Wednesday, November 24, 2010

dalam hati ada cinta

dalam hati ada cinta. cinta pada Allah, kalau tak kerana Allah, mana mungkin dalam hati kita ada rasa kasih dan sayang sesama manusia. jadi secara logik dan selayaknya kita letakkan cinta kita pada Allah dahulu kan.

tapi kenapa ya, kita susah benar nak buat begitu (meletakkan cinta Allah pada hierarchy tertinggi) ? boleh sebenarnya tapi terkadang kita terlalu sibuk mengejar cinta manusia. manusia yang dalam dirinya ada khilaf dan keliru. manusia yang dalam diri nya sendiri kadang hilang arah dan tuju. kadang juga kita terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi kan. tapi itu alasan cuma. 

kita manusia yang lupa pada nikmat Allah. yang selalu lalai dalam kesenangan dan kebahagiaan. kerana itu, orang yang sudah terbiasa 'susah', tiada resah gelisah dalam diri mereka. orang yang sudah terbiasa 'diuji', mereka manusia 'luar biasa' kuatnya.