Friday, November 12, 2010

kecewa itu indah

bila kita terlalu mengharapkan akan sesuatu menjadi seperti yang diharap, bimbang nanti diri kecewa sendiri. bila yang diharapkan tak mencapai seperti yang target, kenapa perlu bersedih. diri sendiri tahu, kita sudah berusaha, kita sudah berdoa dan tawakal pada-NYA. kita berusaha, and leave the rest to Him.

janganlah kita rasa, setiap kekecewaan, duka lara, masalah yang datang dalam hidup, sebagai pengakhiran sebuah kisah. tapi anggaplah itu garam, penambah rasa dalam kehidupan. bayangkan kehidupan yang statik, seperti satu garisan lurus, tak seronok bukan? kerana itu dalam kehidupan, bila diberi 'pelangi' senyum lah dan bersyukur, bila hujan turun, gunakan payung, kalau terik mentari pakailah cermin mata hitam ataupun sunblock.

i mean, manusia mana tak pernah ada masalah. even yang drive lamborghini pun ada masalah. take it as it is. aku ni memang kadang-kadang ada rasa nak 'give up'. tp aku cuba jugak. kalau orang yang kurang berkemampuan pun, boleh berjaya, boleh survive. takkan aku tak boleh kan.

setiap masalah itu, kecewa itu, marah dan sedih, duka lara pasti ada hikmah. hikmah itu memang tak terlihat. tapi pasti.