sebab perkara yang baik, bukanlah mudah untuk kita capai. ia perlu satu kuat yang luar biasa.